18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KELAHIRAN

Sakit bersalin bagi setiap wanita

tidak sama. Walaupun ramai ibu yang

mengaitkan sakit bersalin sebagai

pengalaman yang paling menyakitkan

dalam hidup seseorang, namun

ianya adalah berbeza bagi setiap

wanita dan juga berbeza mengikut

kehamilan. Setiap ibu akan merasai

sakit bersalin tetapi ada caranya untuk

anda menangani kesakitan semasa

melahirkan anak. Perancangan yang

betul merupakan cara terbaik untuk

memastikan anda bertenang dan

boleh menangani kesakitan tersebut

apabila tiba masanya.

Sakit semasa bersalin

berlaku disebabkan

kontraksi otot rahim dan

tekanan pada serviks.

Kesakitan ini boleh

dirasai pada bahagian

abdomen, pangkal paha

dan juga belakang badan.

Penyebab lain sakit

bersalin adalah berpunca

daripada tekanan pada

pundi kencing dan usus

disebabkan kepala bayi

serta regangan pada salur

peranakan dan faraj.

5 CARA TANGANI

SAKIT BERSALIN

1

RELAKS

Terdapat banyak cara untuk

menangani rasa sakit semasa

bersalin. Dan, tidak semestinya anda

perlu menggunakan satu cara sahaja.

Perkara paling utama yang perlu anda

lakukan ialah bertenang. Tarik nafas

dalam-dalam setiap kali anda rasa

gugup atau gemuruh.

Bukan hanya tubuh anda sahaja yang

perlu relaks, bahkan minda juga.

Apabila anda rasa sakit, anda akan

cepat tertekan, di mana tekanan ini

akan membuatkan kesakitan anda

bertambah. Jadi, jangan terlalu layan

sakit anda. Alihkan kesakitan anda

dengan memikirkan perkara yang

anda sukai.

2

TARIK NAFAS

Bagi memupuk rasa

tenang, penting untuk

anda menumpukan perhatian pada

pernafasan anda. Tarik nafas, lepas,

tarik nafas dan lepas. Lakukan teknik

ini beberapa kali nescaya anda akan

rasa lega.

Terpulang pada anda jika ingin

menunjukkan rasa sakit dengan

menjerit atau sebagainya, namun

jangan menjerit terlampau kuat bagi

mengelakkan suara anda pecah atau

sakit kerongkong.

3

BERGERAK

Berjalan, bergoyang,

menukar posisi dan duduk

serta bergerak di atas bola yoga

boleh membantu bakal ibu untuk

melegakan kesakitan semasa ingin

melahirkan anak. Malah, senaman ini

juga dapat membantu melancarkan

proses bersalin. Ini kerana

dengan menggunakan daya

graviti dapat membantu

menggalakkan

pergerakan dan

pusingan bayi ke arah

pelvis. Selain itu, anda

juga boleh mencuba

posisi lain seperti

berdiri, mencangkung

atau duduk di

tepi tilam.

4

TERAPI AIR

Mandi air suam

dapat membantu ibu

mengurangkan kesakitan untuk

bersalin. Dengan mandi air suam

dapat membantu anda bertenang

dan juga melegakan kesakitan

tubuh anda.

5

BERURUT

Anda memerlukan urutan

lembut bagi melegakan

kesakitan semasa bersalin. Mintalah

pasangan anda melakukan urutan

kaki, tangan atau beberapa bahagian

badan yang anda rasa lenguh.

Tujuannya adalah supaya anda tidak

terlampau memikirkan rasa sakit yang

dialami semasa hendak melahirkan

anak. Selain itu, urutan daripada

pasangan juga membantu anda

menenangkan diri dan sebagai tanda

sokongan daripada suami anda.

18 MamaPapa | Februari 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!