13.07.2015 Views

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

34. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANJabatan Audit memilih projek ini untuk dikaji adalah berdasarkan kepentingan projekkepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya di batu 1.5 Jalan Utama Sandakanyang sering mengalami banjir akibat hujan. Skop pengauditan tertumpu kepada aspekperancangan, pelaksanaan dan pemantauan Projek Menaik Taraf Saliran Di Batu 1.5 JalanUtara Sandakan. Tempoh pengauditan bermula dari projek dirancang pada tahun 2000sehingga projek siap pada tahun 2004. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis danmenyemak fail, dokumen dan rekod kewangan seperti laporan pelan induk dan kajiankemungkinan, perjanjian kontrak, buku vot, baucar bayaran, minit mesyuarat, laporankemajuan kerja dan buku harian tapak yang diselenggarakan oleh Jabatan di Sandakandan Ibu Pejabat di Kota Kinabalu. Temu bual juga dibuat dengan pegawai Jabatan danpenduduk di sekitar projek serta lawatan dilakukan di tapak projek tersebut.35. PENEMUAN AUDIT35.1 PERANCANGANPerancangan merupakan perkara penting sebelum sesuatu program/aktiviti atau projekdilaksanakan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan semasa merancang sesuatuprojek atau program adalah penentuan objektif atau matlamat projek, anggaran kos,komponen projek dan tempoh masa projek. Kajian Audit terhadap aspek tersebutmendapati perkara berikut:35.1.1 Dasar Kerajaan NegeriDasar Pengairan dan Saliran Negeri Sabah adalah untuk membangun dan menguruspengairan, saliran, kejuruteraan sungai dan kejuruteraan pantai melalui pembangunanyang berterusan dan pengurusan air bersepadu serta sumber berkaitan di NegeriSabah. Di samping itu Jabatan bertanggungjawab untuk memelihara keindahan alamsemulajadi dengan mengekalkan parit dan sungai serta tasik yang sedia ada.35.1.2 Undang-Undang Dan PeraturanBagi mencapai objektif beberapa undang-undang diguna pakai oleh JPS untukmelaksanakan projek yang berkaitan dengan saliran. Undang-undang dan peraturanberkaitan adalah seperti berikut:-a) Ordinan Parit Dan Taliair 1956Ordinan Parit Dan Taliair 1956 menjelaskan tentang tanggungjawab JPS terhadappengurusan saliran dan pengairan di Negeri Sabah. Antara lain ordinan inimenyentuh tentang penubuhan sebuah Jawatankuasa bagi mengurus sesuatukawasan yang terlibat dengan kerja pengurusan saliran dan pengairan.Berdasarkan Seksyen 14 Ordinan ini bayaran pampasan boleh dibuat kepadapemilik tanah yang terlibat dengan pembinaan saliran dan pengairan.207

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!