18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Belajar

bahasa kedua

atau ketiga

Ingin anak anda belajar bahasa

lain selain daripada bahasa

komunikasi di rumah? Ini yang

ditawarkan di kelas pengayaan. Jika

anda menghantar anak ke kelas bahasa

sejak kecil lagi, mereka akan mudah

untuk berkomunikasi dan memahami

bahasa lain yang diajar dalam

persekitaran khusus yang

ditawarkan di kelas

pengayaan.

RANGSANGAN POSITIF

Tidak dinafikan, kanak-kanak zaman sekarang tidak asing

lagi dengan kewujudan kelas pengayaan. Malah, sejak

dari bayi lagi, sesetengah mereka sudah terdedah kepada

pembelajaran di kelas pengayaan.

Hal ini kerana, ramai ibu bapa yang mula menyedari

tentang kepentingan pendidikan awal di kalangan bayi dan

kanak-kanak. Semasa tempoh lima tahun pertama usia bayi

dan kanak-kanak, otak mereka umpama span yang akan

mudah menyerap segala informasi yang diberikan kepada

mereka, berbeza dengan kanak-kanak yang lebih tua.

Oleh itu, di sinilah relevannya kewujudan pusat pengayaan,

yang berfungsi menyediakan kelas pendidikan awal untuk

kanak-kanak. Dengan tenaga pengajar yang terlatih dan

arif tentang pendidikan awal kanak-kanak, anak anda akan

menerima stimulasi positif daripada ‘tangan yang mahir’

tentang bidang ini.

TAHU PERKEMBANGAN

Pusat pengayaan akan memantau dan mencatat

perkembangan anak anda sepanjang belajar di situ.

Jadi, anda akan tahu sama ada kelas yang disediakan

serasi dengan anak anda ataupun tidak. Ketika ini jugalah

masa untuk anda mengesan sejak awal jika terdapatnya

gangguan atau masalah perkembangan pada anak anda.

PILIH YANG TERBAIK

Disebabkan lambakan pusat pengayaan yang ada

sekarang, ibu bapa pastinya ingin mencari kelas yang

terbaik untuk anak mereka. Jadi, di sinilah pentingnya tugas

ibu bapa untuk meneliti pusat pengayaan yang terbaik dan

sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.

Kriteria pusat pengayaan atau pusat pendidikan awal

kanak-kanak yang terbaik:

• Persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih

dan memberangsangkan.

• Guru yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang

pendidikan awal kanak-kanak serta mesra kanak-kanak.

• Pusat pengayaan tersebut menawarkan aktiviti yang

berasaskan mainan, sesuai dengan usia kanak-kanak.

• Membentuk kemahiran hidup seperti yakin diri,

berdikari, bersifat ingin tahu dan bekerjasama.

• Pusat pengayaan menyediakan persekitaran holistik dan

rangkuman perkembangan fizikal-kognitif-emosi-sosial

untuk kanak-kanak melalui aktiviti yang dijalankan.

Kanak-kanak yang dirangsang mindanya akan

mempelajari kemahiran-kemahiran baru setiap hari dan

belajar tentang semua perkara di sekeliling mereka

melalui interaksi sosial dan pelbagai lagi stimulasi atau

rangsangan luaran lain. Disebabkan itulah, ramai ibu

bapa yang mula mengajar anak mereka pelbagai ilmu

tambahan sejak anak masih bayi lagi. Stimulasi positif

ini penting bagi mempersiapkan kanak-kanak kepada

perkembangan lain pada masa akan datang.

Meskipun begitu, kekangan waktu daripada ibu bapa

masa kini (yang rata-rata kedua-duanya adalah bekerjaya)

membataskan peluang untuk mereka mengajar anak

tentang ilmu dan kemahiran tambahan. Jika adapun,

mungkin pembelajaran yang diberikan tidak sesuai

dengan peringkat usia anak mereka dek kerana kurangnya

pengetahuan ibu bapa tentang kaedah pendidikan awal

kanak-kanak yang betul.

38 MamaPapa | Februari 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!