18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BERSAMA PAKAR

Salam sejahtera Puan. Setelah meneliti

soalan Puan, besar kemungkinan

anak anda mengalami penyakit yang

dikenali sebagai “laryngomalacia” dan

“Allergic Rhinitis”.

Puan ada memaklumkan yang anak

Puan akan mengalami selesema

yang berpanjangan dan makin

teruk selepas meminum air sejuk.

Penyakit Allergic Rhinitis (AR) ini

adalah disebabkan oleh keradangan

yang berlaku di dalam hidung

dan menyebabkan pengeluaran

histamine yang akan menyebabkan

hidung tersumbat dengan lendiran

yang banyak dikeluarkan. Penyakit

ini berlaku kerana pesakit adalah

alah kepada sesuatu yang juga kita

namakan sebagai ‘allergent’. Antara

alergen yang telah diketahui boleh

menyebabkan penyakit AR ini adalah

sengkenit (house dust mite), bulu

binatang peliharaan, debunga dan

hama. Pesakit AR akan menunjukkan

beberapa tanda seperti kerap

selesema, hidung tersumbat, kerap

bersin dan kegatalan di hidung/

tekak/ mata/ telinga.

Bagi rawatan penyakit AR ini, ada

beberapa tahap atau peringkat.

Pertama; jika alergen diketahui, Puan

mestilah memastikan anak Puan tidak

terdedah dengan alergen tersebut.

Puan sebenarnya boleh mengenal

pasti alergen yang bertanggungjawab

menyebabkan penyakit AR dengan

menjalani ujian ‘skin prick test‘ di

mana anak Puan akan diuji dengan

contoh-contoh alergen yang biasa

menyebabkan penyakit AR itu.

Kedua, penggunaan ubat antihistamin

yang dapat membantu

untuk mengurangkan selesema itu.

Walau bagaimanapun, anak Puan

berumur kurang dari 2 tahun dan

penggunaan ubat anti-histamin

boleh membahayakan kesihatan

pesakit. Selain dari anti-histamin,

anak Puan juga boleh mengambil

ubat “intranasal steroid” yang dapat

mengurangkan keradangan di dalam

hidung dan saluran pernafasan. Walau

bagaimanapun, penggunaan ubat

steroid yang berpanjangan adalah

tidak digalakkan kerana mempunyai

kesan sampingan yang mana

boleh menyebabkan sakit kepala

yang teruk, selesema yang teruk

(rebound) dan jika terlalu lama boleh

menyebabkan tumbesaran terencat.

Penggunaan ubat adalah untuk budak

yang berumur 2 tahun atau 6 tahun

ke atas sahaja. Atas sebab faktor

umur, penyakit anak Puan boleh

dirawat dengan cara yang pertama di

samping melakukan beberapa perkara

seperti menukar dan membasuh

selimut serta cadar bilik anak dengan

lebih kerap ataupun jika mempunyai

lebih wang, boleh membeli cadar/

selimut “anti-house dust mite”.

Artikel diambil dari laman web www.doktorbudak.com dan

ditulis oleh Pakar Pediatrik, Dr Azhar Mahmud.

Laryngomalacia adalah penyakit

di mana saluran pernafasan di atas

peti suara kekurangan tisu-tisu

rawan dalam saluran pernafasan.

Disebabkan kekurangan tisu rawan

ini, saluran pernafasan ini menjadi

lebih lembut dan akan membuatkan

saluran pernafasan menjadi sempit

serta mengeluarkan bunyi seperti

orang berdengkur ketika pesakit itu

tidur. Penyakit ini biasanya menjadi

lebih ketara ketika bayi berumur 6-8

bulan dan akan sembuh sepenuhnya

apabila pesakit menjangkau umur

2 tahun.

Dalam kes anak Puan, ia agak

merisaukan saya kerana mengikut

penerangan Puan, anak Puan

kelihatannya mengalami masalah

kekurangan berat badan. Ini kerana,

dalam kes Laryngomalacia yang

teruk, pesakit juga akan mengalami

kekurangan nutrisi di mana berat

badan pesakit tidak bertambah

seperti biasa.

Biasanya pesakit yang mengalami

Laryngomalacia yang teruk akan

dirujuk kepada Pakar Telinga-

Hidung-Mulut (ENT) untuk dibuat

pemeriksaan “bronchoscope” bagi

melihat secara terus pada bahagian

saluran pernafasan tersebut. Penyakit

ini tidak boleh dirawat dengan

pengambilan gas dan perlu dirujuk

kepada pakar kanak-kanak dan

pakar ENT.

Diharap jawapan saya dapat

membantu Puan dalam menangani

masalah anak Puan.

40 MamaPapa | Februari 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!