13.07.2015 Views

negeri sabah - Jabatan Audit Negara

negeri sabah - Jabatan Audit Negara

negeri sabah - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

9.1.3.3. Menyedia dan mengurus kemudahan awam dan infrastruktur seperti tamanrekreasi, lorong pejalan kaki dan perhentian bas.9.1.3.4. Mengawal pembinaan dan pengubahsuaian bangunan termasuk rumahsetinggan.9.1.4. Pada tahun 2009 dan 2010, hasil kutipan cukai taksiran masing-masingmenyumbang 53% dan 50% kepada pendapatan keseluruhan Majlis. Pada tahun 2011,sejumlah 24,065 hartanah direkodkan dalam kawasan perkadaran Majlis dan cukai taksiranyang boleh dikutip daripada pemilik hartanah adalah sejumlah RM9.75 juta. Pada tahun2011, kadar peratus cukai taksiran yang ditetapkan bagi tujuan pengiraan cukai taksiranmengikut jenis hartanah adalah seperti di Jadual 9.2.Jadual 9.2Kadar Cukai Taksiran Majlis Daerah Penampang Pada Tahun 2011Bil.Jenis HartanahKadar(%)1. Bangunan Komersial/Industri 92. Rumah Persendirian Di Dalam Estet Perumahan 63. Rumah Persendirian Di Luar Estet Perumahan 44. Tanah Kosong (Native Title/Field Register) 0.0255. Tanah Kosong (Country Lease/Town Lease) 0.256. Kadar Saluran Najis 1Sumber: Majlis Daerah Penampang9.2. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada pengurusan cukai taksirandilaksanakan dengan teratur, cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat untukmemaksimumkan kutipan hasil.9.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITANSkop pengauditan adalah meliputi pengurusan cukai taksiran bagi tahun 2009 hingga 2011.Bagaimanapun, maklumat sebelum tahun 2009 juga diperolehi di mana berkaitan. Aspekpenting yang dikaji adalah penentuan kawasan perkadaran, kerja penilaian hartanah danproses pungutan cukai tahunan serta tunggakan. Pengauditan dijalankan dengan menyemaksemua dokumen yang berkaitan serta membuat analisis terhadap pangkalan data dalamsistem berkomputer cukai taksiran dengan menggunakan Computer Assisted <strong>Audit</strong>Techniques (CAATs). Ujian juga dibuat melalui Walk Through Test bagi memastikan integritidata yang tepat, sempurna dan kemas kini. Bilangan sampel yang dipilih untuk menganalisisdata adalah 4% daripada jumlah bilangan hartanah. Selain itu, lawatan <strong>Audit</strong> dibuat terhadaphartanah yang mempunyai tunggakan cukai taksiran melebihi RM10,000 bagi menentukankewujudan bangunan berkenaan dan memastikan ketepatan kadar cukai taksiran yangdikenakan terhadap pelbagai jenis hartanah. Temu bual dengan pegawai Majlis khususnyapegawai Bahagian Penilaian, Bahagian Akaun, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Pelesenan123

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!