13.07.2015 Views

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

sabah - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

menyatakan bahawa tarikh pemilikan tapak bina adalah pada awal bulan Jun 2002.Dengan itu pihak kontraktor telah memulakan pelaksanaan projek ini pada tarikhyang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima Tender tersebut.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, penyerahan pemilikan tapak bina kepada kontaktordibuat dengan teratur dan mengikut masa yang ditetapkan.b) Penyerahan Hak KontrakMenurut klausa 28(b) dalam dokumen perjanjian kontrak, pegawai penguasa bolehmengarahkan kontraktor secara bertulis untuk mendapatkan tender daripada subkontraktoryang dicalonkan bagi melaksanakan kerja atau perkhidmatan bagi kerjaPrime Cost Sums dan Provisional Sums yang terkandung dalam dokumenperjanjian kontrak. Dalam klausa ini juga dinyatakan tentang keperluanpenyediaan dokumen sub-kontrak dengan menggunakan dokumen kontrakstandard Kerajaan seperti yang dinyatakan dalam klausa 28(c). Dalam klausa initelah dibuat pindaan ada menerangkan tentang pembayaran boleh terus dibuatkepada sub-kontraktor yang dilantik bagi kerja yang telah dilaksanakan oleh pihaktersebut. Manakala klausa 27(d) menjelaskan kontraktor tidak boleh menyerahkankerja kontrak kepada pihak lain tanpa kelulusan secara bertulis daripada pihakKerajaan.Semakan <strong>Audit</strong> mendapati, pihak kontraktor tidak melantik sub-kontraktor untukmemenuhi klausa 28(b) ini. Bagaimanapun, pada pertengahan bulan Mei 2002pihak kontraktor melalui Surat Perwakilan Kuasa telah menyerahkan pelaksanaanprojek ini kepada kontraktor lain untuk bertindak bagi pihaknya dalam semua halberkaitan dengan pembinaan dan penyiapan projek ini.Pihak <strong>Audit</strong> juga telah menyemak satu Perjanjian Pengurusan Projek yang telahditandatangani oleh pihak kontraktor dan wakilnya pada pertengahan bulan Mei2002.Antara isi kandungan perjanjian ini menjelaskan perkara seperti berikut:-i) Pihak kontraktor (First Party) menyerahkan pelaksanaan projek ini kepadawakilnya (Second Party ).ii) Semua tuntutan terhadap kerja yang telah dilaksanakan bagi projek ini akandibayar terus ke dalam akaun bank wakil kontraktor (Second Party).iii) Second Party bersetuju membayar 3% management fees kepada First Partybagi setiap bayaran yang dibuat oleh JPS.iv) Second Party bersetuju untuk melaksanakan kerja yang termaktub dalamdokumen perjanjian kontrak.v) Second Party mengambil Polisi Insurans Pampasan Pekerja, TanggunganAwam dan lain-lain polisi insurans yang berkaitan seperti mana yangdisyaratkan dalam kontrak perjanjian ke atas projek tersebut.215

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!