18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ALAM BERPANTANG

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tua

menggalakkan ibu bersalin untuk berpantang selama 100

hari bagi perkara-perkara tertentu. Petua-petua ini sangat

penting diamalkan untuk memastikan kesegaran tubuh

badan dan menjamin tahap kesihatan seorang ibu.

Berpantang bersama

Kepercayaan orang Melayu, ibu perlu berpantang bersama

dengan suami selama 100 hari bagi memastikan luka

jahitan episiotomi sembuh sepenuhnya dan tidak terbuka

atau terkoyak. Amalan ini dipercayai dapat mengembalikan

semula ‘kedaraan’ bahagian alat sulit ibu sama seperti

sebelum melahirkan.

Antara amalan utama yang dilakukan oleh perempuan

Melayu semasa berpantang ialah:

Jamu- Nenek moyang kita percaya amalan ini dapat

membantu ibu yang baru melahirkan anak mengembalikan

semula tenaga mereka dan menyembuhkan anggota

badan selepas bersalin. Selain itu, memakan jamu juga

dapat mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan

peredaran darah, memanaskan badan dan mengeluarkan

toksin dalam tubuh.

Bertungku- Amalan ini adalah bertujuan bagi

mengeluarkan darah kotor dan darah beku yang terdapat

dalam badan selepas bersalin. Ia bukan sahaja dapat

memulihkan luka peranakan dan mengecutkan rahim tetapi

juga mampu menghangatkan badan dan mengecutkan urat

saraf yang telah kembang.

Berurut- Amalan ini dapat memberi kecergasan kepada

tubuh badan si ibu dan membantu melancarkan peredaran

darah di dalam badan. Urutan pada badan boleh

membetulkan urat-urat yang tersimpul semasa hamil

dan bersalin selain membantu mengeluarkan angin yang

terperangkap di dalam badan.

Berbengkung- Selepas bertungku dan berurut, wanita baru

bersalin akan berbengkung bagi mengembalikan bentuk

badan asal, mengelakkan perut buncit, mengekalkan

bentuk tubuh badan dan juga mengembalikan kedudukan

sistem peranakan. Bengkung perlu dipakai sepanjang masa

setiap hari.

Bertangas- Amalan bertangas dapat membantu

mengurangkan keputihan, merawat lendir, membuang

angin dan mengecutkan rahim.

Tapel, pilis dan param- Pemakaian tapel, param dan pilis

penting kerana tapel yang disapu pada bahagian perut

dapat mengeluarkan darah kotor sambil menegangkan

kulit. Pilis pula ditampal pada bahagian dahi untuk

menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih daripada

naik ke bahagian kepala. Param pula hendaklah disapukan

pada keseluruhan badan. Ia berfungsi untuk menghaluskan

kulit badan dan menghindarkan angin badan.

20 MamaPapa | Februari 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!