18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

FERTILITI & KONSEPSI

Seri Siti Nurhaliza yang bersikap

terbuka, berani dan tidak segan silu

untuk mengaku yang beliau serta

pasangannya juga telah melalui

masalah ketidaksuburan selama 11

tahun sehinggakan terpaksa melalui

rawatan IVF berulang kali. ‘It shows

personal character and strength.’

Masalah kesuburan adalah satu subjek

yang sangat sensitif dan menimbulkan

reaksi emosi kepada wanita atau

pasangan yang mengalaminya. Ini

secara tidak langsung menyebabkan

kebanyakan orang berasa kurang

selesa dan tidak tahu cara terbaik

untuk menanganinya serta

berhadapan dengan individu

yang sedang melaluinya.

Tanggapan umum ialah wanita

selepas berkahwin seakan-akan perlu

hamil secara mudah dan secepat

mungkin tanpa tiada halangan.

Hanya 1 dalam 6 pasangan akan

mengalami masalah ketidaksuburan.

Oleh itu, 5 dalam setiap 6 pasangan

akan seolah-olah dengan senang

hamil dan sudahpun memulakan

keluarga mereka masing-masing. Ini

akan menyebabkan pasangan yang

mempunyai masalah fertiliti berasa

ketinggalan dan mungkin menyisihkan

diri sendiri dari masyarakat sekeliling.

Lebih menyedihkan lagi, masih

terdapat lagi sikap-sikap kuno

yang sengaja memulaukan wanita

tersebut terutamanya ke majlis-majlis

keramaian seperti pertunangan,

perkahwinan atau akikah kerana

khuatir mereka membawa ‘sial’.

dengan mewujudkan kesedaran

di kalangan masyarakat umum

tentang tekanan yang dihadapi

oleh pasangan yang mengalami

masalah infertiliti. Masalah dari segi

sosial, mental, emosi, kewangan

serta keretakan hubungan di antara

pasangan tersebut dan juga keluarga

mereka adalah antara masalahmasalah

yang sering dilalui. Usahlah

ditambahkan lagi masalah mereka

dengan melontarkan perkataanperkataan

yang mengguriskan hati

ataupun perlakuan yang tidak sensitif.

Masyarakat hendaklah memberikan

sokongan dan berfikiran terbuka.

Bagi pasangan yang telah melalui

perjalanan infertiliti mereka dan

telah pun akhirnya hamil serta

menimang zuriat masing-masing pula

hendaklah memberikan sokongan

kepada mereka yang masih dalam

perjalananan mereka. Kita juga tidak

perlu merasa malu untuk mengaku

yang telah melalui liku-liku perjalanan

tersebut serta mungkin hingga

terpaksa menjalani rawatan kesuburan

seperti IVF sebagai pengorbanan

demi menjadi seorang ibu atau ayah.

Dr Tasha kagum dengan tindakan

penyanyi kesayangan ramai, Dato

Kenapa perlu malu?

Diharapkan ramai yang juga telah

mengalami situasi yang sama selepas

ini tampil ke hadapan sebagai

sokongan kepada pasangan lain yang

mengalami masalah yang serupa. Ini

sebagai tanda sokongan yang tidak

berbelah bahagi dan mengatakan

bahawa that ‘you are not alone in

your journey’. Ianya juga sebagai

tanda sokongan bagi meruntuhkan

stigma yang menyelubungi infertiliti

yang sudah sekian lama berleluasa di

kalangan masyarakat kita. Kita perlu

mengorak langkah ke hadapan dan

berfikiran terbuka.

Saya Dr Natasha Nor

telah mengalami masalah

kesuburan selama 8 tahun

dan terpaksa melalui rawatan

IVF berulang-kali. I am an IVF

survivor and now the proud

mother of a pair of twins. I

have survive it. You too can

do it!

Bangkit untuk meruntuhkan

stigma yang menyelubungi

infertiliti

Langkah terbaik untuk meruntuhkan

stigma di kalangan masyarakat adalah

Dr. Natasha Ain Mohd Nor merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi

(Infertility) dari KL Fertility Centre. Dr. Natasha juga mengelolakan

program IVFku bagi membantu pasangan yang ingin menjalani

rawatan IVF pada harga yang berpatutan. Beliau aktif menulis dan

berkongsi informasi di blognya, www.drnatashanorfertility.com

12 MamaPapa | Februari 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!