18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

9 bulan

KULIT TERPELIHARA

SEMASA HAMIL

Ramai yang memperkatakan seri

kehamilan akan terpancar bagi wanita

mengandung. Namun, realitinya

bukan semua ibu mengandung

berseri-seri semasa hamil. Bagi yang

bertuah, hormon tambahan semasa

kehamilan akan membuatkannya

kelihatan berseri-seri. Namun, tidak

semua hormon tambahan memberikan

hasil positif kerana sesetengah ibu

hamil juga tidak terkecuali daripada

menerima masalah kulit semasa

mengandung. Ada yang mengalami

masalah jerawat, topeng kehamilan,

pigmentasi, kesan regangan kulit dan

banyak lagi. Ibu hamil juga tidak boleh

sewenang-wenangnya menggunakan

sebarangan produk kerana ditakuti

kandungan berbahaya yang ada dalam

produk tertentu akan memberi kesan

kepada kandungan.

TIPS:

Bertukarlah kepada bedak

asas (foundation) untuk

mereka yang memiliki kulit

berminyak, atau gunakan

bedak mineral (loose

powder mineral makeup)

kerana bahan-bahan ini

tidak akan menyebabkan

iritasi pada kulit yang

ditumbuhi jerawat.

Usah risau, Mama! Dengan sedikit

perubahan pada rutin penjagaan kulit,

anda pasti akan kelihatan berseri sama

seperti sebelum hamil. Malah, lebih

menyerlah lagi semasa hamil. Berikut

merupakan beberapa perubahan kulit

yang dialami semasa hamil:

Jerawat

Jika memang kulit anda jenis

berjerawat, tidak mustahil jerawat akan

semakin banyak timbul semasa anda

hamil. Hormon tambahan yang ada

dalam tubuh anda akan menyebabkan

rembesan minyak, sekali gus

menyebabkan jerawat semakin banyak

memunculkan diri.

Hormon kehamilan

menyebabkan pori anda

mengeluarkan lebihan

minyak, menjadikan

muka anda terdedah

kepada ruam panas, dan

warna kulit wajah, kaki

serta telapak tangan

memudar.

Cara pencegahan

dan rawatan

Teruskan rutin membersihkan wajah

anda semasa hamil. Anda boleh

mulakan dengan membersihkan

wajah menggunakan pencuci muka

bebas sabun. Bersihkan muka anda

setiap pagi dan malam. Elakkan

daripada kerap membersihkan wajah

bagi mengelakkan masalah kering

pada kulit wajah. Jika anda hendak

menggunakan produk jerawat,

carilah produk yang selamat untuk

wanita hamil. Elakkan daripada

menggunakan produk yang

mengandungi benzoyl peroxide,

salicylic acid atau yang mengandungi

retinoids kerana kandungankandungan

ini tidak selamat

digunakan semasa hamil. Anda juga

boleh mendapatkan nasihat doktor

untuk rawatan jerawat semasa hamil.

14 MamaPapa | Februari 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!