18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

pemakanan

Halia - Halia dengan sifat antiradang

boleh membantu untuk

meningkatkan peredaran darah,

merangsang penghadaman yang

sihat dan mengurangkan keradangan,

sekali gus memberikan telur yang

sihat dengan cara mencegah

penyakit daripada mendekati sistem

pembiakan. Halia juga membantu

meringankan ketidakselesaan

reproduktif, merangsang kitaran yang

sihat dan mengurangkan inflamasi

pada organ pembiakan, yang boleh

memberi kesan kepada kesihatan

telur. Terdapat pelbagai cara untuk

menikmati halia dalam makanan anda

seperti meminum jus halia ataupun

memasukkan halia dalam masakan.

Madu - Khasiat madu untuk

kesuburan sudah diyakini sejak

beratus tahun dahulu lagi. Madu

kaya dengan pelbagai sumber

mineral dan asid amino yang dapat

membantu mengekalkan kualiti

kesihatan sistem pembiakan selain

daripada berfungsi meningkatkan

fungsi ovari untuk wanita.

Pisang - Buahan berwarna kuning

ini mengandungi vitamin B6, iaitu

salah satu vitamin penting dalam

membantu konsepsi dan mengatur

hormon. Kekurangan vitamin B6 boleh

membawa kepada kitaran haid yang

tidak teratur dan menghasilkan telur

dan sperma yang lemah.

3 Suplemen ‘Wajib’

untuk Kesuburan

Ada beberapa suplemen yang perlu

anda ambil untuk memastikan rahim

dan tubuh anda bersedia untuk hamil.

Dan, berikut adalah 3 suplemen

penting yang anda perlu ambil.

ASID FOLIK

Suplemen wajib ambil jika

sedang merancang untuk hamil.

Pengambilan asid folik perlu

bermula seawal tiga hingga

enam bulan sebelum anda

hamil. Anda digalakkan untuk

mengambil 400mcg asid folik

sehari. Pengambilan asid folik

sebelum hamil dapat membantu

pembentukan sistem saraf dan otak

janin yang sihat semasa mingguminggu

terawal kehamilan.

MULTIVITAMIN

Jika anda memang mengamalkan

pengambilan multivitamin, maka

anda adalah bernasib baik.

Pengambilan multivitamin adalah

perlu bagi mengelakkan badan

anda kekurangan nutrisi dan zat

penting yang diperlukan oleh

tubuh. Selain itu, kualiti telur dan

sperma juga akan berkurangan jika

tidak mengambil sebiji multivitamin

setiap hari. Namun, carilah

multivitamin yang diformulasi untuk

mereka yang sedang mencuba

untuk hamil iaitu multivitamin

pranatal. Jangan beli multivitamin

biasa kerana kandungan vitamin A

yang berlebihan di dalamnya tidak

baik untuk janin anda.

MINYAK IKAN

Pengambilan fish oil atau

minyak ikan yang mengandungi

asid lemak Omega-3 adalah

perlu kerana badan kita tidak

boleh menghasilkan asid lemak

Omega-3, sebaliknya ia hanya

boleh didapati melalui makanan.

Anda memerlukan minyak ikan

sekurang-kurangnya 1000-2000mg

setiap hari. Jadi, jika anda tidak

boleh mendapatkan makanan yang

mengandungi asid lemak ini setiap

hari, maka pengambilan vitamin

ini adalah amat disarankan. Asid

lemak Omega-3 mengandungi

DHA (asid dokosaheksaenoat)

dan EPA (asid eikosapentaenoat)

yang penting untuk menstabilkan

hormon dalam badan, membaiki

kitaran darah haid, memberikan

lendiran serviks yang baik semasa

ovulasi dan meningkatkan kualiti

sperma bagi suami.

24 MamaPapa | Februari 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!