18.07.2019 Views

MamaPapa February 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005,

To’ Puan Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM,

MRCOG London dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang

anak dan nenek kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di

KPJ Damansara Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik

& Ginekologi.

PAKAR KESUBURAN/ PAKAR

PERUNDING OBSTETRIK &

GINEKOLOGI

Dr. Agilan Arjunan

MBBS (Malaya) MRCOG (London) Cert.

Artificial Reproductive Techniques (S’pore)

Dr Agilan Arjunan adalah graduan dari Universiti Malaya

dan mendapat ijazah kepakaran dari Royal College of

Obstetrician and Gynaecologist, London. Dengan kombinasi

kepakaran dalam pembedahan laparoskopi dan rawatan

kesuburan, beliau membantu pasangan untuk mendapatkan

zuriat melalui kaedah rawatan fertiliti yang terkini.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci

(Ireland), DCH (Glasgow), MRCPCH (UK),

SpecCertPallCare (Aus)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

MBBS (IMU), MRCPCH (UK)

Dr. Kenneth menerima kelayakan doktor beliau dari

International Medical University. Berpengalaman berkhidmat

sebagai Pakar Pediatrik di Hospital Tengku Ampuan

Rahimah, Klang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala

Terrenganu, beliau kini merupakan Konsultan Pediatrik di

Hospital Columbia Asia – Cheras.

PAKAR DERMATOLOGI

Dr. Tee Shwu Hoon

MBBS (IMU), MRCP (UK), Advanced Master

in Dermatology (UKM)

Dr. Tee kini berkhidmat di Hospital Columbia Asia – Puchong.

Beliau pernah bertugas di Hospital Selayang sebagai Pakar

Perubatan, menerima latihan subkepakaran dermatologi di Hospital

Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kuala Lumpur, seterusnya

diiktiraf sebagai Pakar Dermatologi. Pernah juga berkhidmat

sebagai Ketua Unit Dermatologi di Hospital Serdang. Beliau turut

aktif menerbitkan artikel untuk ‘Malaysian Journal of Dermatology’.

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

Jessie Foo Xiang Yi

Master in Clinical Psychology

Merupakan pakar psikologi klinikal terlatih di Pusat

Perubatan Sunway, Jessie Foo mengendalikan terapi psiko

bagi meningkatkan kemahiran pengurusan individu dalam

kehidupan seharian. Beliau juga berpengalaman dalam

mengendalikan bengkel korporat mengenai pengurusan

tekanan, pengurusan marah dan sebagainya.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Saw Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang

pemakanan di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar

pemakanan kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau

banyak mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

Advertorial

Makanan yang Tepat

Bantu Anda Mudah Hamil

Pernahkah anda terfikir, mengapakah anda masih belum hamil meskipun sudah

pelbagai usaha dilakukan? Fikir semula tentang tabiat pemakanan anda.

Tidak kira anda lelaki ataupun wanita, ingatlah bahawa

makanan dan kesuburan adalah berkait rapat. Apa yang

anda makan akan mempengaruhi tahap kesuburan dan

kesihatan anda. Jadi, sebelum anda merancang untuk

hamil, anda perlu memastikan dulu diri anda sihat, iaitu

melalui pengambilan pemakanan yang betul. Mulakan

sekarang dengan menukar amalan diet yang sihat bagi

melahirkan bayi yang sihat.

Makanan untuk kesuburan

Makanan adalah salah satu faktor yang anda boleh kawal

bagi meningkatkan fungsi ovari dan tahap kesuburan. Bagi

wanita yang sedang merancang untuk hamil, kekurangan

nutrien boleh mempengaruhi kitaran haid anda, sekali gus

menyukarkan anda untuk mengetahui dan meramal hari

ovulasi. Malah, kemungkinan besar juga, anda tidak akan

mengalami ovulasi jika anda obesiti atau kurang berat

badan. Oleh itu, tingkatkan peluang anda untuk cepat

hamil dengan mengamalkan tabiat pemakanan seperti

di bawah:

Pilih karbo kompleks- Karbohidrat kompleks seperti buahbuahan,

sayur-sayuran dan bijirin penuh adalah karbo baik

yang memerlukan masa lama untuk dicerna sepenuhnya

serta memberikan kesan yang beransur-ansur pada

kandungan gula dalam darah dan insulin. Tahap insulin

yang tinggi boleh menghalang ovulasi.

Elakkan lemak trans- Pengambilan lemak trans seperti

makanan snek, marjerin dan kentang goreng boleh

meningkatkan ketahanan insulin, yang boleh mengganggu

ovulasi. Jadi, bertukarlah kepada lemak yang lebih sihat

iaitu lemak tak tepu.

Kurangkan kafein- Jangan minum kopi atau teh lebih

daripada dua cawan sehari kerana akan mengganggu

keseimbangan hormon dan ovulasi.

Mula dapatkan multivitamin- Wanita yang sedang

merancang untuk hamil perlu mengambil multivitamin

yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mikrogram

asid folik setiap hari bagi mempersiapkan tubuh untuk

menerima kehadiran bayi dalam rahim.

Jaga makan sudah, apa lagi?

Jika kitaran haid anda sudah teratur, lakukan ujian

kesuburan menggunakan Clearblue Digital Ovulation

Test bagi mengenal pasti hari ovulasi anda. Kit kesuburan

ini akan membantu anda untuk mengesan lonjakan LH

yang tinggi pada dua hari paling subur dalam kitaran haid

anda. Peluang anda untuk hamil tinggi jika anda melakukan

hubungan intim pada hari tersebut. Keputusan ujian akan

tertera seperti berikut:

bermaksud tiada lonjakan LH pada air kencing

bermaksud lonjakan LH positif dikesan pada

air kencing

Kemudian, bagi mengetahui sama ada anda berjaya hamil

ataupun tidak, gunakan Clearblue Digital Pregnancy Test

with Conception Indicator. Kit kehamilan ini memberikan

anda keputusan yang jelas dan tepat tentang kehamilan

anda, seawal empat hari sebelum tarikh haid anda.

Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception

Indicator adalah cukup sensitif untuk mengesan hormon

kehamilan, hCG dalam air kencing anda, dan anda juga

boleh mengetahui usia kehamilan dengan menggunakan

kit ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: Email: info@germax.com.my Careline: 03-6151 6629 Website: my.clearblue.com

PENA PENGARANG

Masa Untuk

Bertindak

Masalah kesuburan di kalangan

pasangan muda bukanlah suatu

isu baharu di negara kita. Menurut

laporan Perangkaan Penting Malaysia

2017, kadar peratusan kesuburan bagi

wanita berumur 15 hingga 49 tahun

pada tahun 2016 di negara ini merosot

kepada 1.9 anak, berbanding 2.0

anak pada tahun 2015. Peningkatan

masalah kesuburan ini sekali gus

menyaksikan ramai pasangan

berusaha untuk mendapatkan rawatan

kesuburan. Lebih mengejutkan lagi,

bukan hanya pasangan usia 30 ke atas

sahaja yang mendapatkan rawatan,

malah ada pasangan yang berumur

20-an juga mengalami masalah

kesuburan. Menyedari akan ramai

pasangan yang berhadapan dengan

masalah ini, jadi kami tampilkan

keluaran khas mengenai kesedaran

ilmu kesuburan bagi golongan yang

berusia 20-an. Sepatutnya, di usia 20-

an ini anda sudah mempersiapkan diri

dengan ilmu pengetahuan mengenai

kesuburan dan perancangan untuk

menimang cahaya mata. Jadi, segala

info yang perlu anda tahu ada kami

selitkan dalam keluaran ini. Paling

penting, jika anda berumur bawah

35 tahun namun masih belum

berjaya hamil setelah berkahwin

selama setahun atau lebih, dan tidak

menggunakan sebarang alat pencegah

kehamilan, berjumpalah dengan

pakar fertiliti bagi memeriksa tahap

kesuburan anda. Semoga perkongsian

kami ini memberi manfaat buat anda

yang sedang berusaha untuk hamil.

Salam sayang,

Nazrah

Boleh didapati di

Isi Kandungan

MAMAPAPA

8 Ilmu Kesuburan Untuk

Wanita 20-An

11 Malu Ada Masalah Fertiliti?

13 Penjagaan Kulit Dan

Rambut Semasa Hamil

17 Atasi Kesakitan Bersalin

19 Amalan Berpantang

Mengikut Budaya

22 7 Makanan Baik Untuk Telur

25 Coklat & Kanak-kanak

27 Tips Pilih Kereta Keluarga

MANJA

28 Masalah Tumbesaran

31 Anak Batuk, Selesema &

Demam

35 Kek Cawan Berkhasiat

37 Fakta Tentang Kelas

Pengayaan

39 Nafas Berbunyi Ketika Tidur

GAYA HIDUP

41 Fonik: Pembelajaran Awal

Si Manja

42 Buku Bulan Ini

PENGHIAS KULIT:

Harith Naufal

Muhammad Haziq

Diterbit oleh:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Penyumbang artikel:

Dr Azhar Mahmud

Dr Natasha Ain Mohd Nor

Pereka Grafik

Nasyiha Badela

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam Nordin,

Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth Looi Chia

Chuin, Dr. Tee Shwu Hoon, Jessie Foo Xiang Yi,

Saw Bee Suan, DoktorBudak.com dan LPPKN.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan semakan

telah dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat

yang terdapat di dalam buku ini, namun pihak

penerbitan, pengarang, penasihat dan agen tidak

dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau

sebarang akibat yang disebabkan olehnya. Rangkuman

atau pengecualian terhadap mana-mana produk juga

tidak bermakna pihak penerbitan menyokong atau

menolak penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada

kandungan editorial atau penyampaiannya. Pihak

penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2018. AcePremier.com Sdn Bhd.

GAYA SI MANJA

PERMATA HATI

Adakah anak anda berusia antara 1 bulan hingga 35 bulan? Jika ya, hantarkan gambar terkini si manja anda kepada

majalahmamapapa@gmail.com atau facebook: MajalahMamaPapa berserta nama, umur dan tempat tinggal.

Rossa Muhayya Mohd Shafizam

Nada Ammara Mohd Ramzul Azmi

6 Bulan (Seri Kembangan, Selangor)

3 Bulan (Putrajaya)

Aariz Rizqin

9 Bulan (Petaling Jaya, Selangor)

Nurul Eryna Sofia Norisam

2 Bulan, (Gelang Patah, Johor)

Snap &

Menang

Hadiah istimewa

Bernilai RM100

Khaira Safiyya Musa

19 Bulan (Alor Setar, Kedah)

Harith Naufal Muhammad Haziq

9 Bulan (Jenjarom, Selangor)

MamaPapa | Februari 2018

5

TANYA PAKAR

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

dengan menggunakan pelbagai cara serta mengenal pasti

potensi diri anak-anak. Persediaan lain adalah menyediakan

kemudahan yang sesuai, menyediakan ruang untuk

berinteraksi dan mempunyai sumber-sumber yang sesuai

seperti buku, majalah dan alat-alat pintar masa kini.

Mainan bantu

perkembangan anak?

S: Doktor, saya ada dua soalan. Pertama, bagaimana

alat mainan dapat membantu dalam perkembangan

kanak-kanak dan apa yang boleh ibu bapa lakukan untuk

merangsang perkembangan anak? Soalan kedua, adakah

penggunaan aplikasi pintar dalam gajet dapat membantu

perkembangan kanak-kanak? Terima kasih.

Dr. Fahisham Taib

Pensyarah Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak

Alat permainan adalah bentuk

rangsangan yang diperlukan untuk

kanak-kanak belajar mengenai

kehidupan mereka. Rangsangan

tersebut adalah penting untuk

membangunkan kemahiran sosial, kemahiran belajar dan

kemampuan (competency) mengenai kehidupan.

Hampir semua rumah generasi masa kini sekarang

mempunyai alat pintar. Dikatakan pendedahan kepada

televisyen selama 1-2 jam sahaja diperlukan oleh kanakkanak

untuk memastikan perkembangan yang sempurna.

Jika kanak-kanak hanya melihat TV atau menggunakan alat

pintar, ini akan menyebabkan mereka kurang beraktiviti

dan beriadah yang boleh menyebabkan sikap negatif pada

kanak-kanak. Ini secara amnya boleh menyebabkan obesiti

dan budaya malas bekerja. Perkembangan kanak-kanak

yang berusia kurang daripada 3 tahun boleh terbantut jika

mereka hanya terbatas pada permainan pintar sahaja.

Impak ini boleh dilihat berbeza jika ibu bapa mengambil

sikap acuh-tak acuh tentang pembelajaran anak.

Walaupun alat pintar mempunyai kebaikan tertentu,

tetapi penggunaan yang berleluasa akan menyebabkan

terbantutnya perkembangan kepada bayi, serta

menyebabkan masalah obesiti akibat kurang aktiviti

penggunaan fizikal dan skil untuk manipulasi.

Penglibatan ibu bapa seharusnya aktif dan positif kerana

mereka boleh berfungsi dalam berbagai-bagai cara.

Bila mana ibu bapa terlibat dalam permainan, mereka

sepatutnya menjadi teladan (role model) bukannya

menentukan hala tuju permainan. Ibu bapa boleh

menyediakan prasarana, dan permainan yang bersesuaian

untuk membolehkan anak-anak meneroka dan menemui

benda-benda baru semasa aktiviti dijalankan. Semasa

aktiviti berlangsung, ibu bapa berperanan untuk

berinteraksi, memahamkan anak-anak tentang konsep

permainan dan pengajarannya serta menyediakan anak

kemahiran asas seperti kemahiran sosial dan sebagainya.

Orang dewasa wajar memberikan sokongan, masa dan

ruang untuk membangunkan permainan kanak-kanak

6 MamaPapa | Februari 2018

untuk mamapapa & si manja

BERITA BAIK UNTUK

PENGGEMAR KOPI

Orang ramai tidak perlu lagi membeli mesin kopi butik/

premium mahal, mahupun terikat kepada sebarang

kontrak. Kini, setiap penggemar kopi boleh menikmati

kopi Itali sebenar pada bila-bila masa, pada kadar 20%

lebih rendah daripada harga pasaran. Arissto yang berasal

dari kota kopi terkemuka, Sao Paulo, Itali, menawarkan

mesin kopi pintar generasi baharu, Super Espresso

dengan ciri mini, padat serta menjimatkan ruang. Untuk

menikmati kopi premium dalam keselesaan rumah sendiri,

anda hanya perlu masukkan kapsul ke dalam mesin kopi

Arissto. Pada suhu air 92.5°C dengan tekanan stim 19-bar,

ia menghasilkan keajaiban kopi premium yang sempurna,

dalam masa hanya 30 saat! Di samping itu, mesin kopi

reka bentuk pintar ini juga memenuhi keperluan berbeza

dan boleh digunakan untuk membuat minuman coklat,

teh, susu dan air panas- semuanya dengan hanya satu

mesin! Anda kini bebas membuat Espresso, Latte atau

Cappuccino kegemaran anda dengan begitu mudah di

pejabat, di rumah atau di mana-mana jua!

BIO-OIL DENGAN WAJAH BAHARU

Pakar penjagaan kulit, Bio-Oil kini tampil dengan wajah

baharu, yang lebih segar dan kontemporari. Produk yang

membantu merawat kesan parut dan kesan regangan kulit

ini mengandungi vitamin A & E serta minyak tumbuhan

semula jadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan

kamomil. Campuran PurCellin Oil dalam minyak ini juga

membolehkan ramuan aktif diserap dengan sempurna

ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Masih mengekalkan ciri-ciri unik warna putih dan oren,

Bio-Oil telah diuji secara klinikal dan membantu dalam

mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit

dan tona kulit tidak sekata di bahagian muka serta badan.

Selain itu, produk ini juga dapat membantu menangani

pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.

Bio-Oil kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan

dan kedai penjagaan diri di seluruh negara dalam saiz

60ml (RM34.95), 125ml (RM58.25) dan 200ml (RM79.45).

RAMBUT LEBAT & TEBAL

Sedang mencari penyelesaian untuk rambut nipis? Invati Advanced

dengan formula yang diperbaharui membantu anda yang inginkan

rambut yang lebat dan tebal. 98% baharu secara semula jadi, Invati

Advanced Solutions for Thinning Hair dari Aveda menampilkan

sistem 3-langkah iaitu Exfoliating Shampoo, Thickening Conditioner

dan Scalp Revitalizer. Penggunaan rangkaian produk ini dapat

membantu mengurangkan masalah keguguran rambut dan

menebalkan rambut serta-merta pada setiap kali penggunaan, setiap

hari. Diinspirasikan daripada Ayurveda, produk ini menggunakan

campuran herba Ayurvedic dan diformulasi dengan campuran bahan

seperti ginseng, kunyit dan amla organik yang diperakui. Invati

Advanced Solutions for Thinning Hair dijual dari harga RM160

hingga RM315.

MamaPapa | Februari 2018

7

TOPIK

ILMU KESUBURAN

UNTUK WANITA

USIA 20-AN

Usia 20-an memanglah dikira antara usia yang baik untuk mendirikan rumah tangga dan

menimang cahaya mata. Namun, jangan ingat semua wanita di usia 20-an mudah untuk

terus hamil selepas berkahwin. Disebabkan faktor pemakanan dan gaya hidup masa kini,

tidak mustahil wanita usia 20-an juga mengalami masalah kesuburan.

8 MamaPapa | Februari 2018

TOPIK

Bagi anda yang berkahwin

di usia 20-an, berikut kami

senaraikan apa yang perlu

anda tahu tentang peluang

kehamilan:

BAGAIMANA ANDA

BOLEH HAMIL?

Kira-kira 14 hari sebelum tibanya

kitaran haid anda yang akan datang,

ovari belah kanan atau kiri anda akan

mengeluarkan telur, dalam proses

yang dipanggil ovulasi. Telur anda

akan menuju ke tiub falopio dan

menunggu untuk bersatu dengan

sperma. Semasa penetrasi yang

melibatkan ejakulasi, berjuta-juta

sperma akan berenang memasuki

rahim dan hanya satu sahaja yang

akan menembusi telur. Telur

yang telah disenyawakan akan

menempel pada dinding rahim dan

membentuk embrio.

Tempoh

Jendela Kesuburan

hubungan intim. Bagaimanapun,

menurutnya, jika ingin hamil, buatlah

sebelum hari ovulasi.

INFO

Sperma hanya boleh

bertahan selama

24 hingga 48 jam

di dalam vagina.

Manakala, telur

matang hanya akan

hidup selama 12

hingga 24 jam selepas

dirembes keluar dari

kilang ovari. Jadi,

anda perlu melakukan

hubungan intim

bersama pasangan

48 jam sebelum hari

ovulasi atau semasa

hari ovulasi itu sendiri.

ADA PANTANG-LARANG?

Minum terlalu banyak kopi atau

alkohol boleh mempengaruhi

kesuburan wanita. Menurut pakar,

seseorang yang minum lebih daripada

lima cawan kopi sehari boleh

menyebabkan kesuburan menurun.

Walau bagaimanapun, anda masih

boleh menikmati kopi anda setiap

hari, cuma perlu mengurangkan

pengambilan kafein anda. Pakar

berpendapat, dengan mengambil

satu atau dua cawan kopi sehari

adalah tidak mengapa. Anda masih

boleh mengambil kafein antara 200

hingga 250 miligram sehari.

Kajian juga menunjukkan bahawa

wanita yang mengambil dua minuman

beralkohol sehari akan mengurangkan

kadar kesuburan sehingga 60%.

Bagaimanapun, sebagai orang Islam

minuman beralkohol adalah haram.

Bukan sahaja alkohol, amalan

merokok juga boleh merosakkan

kadar kesuburan suami dan isteri.

Bagi wanita, rokok boleh menjejaskan

telur anda sementara bagi lelaki

pula, merokok boleh mengurangkan

pengeluaran sperma dan

merosakkan DNA. Selalunya, pakar

akan menyarankan para ibu untuk

berhenti merokok sebelum hamil

kerana merokok semasa hamil akan

meningkatkan risiko keguguran.

BILA WAKTU YANG SESUAI?

Ambillah peluang untuk melakukan

hubungan intim semasa ‘jendela

kesuburan’ atau fertile window kerana

akan meningkatkan peluang anda

untuk hamil. Jendela kesuburan

adalah tiga hari sebelum tempoh

ovulasi, semasa hari ovulasi serta

sehari selepas ovulasi. Kehamilan

selalunya terjadi apabila hubungan

intim berlaku dalam tempoh tersebut.

Richard Paulson, Ketua Bahagian

Reproduktif dan Infertiliti di University

of Southern California Keck School of

Medicine berkata, pasangan selalunya

akan menunggu sehingga hari ovulasi

atau selepasnya untuk melakukan

MamaPapa | Februari 2018

9

TOPIK

JAGA SPERMA

Ada pendapat yang mengatakan

lelaki tidak digalakkan memakai

seluar dalam ketat kerana boleh

mengurangkan kesuburan. Selain itu,

ada juga yang mengatakan lelaki tidak

boleh terdedah kepada suhu panas

yang berlanjutan seperti berendam

terlalu lama di dalam tab mandian

panas kerana boleh memberi kesan

kepada sperma. Jadi, pesan pada

pasangan anda untuk turut

menjaga kesuburannya.

anda perlu mendapatkan dos yang

lebih tinggi. Pengambilan asid folik

sebelum hamil dapat membantu

pembentukan sistem saraf dan otak

janin yang sihat semasa mingguminggu

terawal kehamilan. Ingatlah

bahawa vitamin pranatal adalah

berbeza dengan multivitamin

biasa kerana multivitamin biasa

mengandungi vitamin A yang

berlebihan, yang mungkin akan

merosakkan janin anda.

SIHATKAH ANDA?

Sebelum cuba untuk hamil, lebih baik

jika anda mengetahui akan tahap

kesihatan anda dahulu- terutama jika

terdapat sejarah keluarga anda yang

pernah mengalami masalah kesihatan

seperti tekanan darah tinggi, diabetes

atau asma. Bukan itu sahaja, alangalang

anda sudah ada di hospital,

semaklah tentang vaksinasi terkini

anda. Sesetengah jangkitan seperti

demam campak, rubella dan hepatitis

B boleh menyebabkan keguguran

atau kecacatan kelahiran. Jadi, amat

penting untuk anda memastikan

bahawa anda sudah menerima segala

vaksin yang diperlukan. Jika anda

perlu mendapatkan vaksin, doktor

akan menasihatkan anda untuk

mula merancang kehamilan sebulan

selepas suntikan vaksin diberikan.

MASA UNTUK BERUBAH

Pilihan gaya hidup yang sihat adalah

penting semasa tempoh anda

mencuba untuk hamil dan juga

semasa kehamilan. Selain amalan

pemakanan yang sihat, anda juga

perlu melakukan aktiviti fizikal dan

bijak menangani tekanan. Jika anda

kurang atau lebih berat badan, doktor

akan menyarankan berat badan yang

bersesuaian sebelum anda mencuba

untuk hamil. Bukan itu sahaja, amat

penting untuk anda mengelakkan

pengambilan rokok, alkohol, dadah

atau pendedahan kepada toksik

yang akan menyebabkan kesukaran

untuk hamil.

Ajaklah pasangan

anda untuk turut serta

menjalani pemeriksaan

prakonsepsi. Kesihatan

dan gaya hidup

pasangan juga amat

penting kerana akan

memberi kesan kepada

anda dan juga bayi.

PERSIAPKAN TUBUH

Siapa kata hanya wanita hamil perlu

makan vitamin pranatal? Jika anda

sedang merancang untuk hamil,

anda juga perlu mula mengambil

vitamin pranatal bagi memastikan

rahim dan tubuh anda bersedia

menerima tetamu sepanjang tempoh

9 bulan nanti. Vitamin pranatal

perlu mengandungi asid folik, iaitu

suplemen yang wajib anda ambil

semasa merancang untuk hamil.

Malah, pengambilan asid folik perlu

diteruskan sehingga usia kehamilan

12 minggu. Anda digalakkan untuk

mengambil 400mcg asid folik sehari.

Akan tetapi, jika anda menghidap

diabetes atau mempunyai sejarah

anak mengalami spina bifida, maka

10 MamaPapa | Februari 2018

FERTILITI & KONSEPSI

Kenapa Perlu Malu

Jika Ada Masalah?

Infertiliti bukan hanya menjadi isu taboo di kalangan masyarakat kita sahaja, bahkan turut

dianggap taboo oleh rata-rata masyarakat di luar termasuk negara yang lebih maju dan

membangun. Namun, stigma yang menyelubungi infertiliti memang agak sukar disingkirkan

dari semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa atau negara.

MamaPapa | Februari 2018

11

FERTILITI & KONSEPSI

Seri Siti Nurhaliza yang bersikap

terbuka, berani dan tidak segan silu

untuk mengaku yang beliau serta

pasangannya juga telah melalui

masalah ketidaksuburan selama 11

tahun sehinggakan terpaksa melalui

rawatan IVF berulang kali. ‘It shows

personal character and strength.’

Masalah kesuburan adalah satu subjek

yang sangat sensitif dan menimbulkan

reaksi emosi kepada wanita atau

pasangan yang mengalaminya. Ini

secara tidak langsung menyebabkan

kebanyakan orang berasa kurang

selesa dan tidak tahu cara terbaik

untuk menanganinya serta

berhadapan dengan individu

yang sedang melaluinya.

Tanggapan umum ialah wanita

selepas berkahwin seakan-akan perlu

hamil secara mudah dan secepat

mungkin tanpa tiada halangan.

Hanya 1 dalam 6 pasangan akan

mengalami masalah ketidaksuburan.

Oleh itu, 5 dalam setiap 6 pasangan

akan seolah-olah dengan senang

hamil dan sudahpun memulakan

keluarga mereka masing-masing. Ini

akan menyebabkan pasangan yang

mempunyai masalah fertiliti berasa

ketinggalan dan mungkin menyisihkan

diri sendiri dari masyarakat sekeliling.

Lebih menyedihkan lagi, masih

terdapat lagi sikap-sikap kuno

yang sengaja memulaukan wanita

tersebut terutamanya ke majlis-majlis

keramaian seperti pertunangan,

perkahwinan atau akikah kerana

khuatir mereka membawa ‘sial’.

dengan mewujudkan kesedaran

di kalangan masyarakat umum

tentang tekanan yang dihadapi

oleh pasangan yang mengalami

masalah infertiliti. Masalah dari segi

sosial, mental, emosi, kewangan

serta keretakan hubungan di antara

pasangan tersebut dan juga keluarga

mereka adalah antara masalahmasalah

yang sering dilalui. Usahlah

ditambahkan lagi masalah mereka

dengan melontarkan perkataanperkataan

yang mengguriskan hati

ataupun perlakuan yang tidak sensitif.

Masyarakat hendaklah memberikan

sokongan dan berfikiran terbuka.

Bagi pasangan yang telah melalui

perjalanan infertiliti mereka dan

telah pun akhirnya hamil serta

menimang zuriat masing-masing pula

hendaklah memberikan sokongan

kepada mereka yang masih dalam

perjalananan mereka. Kita juga tidak

perlu merasa malu untuk mengaku

yang telah melalui liku-liku perjalanan

tersebut serta mungkin hingga

terpaksa menjalani rawatan kesuburan

seperti IVF sebagai pengorbanan

demi menjadi seorang ibu atau ayah.

Dr Tasha kagum dengan tindakan

penyanyi kesayangan ramai, Dato

Kenapa perlu malu?

Diharapkan ramai yang juga telah

mengalami situasi yang sama selepas

ini tampil ke hadapan sebagai

sokongan kepada pasangan lain yang

mengalami masalah yang serupa. Ini

sebagai tanda sokongan yang tidak

berbelah bahagi dan mengatakan

bahawa that ‘you are not alone in

your journey’. Ianya juga sebagai

tanda sokongan bagi meruntuhkan

stigma yang menyelubungi infertiliti

yang sudah sekian lama berleluasa di

kalangan masyarakat kita. Kita perlu

mengorak langkah ke hadapan dan

berfikiran terbuka.

Saya Dr Natasha Nor

telah mengalami masalah

kesuburan selama 8 tahun

dan terpaksa melalui rawatan

IVF berulang-kali. I am an IVF

survivor and now the proud

mother of a pair of twins. I

have survive it. You too can

do it!

Bangkit untuk meruntuhkan

stigma yang menyelubungi

infertiliti

Langkah terbaik untuk meruntuhkan

stigma di kalangan masyarakat adalah

Dr. Natasha Ain Mohd Nor merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi

(Infertility) dari KL Fertility Centre. Dr. Natasha juga mengelolakan

program IVFku bagi membantu pasangan yang ingin menjalani

rawatan IVF pada harga yang berpatutan. Beliau aktif menulis dan

berkongsi informasi di blognya, www.drnatashanorfertility.com

12 MamaPapa | Februari 2018

9 bulan

Penjagaan Kulit dan Rambut

Semasa Hamil

Rimas dengan rambut gugur, muka berjerawat dan kesan regangan kulit semakin menyerlah di

bahagian perut anda? Gejala-gejala ini akan anda hadapi semasa hamil. Persiapkan diri anda bagi

merasai perjalanan turun naik sepanjang kehamilan; termasuk juga penjagaan kulit dan rambut.

MamaPapa | Februari 2018

13

9 bulan

KULIT TERPELIHARA

SEMASA HAMIL

Ramai yang memperkatakan seri

kehamilan akan terpancar bagi wanita

mengandung. Namun, realitinya

bukan semua ibu mengandung

berseri-seri semasa hamil. Bagi yang

bertuah, hormon tambahan semasa

kehamilan akan membuatkannya

kelihatan berseri-seri. Namun, tidak

semua hormon tambahan memberikan

hasil positif kerana sesetengah ibu

hamil juga tidak terkecuali daripada

menerima masalah kulit semasa

mengandung. Ada yang mengalami

masalah jerawat, topeng kehamilan,

pigmentasi, kesan regangan kulit dan

banyak lagi. Ibu hamil juga tidak boleh

sewenang-wenangnya menggunakan

sebarangan produk kerana ditakuti

kandungan berbahaya yang ada dalam

produk tertentu akan memberi kesan

kepada kandungan.

TIPS:

Bertukarlah kepada bedak

asas (foundation) untuk

mereka yang memiliki kulit

berminyak, atau gunakan

bedak mineral (loose

powder mineral makeup)

kerana bahan-bahan ini

tidak akan menyebabkan

iritasi pada kulit yang

ditumbuhi jerawat.

Usah risau, Mama! Dengan sedikit

perubahan pada rutin penjagaan kulit,

anda pasti akan kelihatan berseri sama

seperti sebelum hamil. Malah, lebih

menyerlah lagi semasa hamil. Berikut

merupakan beberapa perubahan kulit

yang dialami semasa hamil:

Jerawat

Jika memang kulit anda jenis

berjerawat, tidak mustahil jerawat akan

semakin banyak timbul semasa anda

hamil. Hormon tambahan yang ada

dalam tubuh anda akan menyebabkan

rembesan minyak, sekali gus

menyebabkan jerawat semakin banyak

memunculkan diri.

Hormon kehamilan

menyebabkan pori anda

mengeluarkan lebihan

minyak, menjadikan

muka anda terdedah

kepada ruam panas, dan

warna kulit wajah, kaki

serta telapak tangan

memudar.

Cara pencegahan

dan rawatan

Teruskan rutin membersihkan wajah

anda semasa hamil. Anda boleh

mulakan dengan membersihkan

wajah menggunakan pencuci muka

bebas sabun. Bersihkan muka anda

setiap pagi dan malam. Elakkan

daripada kerap membersihkan wajah

bagi mengelakkan masalah kering

pada kulit wajah. Jika anda hendak

menggunakan produk jerawat,

carilah produk yang selamat untuk

wanita hamil. Elakkan daripada

menggunakan produk yang

mengandungi benzoyl peroxide,

salicylic acid atau yang mengandungi

retinoids kerana kandungankandungan

ini tidak selamat

digunakan semasa hamil. Anda juga

boleh mendapatkan nasihat doktor

untuk rawatan jerawat semasa hamil.

14 MamaPapa | Februari 2018

Topeng kehamilan

dan pigmentasi

Topeng kehamilan juga dikenali

sebagai melasma dan chlosma, iaitu

bintik-bintik hitam yang muncul

pada wajah anda. Lazimnya bintik

hitam ini akan muncul pada dahi dan

pipi anda sekali gus meningkatkan

pigmentasi pada wajah. Semasa

hamil, tubuh anda akan menghasilkan

lebih banyak hormon, yang mana

akan meningkatkan pigmentasi pada

kulit. Kira-kira 50% wanita hamil

akan mengalami masalah topeng

kehamilan. Masalah ini dikaitkan

dengan hormon kehamilan dan

pendedahan kepada sinaran matahari.

Menurut Akademi Dermatologi

Amerika, wanita yang mempunyai kulit

dan rambut yang gelap berisiko tinggi

untuk mengalami masalah ini.

Cara pencegahan

dan rawatan

Bagi mengelakkan masalah topeng

kehamilan berlaku kepada diri anda,

kurangkan atau elakkan daripada

terdedah kepada pancaran cahaya

matahari. Jika perlu berada di luar

rumah, amalkan memakai pelindung

matahari yang mengandungi

sekurang-kurangnya SPF 15 dan

yang selamat untuk kehamilan. Anda

juga boleh melindungi kulit dengan

memakai topi semasa keluar dari

rumah. Kulit anda ketika hamil adalah

bersifat sensitif, jadi pendedahan

kepada matahari akan meningkatkan

peluang untuk bintik hitam tumbuh di

wajah anda.

Kesan regangan kulit

Kesan regangan kulit atau stretch

marks semasa hamil ialah garisan

berwarna merah atau merah jambu

yang muncul pada beberapa

bahagian tubuh wanita hamil

kerana bayi membesar dalam rahim

selama 40 minggu kehamilan. Kesan

regangan kulit adalah salah satu

perubahan kulit yang lazim dialami

oleh wanita hamil. Boleh dikatakan

hampir 90% wanita hamil akan

mengalami gejala kesan regangan

kulit. Kesan regangan kulit ini berlaku

apabila dermis, iaitu lapisan di

tengah-tengah kulit meregang di

antara serat-serat kolagen di bawah

kulit badan sehingga menyebabkan

kelemahan tisu-tisu kulit, sekali gus

munculnya kesan regangan kulit.

Kesan regangan kulit lazimnya

berlaku di bahagian bawah abdomen

dan payudara.

Cara pencegahan

dan rawatan

Tiada kaedah yang dapat menjamin

9 bulan

anda untuk mengelakkan kesan

regangan kulit. Akan tetapi, amalan

gaya hidup sihat dapat membantu

mengurangkan kemunculan kesan

regangan kulit. Sebaik sahaja anda

tahu tentang kehamilan anda, lakukan

perkara yang boleh mengurangkan

kehadiran kesan regangan kulit.

Contohnya, pastikan kulit sentiasa

lembap dengan meletakkan losen

atau minyak pati yang mengandungi

vitamin A dan E. Pastikan juga anda

minum sekurang-kurangnya 8 gelas

air kosong setiap hari sepanjang

kehamilan. Gunakan losen atau krim

yang mengandungi lemak koko

atau mentega shea kerana bahanbahan

ini baik untuk memelihara

kelembapan kulit di samping

menjadikan kulit kekal hidrat.

Linea nigra

Linea nigra adalah garisan gelap

yang muncul dari pusat anda ke

tulang pubik. Garisan ini mungkin

telah lama ada di bahagian tersebut,

cuma anda mungkin tidak perasan

kerana warnanya yang sangat pudar.

Semasa anda hamil, garisan ini akan

timbul lebih terang disebabkan

oleh ketidakseimbangan hormon.

Lazimnya, ia muncul semasa bulan

ke-4 atau 5 kehamilan.

Cara pencegahan

dan rawatan

Tiada cara lain untuk mengelakkan

garisan ini daripada muncul. Namun,

usah bimbang kerana selepas anda

bersalin, garisan ini akan pudar sedikit

demi sedikit.

MamaPapa | Februari 2018

15

9 bulan

Ramai wanita hamil yang

mula merasai masalah rambut

gugur selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, jika

anda mengalaminya semasa

kehamilan, berkemungkinan

kerana tubuh anda kekurangan

vitamin atau mineral.

RAMBUT BERSINAR

& BERMAYA

Rambut adalah mahkota bagi setiap

wanita. Jadi, sudah pasti anda akan

berikan perhatian yang khusus untuk

rambut. Pun begitu, semasa hamil

anda mungkin akan mengalami

masalah keguguran rambut dan ada

sesetengahnya juga yang mengalami

rambut tebal dan lebat semasa hamil.

Mengapa hal ini terjadi?

Lazimnya, terdapat tiga peringkat

pertumbuhan rambut iaitu; fasa

pertumbuhan aktif, fasa berehat dan

fasa rambut gugur. Sepanjang fasafasa

ini, setiap orang akan mengalami

100 helai rambut gugur setiap hari.

Semasa hamil, hormon tambahan

yang mengalir pada tubuh anda akan

beralih ke kitaran rambut. Rambut

anda mungkin akan terus bertumbuh

(fasa aktif) atau kekal pada kulit kepala

serta menjadi lebih lebat berbanding

kebiasaan. Bukan semua wanita

hamil akan mengalami rambut lebat

semasa hamil. Semua ini bergantung

kepada hormon tambahan. Ada yang

mengalami masalah rambut kering

kepada rambut berminyak, rambut

keriting menjadi lurus dan sebaliknya.

Juga, tidak terkecuali, masalah

keguguran rambut berlaku semasa

tempoh kehamilan. Jadi, jika anda

mengalami masalah rambut semasa

hamil, lakukan cara-cara di bawah:

• Jika anda sudah biasa melakukan

rawatan rambut seperti mewarna,

mengeriting ataupun melurus,

anda mungkin perlu fikirkan untuk

berhenti daripada mendapatkan

rawatan-rawatan ini sepanjang

kehamilan anda. Terdapat kajian

yang mengatakan bahawa

penggunaan bahan kimia semasa

rawatan rambut boleh memberi

kesan kepada kandungan anda

• Ada yang mengatakan kerap

bersyampu boleh menambahkan

tekanan kepada rambut sekali

gus menyebabkan rambut banyak

gugur. Bagi mengurangkan

keguguran rambut, anda digalakkan

untuk menggunakan perapi bagi

mengurangkan keguguran rambut

semasa anda ingin menguraikan

rambut. Walau bagaimanapun,

pilihlah syampu dan perapi yang

mengandungi biotin dan silika

• Elakkan mengikat rambut dengan

ketat seperti gaya ponytail dan

elakkan juga mengikat rambut

menggunakan gelang getah,

yang mana boleh menarik dan

menegangkan rambut anda

• Banyakkan makan buah-buahan dan

sayur-sayuran, yang mengandungi

flavonoids dan antioksidan bagi

menyediakan perlindungan untuk

folikel rambut serta menggalakkan

pertumbuhan rambut

• Gunakan sikat yang bergigi luas

semasa menyikat rambut yang basah,

kerana struktur rambut adalah rapuh

semasa berkeadaan basah

• Amalkan pemakanan atau

suplemen yang mengandungi

vitamin B kompleks, biotin,

vitamin C, vitamin E dan zink

16 MamaPapa | Februari 2018

KELAHIRAN

Atasi Kesakitan

Bersalin

Kesakitan semasa bersalin adalah salah satu perkara yang merisaukan ramai

wanita hamil. Hal ini kerana sakit semasa hendak bersalin yang diibaratkan

seperti nyawa di hujung tanduk, akan dirasai oleh kebanyakan ibu.

MamaPapa | Februari 2018

17

KELAHIRAN

Sakit bersalin bagi setiap wanita

tidak sama. Walaupun ramai ibu yang

mengaitkan sakit bersalin sebagai

pengalaman yang paling menyakitkan

dalam hidup seseorang, namun

ianya adalah berbeza bagi setiap

wanita dan juga berbeza mengikut

kehamilan. Setiap ibu akan merasai

sakit bersalin tetapi ada caranya untuk

anda menangani kesakitan semasa

melahirkan anak. Perancangan yang

betul merupakan cara terbaik untuk

memastikan anda bertenang dan

boleh menangani kesakitan tersebut

apabila tiba masanya.

Sakit semasa bersalin

berlaku disebabkan

kontraksi otot rahim dan

tekanan pada serviks.

Kesakitan ini boleh

dirasai pada bahagian

abdomen, pangkal paha

dan juga belakang badan.

Penyebab lain sakit

bersalin adalah berpunca

daripada tekanan pada

pundi kencing dan usus

disebabkan kepala bayi

serta regangan pada salur

peranakan dan faraj.

5 CARA TANGANI

SAKIT BERSALIN

1

RELAKS

Terdapat banyak cara untuk

menangani rasa sakit semasa

bersalin. Dan, tidak semestinya anda

perlu menggunakan satu cara sahaja.

Perkara paling utama yang perlu anda

lakukan ialah bertenang. Tarik nafas

dalam-dalam setiap kali anda rasa

gugup atau gemuruh.

Bukan hanya tubuh anda sahaja yang

perlu relaks, bahkan minda juga.

Apabila anda rasa sakit, anda akan

cepat tertekan, di mana tekanan ini

akan membuatkan kesakitan anda

bertambah. Jadi, jangan terlalu layan

sakit anda. Alihkan kesakitan anda

dengan memikirkan perkara yang

anda sukai.

2

TARIK NAFAS

Bagi memupuk rasa

tenang, penting untuk

anda menumpukan perhatian pada

pernafasan anda. Tarik nafas, lepas,

tarik nafas dan lepas. Lakukan teknik

ini beberapa kali nescaya anda akan

rasa lega.

Terpulang pada anda jika ingin

menunjukkan rasa sakit dengan

menjerit atau sebagainya, namun

jangan menjerit terlampau kuat bagi

mengelakkan suara anda pecah atau

sakit kerongkong.

3

BERGERAK

Berjalan, bergoyang,

menukar posisi dan duduk

serta bergerak di atas bola yoga

boleh membantu bakal ibu untuk

melegakan kesakitan semasa ingin

melahirkan anak. Malah, senaman ini

juga dapat membantu melancarkan

proses bersalin. Ini kerana

dengan menggunakan daya

graviti dapat membantu

menggalakkan

pergerakan dan

pusingan bayi ke arah

pelvis. Selain itu, anda

juga boleh mencuba

posisi lain seperti

berdiri, mencangkung

atau duduk di

tepi tilam.

4

TERAPI AIR

Mandi air suam

dapat membantu ibu

mengurangkan kesakitan untuk

bersalin. Dengan mandi air suam

dapat membantu anda bertenang

dan juga melegakan kesakitan

tubuh anda.

5

BERURUT

Anda memerlukan urutan

lembut bagi melegakan

kesakitan semasa bersalin. Mintalah

pasangan anda melakukan urutan

kaki, tangan atau beberapa bahagian

badan yang anda rasa lenguh.

Tujuannya adalah supaya anda tidak

terlampau memikirkan rasa sakit yang

dialami semasa hendak melahirkan

anak. Selain itu, urutan daripada

pasangan juga membantu anda

menenangkan diri dan sebagai tanda

sokongan daripada suami anda.

18 MamaPapa | Februari 2018

ALAM BERPANTANG

Amalan Berpantang

Mengikut Budaya

Kehidupan wanita zaman moden amat berbeza dengan wanita zaman dahulu. Wanita

dahulu amat menitikberatkan amalan tradisi nenek-moyang mereka, amat berbeza dengan

wanita moden kini yang lebih bersikap terbuka dan memandang remeh sesetengah amalan.

Sungguhpun begitu, kebanyakan wanita moden kini masih lagi mengamalkan amalan tradisi

berpantang selepas bersalin kerana diketahui akan manfaatnya kepada tubuh ibu.

Kepuasan menyaksikan wajah comel si manja terbantut

apabila memikirkan tempoh 44 hari berpantang yang

perlu dilalui oleh ibu baru bersalin. Mana tidaknya, di

kala berpantang, ibu perlu mematuhi amalan-amalan

yang disediakan selain berpantang makan dan bersama

suami. Namun, disebabkan amalan berpantang inilah yang

menyebabkan ramai ibu-ibu di Malaysia mendapat bentuk

tubuh asal mereka serta kekal menarik walaupun sudah

melahirkan ramai anak.

Amalan berpantang di Malaysia lazimnya dilakukan

mengikut tradisi dan budaya. Amalan berpantang dilakukan

untuk kebaikan ibu dan bayi. Tempoh berpantang berjalan

sekurang-kurangnya 44 hari malah ada yang menjangkau

sehingga 100 hari mengikut tradisi nenek moyang. Pun

begitu, ada juga ibu baru yang tidak mengikut peraturan

sepanjang tempoh berpantang. Ada yang tidak tahan

sehingga hanya mampu berpantang seminggu atau dua

minggu sahaja malah ada yang kurang daripada itu.

Pada zaman moden ini, semakin kurang kepercayaan dan

amalan tradisi dilakukan oleh golongan muda. Namun,

dalam amalan berpantang, kebanyakan wanita Asian begitu

memandang berat akan tradisi ini kerana telah banyak

contoh dan bukti yang ditunjukkan bagi orang yang tidak

berpantang dengan betul.

Kaedah berpantang orang Melayu

Di kalangan masyarakat Melayu, ibu bersalin

lazimnya berpantang sehingga 44 hari.

Pada hari ke-44 pantang bersalin, segala

urat saraf peranakan berada dalam proses

penyembuhan peringkat terakhir serta

berkeadaan lemah.

Kepercayaan & tradisi

Amalan berpantang di Malaysia menarik kerana setiap kaum; Melayu, Cina dan India mengamalkan kepercayaan yang

berbeza. Namun, tujuannya adalah sama iaitu mengekalkan kesihatan dan kecantikan dalaman tubuh si ibu selain

membantu mereka bertenaga dan segar. Lihat persamaan dan perbezaan amalan berpantang di kalangan tiga kaum utama

di Malaysia.

MamaPapa | Februari 2018

19

ALAM BERPANTANG

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tua

menggalakkan ibu bersalin untuk berpantang selama 100

hari bagi perkara-perkara tertentu. Petua-petua ini sangat

penting diamalkan untuk memastikan kesegaran tubuh

badan dan menjamin tahap kesihatan seorang ibu.

Berpantang bersama

Kepercayaan orang Melayu, ibu perlu berpantang bersama

dengan suami selama 100 hari bagi memastikan luka

jahitan episiotomi sembuh sepenuhnya dan tidak terbuka

atau terkoyak. Amalan ini dipercayai dapat mengembalikan

semula ‘kedaraan’ bahagian alat sulit ibu sama seperti

sebelum melahirkan.

Antara amalan utama yang dilakukan oleh perempuan

Melayu semasa berpantang ialah:

Jamu- Nenek moyang kita percaya amalan ini dapat

membantu ibu yang baru melahirkan anak mengembalikan

semula tenaga mereka dan menyembuhkan anggota

badan selepas bersalin. Selain itu, memakan jamu juga

dapat mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan

peredaran darah, memanaskan badan dan mengeluarkan

toksin dalam tubuh.

Bertungku- Amalan ini adalah bertujuan bagi

mengeluarkan darah kotor dan darah beku yang terdapat

dalam badan selepas bersalin. Ia bukan sahaja dapat

memulihkan luka peranakan dan mengecutkan rahim tetapi

juga mampu menghangatkan badan dan mengecutkan urat

saraf yang telah kembang.

Berurut- Amalan ini dapat memberi kecergasan kepada

tubuh badan si ibu dan membantu melancarkan peredaran

darah di dalam badan. Urutan pada badan boleh

membetulkan urat-urat yang tersimpul semasa hamil

dan bersalin selain membantu mengeluarkan angin yang

terperangkap di dalam badan.

Berbengkung- Selepas bertungku dan berurut, wanita baru

bersalin akan berbengkung bagi mengembalikan bentuk

badan asal, mengelakkan perut buncit, mengekalkan

bentuk tubuh badan dan juga mengembalikan kedudukan

sistem peranakan. Bengkung perlu dipakai sepanjang masa

setiap hari.

Bertangas- Amalan bertangas dapat membantu

mengurangkan keputihan, merawat lendir, membuang

angin dan mengecutkan rahim.

Tapel, pilis dan param- Pemakaian tapel, param dan pilis

penting kerana tapel yang disapu pada bahagian perut

dapat mengeluarkan darah kotor sambil menegangkan

kulit. Pilis pula ditampal pada bahagian dahi untuk

menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih daripada

naik ke bahagian kepala. Param pula hendaklah disapukan

pada keseluruhan badan. Ia berfungsi untuk menghaluskan

kulit badan dan menghindarkan angin badan.

20 MamaPapa | Februari 2018

ALAM BERPANTANG

Kaedah berpantang orang Cina

Masyarakat Cina menggelarkan berpantang sebagai

zuoyezi. Perkataan ini merujuk kepada tradisi kaum Cina

yang menyarankan ibu baru untuk berehat selama sebulan

di rumah. Secara tradisinya, ibu baru akan duduk di bawah

penjagaan ibu mertua selama sebulan selepas melahirkan.

Pada kepercayaan masyarakat Cina, jika amalan

berpantang tidak dilakukan dengan sempurna, rahim

ibu tidak akan mengecut sekali gus menyebabkan rahim

berubah kedudukan.

Tahukah anda?

Mengikut tradisi masyarakat Cina, ibu

bersalin mesti mengelakkan diri daripada

benda-benda yang sejuk kerana dikhuatiri

akan terkena sakit seperti asma, rambut

gugur, sakit gigi dan sakit tulang.

Prinsip berpantang ini juga adalah bagi mengelakkan angin

daripada memasuki tubuh. Angin, yang dianggap sebagai

elemen tidak baik oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia

dikatakan akan menyebabkan masalah sendi semasa tua.

Bagi mengelakkan angin daripada masuk ke dalam tubuh,

ibu tidak boleh mandi dan membasuh kepala.

Dari segi pemakanan pula, ibu perlu makan herba mengikut

perubatan tradisi Cina supaya luka cepat pulih.

Antara pantang larang masyarakat Cina semasa

berpantang ialah:

• Tidak boleh mandi atau basuh rambut

• Tidak boleh minum air sejuk

• Tidak boleh berus gigi

• Tidak boleh berada dalam bilik berpenghawa dingin

• Tidak boleh keluar rumah

Kaedah berpantang orang India

Berpantang tradisi India adalah amalan meletakkan ibu

dan bayi di dalam satu bilik sebaik sahaja selepas bersalin.

Amalan ini bertujuan untuk membantu ibu baru cepat pulih

daripada tekanan bersalin.

Mereka percaya kehilangan darah dan tenaga semasa

proses bersalin akan menyebabkan tubuh ibu baru berada

pada ‘tahap sejuk’. Sama seperti tradisi Melayu dan Cina,

amalan berpantang kaum India juga bertujuan untuk

membantu tubuh ibu kembali segar.

Lazimnya, ibu baru akan dijaga oleh perempuan yang

lebih tua dalam kalangan keluarganya. Dai atau amah akan

menyediakan hidangan istimewa untuk ibu baru, selain

mengurut dan memandikan ibu dan bayi serta membasuh

baju. Tempoh berpantang bagi ibu bersalin ialah antara 30

hari hingga 40 hari.

Amalan berpantang masyarakat India ialah:

• Ibu bersalin perlu mandi air panas setiap hari

• Pakai pakaian tebal sepanjang masa dan pakai stoking

• Jangan duduk di tepi tingkap atau menghala badan pada

kipas atau penghawa dingin

• Tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti membasuh

MamaPapa | Februari 2018

21

pemakanan

TTC?

7 Makanan Ini Bagus

untuk Telur Anda

“Sedapnya kek ni” “Teringinnya nak makan burger”

“Masak maggi je lah hari ni”. Cuba imbas kembali

corak pemakanan anda. Pasti jenis-jenis makanan

yang disebutkan tadi menjadi pilihan anda, paling

tidak pun seminggu sekali anda akan makan

makanan tersebut. Tahukah anda bahawa

makanan-makanan ini boleh memberi

kesan kepada kesuburan anda.

Teruskan membaca...

22 MamaPapa | Februari 2018

You are what you eat. Meskipun jika

diterjemahkan maksudnya ialah anda

adalah apa yang anda makan. Namun

secara tersiratnya, maksud kepada

ayat ini adalah, untuk mendapatkan

badan yang sihat, anda perlu makan

makanan yang berkhasiat. Dari

aspek kesuburan, ramai pakar yang

memberitahu bahawa faktor penting

yang mempengaruhi kesuburan ialah

umur. Namun, tidak dilupakan faktor

pemakanan turut menyumbang

kepada kesuburan. Makanan yang

anda makan akan memberi kesan

kepada kesihatan telur anda sama

ada kesan positif ataupun negatif.

Pemakanan sihat yang lengkap

dengan nutrisi bakal menambah kualiti

telur sekali gus meningkatkan peluang

anda untuk hamil. Berikut kami

sediakan makanan-makanan baik yang

dapat membantu meningkatkan kualiti

telur anda. Sudah tiba masanya untuk

anda mengubah gaya pemakanan!

Ikan salmon - Minyak ikan yang

terkandung di dalam ikan salmon

adalah sumber asid lemak Omega-3

dan Omega-6 yang terbaik. Nutrisi ini

memainkan peranan penting dalam

melancarkan sistem pembiakan pada

badan wanita dan meningkatkan

aliran darah. Selain daripada salmon,

minyak ikan juga terkandung dalam

ikan makerel dan ikan sardin. Minyak

ikan bukan sahaja baik untuk wanita

tetapi juga lelaki bagi meningkatkan

kualiti sperma.

Beri - Buah yang kaya dengan

antioksidan ini dapat membantu

untuk melindungi telur daripada

radikal bebas, sekali gus menjadikan

telur lebih sihat. Beri juga seringkali

dikenali sebagai makanan super untuk

golongan TTCians (golongan yang

sedang mencuba untuk hamil). Pakar

menyarankan supaya makan sekurangkurangnya

tiga bahagian beri setiap

minggu. Beri sedap dimakan begitu

sahaja, tetapi juga boleh dijadikan

smoothie dan salad buah.

pemakanan

Avokado - Buahan berwarna hijau

zamrud ini merupakan superfood

untuk wanita yang sedang mencuba

untuk hamil. Kandungan lemak

yang tinggi dalam buah ini dapat

membantu anda untuk meningkatkan

kesihatan telur. Anda perlu tahu

bahawa tidak semua lemak adalah

tidak baik untuk kesihatan, jadi

avokado ini adalah jenis lemak yang

baik untuk kesihatan anda, iaitu

mengandungi lemak mono tak tepu.

Kajian menunjukkan bahawa wanita

yang mengambil makanan yang

tinggi lemak mono tak tepu (seperti

avokado) boleh menghasilkan telur

yang sihat. Buah ini juga berfungsi

membekalkan sumber vitamin E

terbaik kepada badan selain

daripada kaya dengan antioksidan.

Dua komponen utama ini sangat

penting dalam kesuburan wanita bagi

membantu menyempurnakan fungsi

ovulasi. Avokado boleh dimakan

begitu sahaja atau diletakkan dalam

salad, sandwic atau puri.

Sayuran hijau - Bayam, brokoli,

salad dan sayuran hijau lain adalah

kaya dengan folat, zat besi, kalsium

dan vitamin A. Sayur-sayuran hijau

mengandungi pelbagai vitamin dan

mineral yang diperlukan oleh tubuh

untuk berfungsi dengan baik. Amalkan

makan sayuran hijau setiap hari.

MamaPapa | Februari 2018

23

pemakanan

Halia - Halia dengan sifat antiradang

boleh membantu untuk

meningkatkan peredaran darah,

merangsang penghadaman yang

sihat dan mengurangkan keradangan,

sekali gus memberikan telur yang

sihat dengan cara mencegah

penyakit daripada mendekati sistem

pembiakan. Halia juga membantu

meringankan ketidakselesaan

reproduktif, merangsang kitaran yang

sihat dan mengurangkan inflamasi

pada organ pembiakan, yang boleh

memberi kesan kepada kesihatan

telur. Terdapat pelbagai cara untuk

menikmati halia dalam makanan anda

seperti meminum jus halia ataupun

memasukkan halia dalam masakan.

Madu - Khasiat madu untuk

kesuburan sudah diyakini sejak

beratus tahun dahulu lagi. Madu

kaya dengan pelbagai sumber

mineral dan asid amino yang dapat

membantu mengekalkan kualiti

kesihatan sistem pembiakan selain

daripada berfungsi meningkatkan

fungsi ovari untuk wanita.

Pisang - Buahan berwarna kuning

ini mengandungi vitamin B6, iaitu

salah satu vitamin penting dalam

membantu konsepsi dan mengatur

hormon. Kekurangan vitamin B6 boleh

membawa kepada kitaran haid yang

tidak teratur dan menghasilkan telur

dan sperma yang lemah.

3 Suplemen ‘Wajib’

untuk Kesuburan

Ada beberapa suplemen yang perlu

anda ambil untuk memastikan rahim

dan tubuh anda bersedia untuk hamil.

Dan, berikut adalah 3 suplemen

penting yang anda perlu ambil.

ASID FOLIK

Suplemen wajib ambil jika

sedang merancang untuk hamil.

Pengambilan asid folik perlu

bermula seawal tiga hingga

enam bulan sebelum anda

hamil. Anda digalakkan untuk

mengambil 400mcg asid folik

sehari. Pengambilan asid folik

sebelum hamil dapat membantu

pembentukan sistem saraf dan otak

janin yang sihat semasa mingguminggu

terawal kehamilan.

MULTIVITAMIN

Jika anda memang mengamalkan

pengambilan multivitamin, maka

anda adalah bernasib baik.

Pengambilan multivitamin adalah

perlu bagi mengelakkan badan

anda kekurangan nutrisi dan zat

penting yang diperlukan oleh

tubuh. Selain itu, kualiti telur dan

sperma juga akan berkurangan jika

tidak mengambil sebiji multivitamin

setiap hari. Namun, carilah

multivitamin yang diformulasi untuk

mereka yang sedang mencuba

untuk hamil iaitu multivitamin

pranatal. Jangan beli multivitamin

biasa kerana kandungan vitamin A

yang berlebihan di dalamnya tidak

baik untuk janin anda.

MINYAK IKAN

Pengambilan fish oil atau

minyak ikan yang mengandungi

asid lemak Omega-3 adalah

perlu kerana badan kita tidak

boleh menghasilkan asid lemak

Omega-3, sebaliknya ia hanya

boleh didapati melalui makanan.

Anda memerlukan minyak ikan

sekurang-kurangnya 1000-2000mg

setiap hari. Jadi, jika anda tidak

boleh mendapatkan makanan yang

mengandungi asid lemak ini setiap

hari, maka pengambilan vitamin

ini adalah amat disarankan. Asid

lemak Omega-3 mengandungi

DHA (asid dokosaheksaenoat)

dan EPA (asid eikosapentaenoat)

yang penting untuk menstabilkan

hormon dalam badan, membaiki

kitaran darah haid, memberikan

lendiran serviks yang baik semasa

ovulasi dan meningkatkan kualiti

sperma bagi suami.

24 MamaPapa | Februari 2018

KESIHATAN

Coklat & Kanak-kanak

Berapa ramai ibu bapa yang menghalang anak mereka untuk makan coklat? Alasannya adalah kerana

coklat akan membuatkan gigi anak rosak dan merupakan makanan yang tidak berkhasiat. Benarkah hal

ini?

Mengapa sedikit coklat dapat membantu

anak anda sihat?

Ibu bapa sering dimomokkan dengan cerita keburukan

coklat terhadap kesihatan anak mereka. Antaranya ialah

coklat dikatakan akan membuatkan gigi kanak-kanak rosak,

menyebabkan anak menjadi gemuk dan juga lemak pada

coklat boleh mengundang penyakit jantung.

Namun, tidak ramai yang tahu coklat mengandungi

kandungan yang berkhasiat yang membantu anak

mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan

mereka. Antara kandungan yang terdapat dalam coklat

ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan tenaga.

Jarang kita dengar orang kurang menggemari coklat,

begitu juga dengan kanak-kanak. Jadi, tidak perlulah anda

merungut jika anak kecil anda turut menggemari coklat.

Meskipun ramai ibu bapa yang tidak mahu mengajar anak

mereka untuk makan coklat kerana bimbang akan kesan

buruknya, namun ada sesuatu yang perlu ibu bapa tahu

mengenai khasiat coklat kepada kanak-kanak.

Makan sedikit coklat sekali-sekala tidak akan

memudaratkan anak anda. Malah, terdapat banyak kajian

yang menunjukkan bahawa coklat pekat dan koko dapat

memberikan manfaat dari segi kesihatan. Hal ini bermakna,

coklat juga memberikan kesan positif kepada kesihatan

anak anda.

INFO

Menurut Wikipedia,

coklat adalah nama

sebuah makanan

yang diolah dari

biji koko, dan

coklat dihasilkan

dari koko atau

nama saintifiknya

Theobroma cacao.

Coklat turut mengandungi antioksidan yang membantu

untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas, selain

dapat melegakan tekanan dan menenteramkan emosi.

Malah antioksidan ini juga mampu membaiki dan

menguatkan sistem imunisasi badan si manja.

Kebanyakan ibu bapa tidak mahu anak mengambil

makanan coklat kerana khuatir akan kandungan kafein yang

terdapat dalam coklat. Namun, tahukah anda, kandungan

kafein dalam coklat adalah sangat kecil berbanding

secawan kopi. Jadi, coklat tidak memudaratkan kesihatan

kanak-kanak jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.

MamaPapa | Februari 2018

25

KESIHATAN

sebaliknya jika anak diberikan makanan yang berlebihan,

inilah yang akan membawa kepada kegemukan. Setiap

jenis makanan jika diambil secara berlebihan, bukan sahaja

akan menyebabkan perubahan fizikal pada si anak, tetapi

juga akan menyebabkan masalah penyakit-penyakit lain

seperti masalah jantung dan diabetes.

Selain itu, coklat juga mengandungi magnesium yang

dapat membantu membina otot dan menguatkan tulang

si manja. Malah, kandungan tenaga dan protein yang ada

dalam coklat adalah baik untuk menambahkan stamina

kanak-kanak terutama di peringkat usia mereka yang

sedang lasak.

Di usia kanak-kanak juga, lazimnya mereka ini amat

cerewet memilih makanan dan sukar untuk makan. Usah

risau kerana secawan coklat panas dapat membantu untuk

meningkatkan selera makan anak anda.

AWAS!

Jika anak anda mengambil coklat

berlebihan, anda harus mengawal

cara pemakanan anak!

Adakah saya berikan coklat berlebihan

kepada anak?

Lazimnya, cara mudah untuk menarik perhatian budak atau

untuk menghargai kanak-kanak adalah dengan pemberian

coklat. Mungkin anda sendiri menetapkan batasan dalam

pemberian coklat kepada anak, namun bagaimana pula

dengan ‘makcik-makcik’ atau ‘pakcik-pakcik’ yang datang ke

rumah anda membawa buah tangan ataupun ‘atuk nenek’

mereka yang gemar menghulurkan coklat kepada anak anda.

Bagaimanakah cara untuk anda mengawal hal itu?

Tahukah anda, pengambilan coklat hanya dihadkan kepada

6.7g sahaja, dan jika lebih daripada itu, ia akan membawa

kepada masalah kesihatan. Berikut merupakan langkahlangkah

yang boleh anda ambil bagi mengurangkan risiko

lebihan coklat kepada si manja.

1 Berikan anak anda coklat gelap yang mengandungi

flavanoids yang terkandung dalam antioksidan- ini satusatunya

coklat sihat untuk anak anda.

Coklat rosakkan gigi

Menurut Lembaga Koko Malaysia, ramai orang yang

mempercayai mitos tentang coklat boleh menyebabkan

gigi rosak. Dalam kajian yang dilakukan, sebenarnya salah

satu bahan yang ada dalam serbuk koko dapat menghalang

pembiakan bakteria daripada membentuk plak gigi. Malah,

kandungan fosforus pada coklat dapat menguatkan gigi

kanak-kanak.

Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam

pembuatan coklat adalah mudah cair di dalam mulut. Jadi,

coklat yang dimakan tidak akan tersimpan lama di dalam

mulut, justeru dapat mengelakkan pembentukan plak.

Coklat juga dikatakan menjadi punca kepada kegemukan

kanak-kanak kerana kandungan lemak yang terkandung di

dalamnya. Masalah kegemukan atau obesiti bukanlah hanya

berpunca daripada satu-satu jenis pemakanan sahaja,

2 Lihat label pada coklat sebelum

belikannya untuk si manja. Perhatikan

kandungan gula dan lemak yang

ada dalam coklat tersebut.

3 Pastikan anak anda segera

gosok gigi sebaik sahaja

selepas makan coklat.

Kesimpulannya, coklat jika diberikan dalam jumlah

yang sepatutnya akan memberikan manfaat dan

kebaikan kepada pertumbuhan dan kesihatan

kanak-kanak. Jadi, sebagai ibu bapa, anda perlulah

mengambil berat akan perkara ini dan memantau

diet yang diambil oleh si manja.

Sumber: www.koko.gov.my, www.medimanage.com

26 MamaPapa | Februari 2018

Tips Memilih Kereta

untuk Keluarga

PANDUAN KELUARGA

Memilih kereta untuk keluarga adalah satu keputusan yang besar. Keputusan yang

dibuat memerlukan penelitian umpama mencari pasangan hidup. Hal ini kerana,

terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan pilihan anda

adalah tepat. Artikel ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan bagi mencari

kereta untuk keluarga.

1Ikut keperluan anda- Sebelum anda memilih

kereta yang anda kehendaki, kenal pasti dahulu

kriteria yang anda mahukan pada kereta baru anda

nanti. Berapa ramai anak anda, dan adakah anda

merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga? Anda

perlu mempertimbangkan untuk membeli kereta yang

mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi untuk anakanak

anda. Jika anda mempunyai anak melebihi 3 orang,

anda perlu fikirkan untuk memilih kereta yang lebih besar

seperti MPV. Fikirkan juga adakah kereta tersebut muat

untuk anda letakkan barang-barang bayi seperti kerusi

kereta dan kereta sorong.

2Tetapkan bajet- Ketahui harga-harga kereta yang

ingin anda beli. Tetapkan bajet yang realistik untuk

memiliki kereta baru keluarga anda. Jangan lupa

untuk pertimbangkan berapa bayaran bulanan kereta

tersebut, adakah masih dalam lingkungan bajet anda.

3Utamakan keselamatan- Keselamatan keluarga

adalah yang paling utama. Pastikan tali pinggang

keselamatan mencukupi untuk anda sekeluarga.

Beg udara juga dapat membantu menyelamatkan

nyawa anda dan keluarga sekiranya berlaku kejadian yang

tidak diingini.

4Ruang dan keselesaan- Kereta untuk keluarga yang

terbaik dapat menyediakan ruang yang selesa

untuk setiap anggota keluarga anda. Jika anda

ada bayi atau anak kecil, pastikan ruang simpanan

untuk kereta sorong, kerusi kereta dan kelengkapannya

yang lain seperti beg lampin adalah muat diletakkan

dalam kereta anda.

5Luas- Carilah kereta yang mempunyai ruang

simpanan yang luas bagi menyimpan barangbarang

anak anda seperti mainannya dan mungkin

juga anak patung kesayangannya. Ini mungkin

nampak remeh, namun pilihlah kereta yang luas terutama

di bahagian kerusi belakang bagi keselesaan anak anda

meletakkan kaki mereka.

Ketika ingin membeli kereta, anda disarankan untuk

membawa semua ahli keluarga anda untuk duduk di dalam

kereta tersebut bagi merasai sendiri keselesaan di dalam

kereta itu. Namun, ia bukan bermakna anda perlu mengikut

keputusan mereka, sebaliknya tidak salah jika anda turut

mengambil kira pendapat mereka sebelum memilih kereta

yang tepat untuk keluarga anda.

MamaPapa | Februari 2018

27

PERKEMBANGAN SI MANJA

Masalah Tumbesaran di

Kalangan Kanak-kanak

Kesedaran mengenai masalah tumbesaran kanak-kanak di Malaysia masih rendah dan

membimbangkan. Jadi, ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan masalah yang semakin

kronik dan serius ini. Masalah tumbesaran di kalangan kanak-kanak lazimnya memberi

kesan yang negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka. Ikuti perbincangan dan

perkongsian pakar untuk masalah tumbesaran ini.

28 MamaPapa | Februari 2018

PERKEMBANGAN SI MANJA

Terdapat beberapa jenis masalah tumbesaran yang

mungkin membawa kepada corak tumbesaran yang tidak

normal atau kegagalan tumbesaran di kalangan kanakkanak.

Kekurangan hormon pembesaran (Growth Hormone

Deficiency) hanyalah salah satu daripada sebab kegagalan

tumbesaran. Ia mungkin berlaku pada bila-bila masa

dan dikesan melalui penghasilan hormon pembesaran

yang rendah atau langsung tiada. Simptom-simptom

seperti jisim lemak yang meningkat, pengurangan jisim

otot, ciri-ciri muka yang tidak matang, dahi yang ketara,

perkembangan pertengahan muka yang terbantut,

pertumbuhan gigi yang lewat serta lambat mencapai akil

baligh mungkin menandakan bahawa seseorang kanakkanak

itu kekurangan hormon pembesaran 9,10 .

Tumbesaran adalah satu proses fisiologi yang kompleks

di mana kanak-kanak mula membesar dengan cepat

dalam dua tahun pertama kehidupan mereka. Proses ini

berterusan pada kadar yang tetap iaitu 5-9cm setiap tahun

sehingga mereka berusia kira-kira 10 tahun. Apabila kanakkanak

memasuki usia remaja iaitu 11 tahun bagi perempuan

dan 13 tahun bagi lelaki, lonjakan tumbesaran berlaku

sekali lagi selama kira-kira dua tahun sebelum ia berakhir

perlahan-lahan pada usia 16 hingga 18 tahun 1,2,3,4 .

Di dalam tubuh, hormon pembesaran (Growth Hormone)

yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak

merangsang tumbesaran 5 . Selain daripada menggalakkan

tumbesaran fizikal (ketinggian), ia juga mempengaruhi

perkembangan tulang, otot dan lemak tubuh 6,7 . Oleh

itu, hormon pembesaran ini sangat penting untuk

perkembangan dan fungsi tubuh manusia yang sihat.

Sekiranya seseorang kanak-kanak

kelihatan lebih rendah berbanding

rakan-rakan sebaya, ada kemungkinan

ia mengalami masalah tumbesaran yang

menghalangnya daripada mencapai

ketinggian dan berat yang normal, serta

kematangan seksual dalam sesetengah

kes 8 . Jika tidak dirawat, ia boleh

membawa kesan yang negatif kepada

kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.

Antara masalah tumbesaran yang lain dikenali sebagai

Kecil untuk Usia Gestasi (Small for Gestational Age,

SGA) dan Sindrom Turner. SGA melibatkan kira-kira 5%

daripada bayi-bayi yang baru lahir 11 . Diagnosis dibuat

apabila berat badan atau ketinggian bayi jauh lebih rendah

daripada apa yang dijangka seiring dengan umur bayi.

Semasa membesar, kanak-kanak ini mempunyai risiko yang

lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan seperti

perubahan metabolisma di peringkat selanjutnya dalam

kehidupan, masalah perkembangan saraf atau morbiditi

perinatal 12 . Sindrom Turner adalah masalah genetik yang

paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan.

Masalah ini melibatkan seorang daripada 2,500 bayi

perempuan dan ia boleh menyebabkan kombinasi ciri-ciri

kelainan fizikal, tubuh yang rendah dan kegagalan ovari 13 .

Pakar Runding Kanan Pediatrik,

Pakar Endokrinologi &

Diabetologi Pediatrik di Jabatan

Pediatrik, Pusat Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Prof. Wu Loo Ling berkata,

masalah tumbesaran di Malaysia

biasanya tidak diberi perhatian

oleh ibu bapa kerana mereka

menganggap bahawa orang

Asia secara semula jadinya

mempunyai struktur tulang yang

lebih kecil.

MamaPapa | Februari 2018

29

PERKEMBANGAN SI MANJA

Untuk mengesan masalah tumbesaran seawal yang

mungkin, ibu bapa perlu mengukur pertumbuhan kanakkanak

dengan kerap dan dibandingkan dengan adikberadik

atau rakan-rakannya di sekolah. Sekiranya terdapat

simptom-simptom tersebut, ibu bapa dinasihatkan untuk

berjumpa pakar pediatrik yang khusus dalam merawat

kanak-kanak dengan masalah tumbesaran dan hormon 15 .

“Penting untuk setiap ibu bapa di negara ini mengetahui

akan simptom-simptom masalah tumbesaran pada anak

mereka. Bawa anak berjumpa dengan doktor sekiranya ibu

bapa bimbang akan sesuatu isu. Ini kerana pengesanan

awal adalah amat penting untuk mencapai hasil rawatan

yang positif,” katanya dalam sesi persidangan SEA Growth

Summit yang diadakan di Kuala Lumpur.

SEA Growth Summit anjuran Novo Nordisk

menghimpunkan pakar-pakar dari seluruh rantau ASEAN

termasuk Sri Lanka dan Bangladesh untuk berkongsi

pengetahuan mengenai pengurusan penyakit dan rawatan

masalah tumbesaran kanak-kanak selain bertujuan

meningkatkan kesedaran serta menyebarkan maklumat

mengenai perkara ini. Persidangan yang dihadiri lebih 60

pakar endokrinologi pediatrik ini merupakan yang pertama

kali diadakan di Asia Tenggara yang membincangkan

mengenai masalah tumbesaran.

Sementara itu, Profesor

Endokrinologi Pediatrik di

University of London dan Pakar

Runding Endokrinologi Pediatrik

di London Clinic Centre for

Endocrinology, Dr. Martin Savage

menambah bahawa semakin

awal masalah tumbesaran

dikesan, semakin tinggi peluang

kanak-kanak tersebut untuk

mengekalkan ketinggian yang

normal dan mencapai potensi pertumbuhan yang sebenar.

“Rawatan masalah tumbesaran mempunyai banyak manfaat

selain daripada merangsang ketinggian. Ia bukan sahaja

membantu kanak-kanak untuk mencapai ketinggian yang

normal, namun turut terbukti boleh membawa impak yang

positif kepada komposisi tubuh, pembinaan tulang, faktorfaktor

risiko kardiovaskular, dan kualiti hidup,” ujarnya.

Selain daripada risiko-risiko fizikal, membesar dengan

masalah tumbesaran juga boleh membawa kesan sosial

yang serius terhadap kanak-kanak seperti diejek atau dibuli

di sekolah, keyakinan diri yang rendah, cabaran fizikal serta

kesukaran dalam perhubungan sosial 14 .

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu sedar bahawa

merawat masalah tumbesaran adalah satu komitmen jangka

panjang. Proses rawatan mengambil masa beberapa tahun

sehingga kanak-kanak mencapai ketinggian dewasanya 16 .

Sekiranya masalah tumbesaran berlanjutan apabila

pertumbuhan telah selesai, rawatan perlu diteruskan untuk

mencapai perkembangan tubuh dewasa yang normal,

termasuklah jisim otot dan penambahan mineral tulang 17

1 Tanner et al. Arch Dis Child 1966;41:454–71

2 Tanner et al. Arch Dis Child 1966;41:613–35

3 Gaskin et al. Skeletal Development of the Hand & Wrist. A

Radiographic Atlas & Digital Bone Age Companion. New York,

NY: Oxford University Press, Inc.; 2011:17,29,51,65,75

4 Juul. Human Reprod Update 2001;7:303–13

5 Okada & Kopchick. Trends Mol Med 2001;7:126–32

6 Rosenfeld & Cohen. In: Sperling (ed). Pediatric Endocrinology.

2nd edn. Philadelphia, PA: Saunders, 2002:211–88

7 Gharib et al. Endocr Pract 2003;9:64–76

8 MedlinePlus : Growth Disorders, Online : https://medlineplus.

gov/growthdisorders.html, Last consultation: 10/07/2017

9 Ross et al. Pediatrics 2010;125:e906–18

10 Shalet et al. Endocr Rev 1998;19:203–23

11 Karlberg & Albertsson-Wikland. Pediatr Res 1995;38:733–9

12 Clayton et al. J Clin Endocrinol Metab 2007;92:804–10

13 Ari. J Clin Endocrinol Metab 2006;91:4302–5

14 Haymond et al.: Early recognition of growth abnormalities

permitting early intervention, Acta Paediatr. 2013 Aug; 102(8):

787–796Online: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/

PMC3738943/, Last consultation: 10/07/2017

15 Human Growth Foundation: Pediatric Growth Hormone

Deficiency, Online: http://hgfound.org/resources/pediatricgrowth-hormone/,

Last consultation: 10/07/2017

16 Children’s Hospital of Pittsburg: Growth Hormone Treatment,

Online: http://www.chp.edu/our-services/endocrinology/

resources/endocrinology-patient-procedures/growth-hormonetreatment#sthash.xNW17Pf8.dpuf,

Last consultation: 10/07/2017

17 Norditropin® Summary of Product Characteristics, 2015

30 MamaPapa | Februari 2018

PENJAGAAN BAYI & KANAK-KANAK

Batuk, Selesema, Demam

Apa anda perlu buat jika anak tidak sihat?

Setiap ibu bapa pasti tidak terlepas daripada menjaga anak yang sakit. Tidak kiralah

batuk, selesema ataupun demam, setiap kanak-kanak pasti pernah merasainya.

Sakit yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak adalah sebahagian daripada proses

perkembangan dan tumbesaran mereka. Penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak

ini juga adalah kaedah semula jadi untuk mereka melawan penyakit dan untuk membesar.

MamaPapa | Februari 2018

31

PENJAGAAN BAYI & KANAK-KANAK

Demam, selesema dan batuk adalah antara penyakit yang biasa dialami oleh

bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada cara

untuk menangani dan mengurangkan ketidakselesaan bayi semasa sakit.

Berikut merupakan beberapa informasi penting tentang gejala sakit yang

sering dialami oleh kanak-kanak serta cara-cara untuk menanganinya.

Demam

Demam lazimnya terjadi disebabkan tubuh badan seseorang sedang

melawan jangkitan. Gejala demam yang berlaku pada bayi amat merisaukan

ibu bapa terutama jika bayi anda mengalami demam panas. Sebenarnya,

gejala demam tidak selalunya menyebabkan bahaya kepada bayi kerana

demam adalah sebahagian daripada cara semula jadi badan bayi untuk

melawan penyakit.

Berikut merupakan simptom-simptom demam yang perlu anda ketahui.

Gunakan informasi di bawah sebagai persediaan diagnosis. Namun, anda

perlu ingat bahawa si manja anda tidak semestinya akan menunjukkan semua

simptom di bawah!

Demam disebabkan oleh

demam selesema:

• Hidung kemerah-merahan

• Bersin

• Sakit kepala atau sengal-sengal

badan (akan merengek

dan menangis)

• Hilang selera makan

• Badan menggigil

Demam disebabkan

oleh selesema:

• Hidung kemerah-merahan

• Batuk kering

• Sakit-sakit badan

• Hilang selera makan

• Pening kepala

• Muntah dan cirit-birit

Demam disebabkan oleh

jangkitan pada telinga:

• Sering korek telinga

• Sakit telinga atau kepala

• Berjalan malam

• Gagal bertindak balas

kepada bunyi

• Pening kepala

• Kurang selera makan

• Keluar darah pada telinga

Demam disebabkan oleh

sakit tonsil:

• Tidak mahu makan atau minum

(kerana sakit untuk menelan)

• Tekak merah

• Tonsil bengkak

• Bengkak pada limfa

• Sakit perut

Selesema

Kanak-kanak yang mengalami

selesema akan kerap merengek

dan meragam kerana selesema

mengganggu sistem pernafasan

mereka dan membuatkan mereka

tidak selesa. Malah, anak anda

mungkin akan berada dalam

keadaan letih dan tidak bermaya.

Hal ini kerana mereka tidak selesa

untuk makan dan minum. Selain

itu, selesema juga ada kalanya

menyebabkan mereka demam.

Jika si kecil anda mengalami

simptom-simptom di bawah, dia

mungkin mengalami selesema:

• Suhu badan melebihi 38°C

• Lesu

• Kesejukan

• Masalah pernafasan seperti

hidung berhingus dan batuk

• Kurang selera makan

• Sakit tekak

• Kelenjar tekak bengkak

• Cirit-birit

• Muntah

Awas!

Selesema adakalanya

berbahaya kepada

bayi kerana puncanya

disebabkan oleh jangkitan

virus influenza. Ibu

bapa perlu mengambil

perhatian jika bayi di

bawah usia dua tahun

mengalami selesema

kerana mungkin mereka

terpaksa ditahan di

hospital jika masalah

berlarutan. Ada di

kalangan kanak-kanak

yang mengalami

selesema berserta batuk

dan demam mungkin

akan mengalami asma

jika lewat dihantar

mendapatkan rawatan.

32 MamaPapa | Februari 2018

PENJAGAAN BAYI & KANAK-KANAK

Bila perlu bawa anak

berjumpa doktor?

• Jika bayi anda berusia kurang

daripada tiga bulan dan

mengalami demam 38°C

atau lebih, anda perlu segera

membawanya berjumpa pakar

kerana bayi seusia ini amat

mudah dijangkiti penyakit lain

dan mungkin akan mengalami

penyakit serius. Lazimnya, bayi

yang mengalami selesema juga

akan mengalami demam. Jadi,

anda tidak boleh memandang

remeh penyakit ini

• Jika suhu badan bayi anda yang

berusia tiga hingga enam bulan

melebihi 38.3°C

• Jika bayi anda yang berusia enam

bulan ke atas mengalami demam

dengan suhu melebihi 39.4°C

• Jika si manja anda demam

melebihi 3 hari

Batuk

Batuk secara teknikalnya bukanlah suatu penyakit, tetapi lebih kepada

tindakan perlindungan yang berlaku apabila terdapat bendasing pada

membran mukus sistem pernafasan. Bendasing yang ada termasuklah habuk,

air liur, atau sesuatu yang bayi makan serta minum.

Punca batuk

Batuk adalah simptom yang disebabkan oleh pelbagai perkara. Salah satunya

adalah kerana bayi anda demam selesema. Selain itu, kanak-kanak juga

mungkin batuk kerana tersedak, tertelan, terhidu atau tersedut sesuatu. Ada

kalanya tanpa anda sedari, anak anda mengambil objek-objek asing dan

memasukkannya ke dalam mulut. Kanak-kanak batuk kerana paru-paru mereka

bertindak sebagai mekanisme penahan jika ada bendasing ingin masuk.

Batuk malam- Ada kanak-kanak yang mengalami batuk teruk ketika

malam terutamanya si kecil yang mengalami selesema. Hal ini kerana mukus

daripada rongga hidung mereka mengganggu anak tekak dan menyebabkan

ketidakselesaan. Justeru, bendasing tadi menyebabkan ketidakselesaan pada

kanak-kanak terutama semasa dia terbaring. Penting bagi ibu bapa untuk merawat

selesema anak secepat mungkin bagi mengelakkan tidur mereka terganggu.

Batuk siang- Kanak-kanak yang batuk ketika siang boleh disebabkan oleh

beberapa faktor antaranya terhidu asap rokok atau penggunaan penyegar

udara. Selain itu, bulu haiwan peliharaan juga boleh menyebabkan si manja

batuk sepanjang hari.

Batuk mukus- Batuk disebabkan mukus berlaku kerana ada kahak yang

tersekat pada tekak. Lazimnya, kanak-kanak yang mengalami batuk ini akan

menghadapi masalah hidung berhingus atau berlendir dan demam biasa

diikuti dengan bersin. Punca utama batuk ini adalah kerana selesema.

MamaPapa | Februari 2018

33

PENJAGAAN BAYI & KANAK-KANAK

Rawatan untuk anak

demam, selesema

Demam

• Beri anak anda makan dan minum

dengan kerap bagi mengelakkan

dehidrasi

• Jika usia anak anda lebih lapan

minggu, anda boleh berikan ubat

demam yang khusus untuk bayi

bagi menurunkan suhu badannya.

Bagaimanapun, dapatkan

nasihat daripada doktor sebelum

memberikan sebarang ubat

kepada si manja anda

• Pakaikan anak anda pakaian

daripada kain kapas yang nipis

Selesema

• Pastikan si kecil anda

mendapatkan rehat yang

secukupnya dan minum banyak air

• Bagi bayi yang masih menyusu,

kerap susukan si manja anda

kerana susu ibu merupakan

imunisasi terbaik untuk bayi

• Selain itu, pastikan juga anak

anda tidak berhubungan atau

berada dekat dengan mereka

yang mengalami sakit kerana

antibodi bayi adalah masih lemah.

Jadi, potensi untuk tubuh mereka

menerima jangkitan adalah tinggi

Batuk

• Hilangkan atau elakkan puncapunca

batuk

• Pastikan peredaran udara di ruang

kediaman anda berkualiti

• Pastikan anak anda mendapat

air yang mencukupi untuk

membuatkannya kekal hidrat

• Bersihkan mukus dengan

menggunakan penyedut hidung

bagi membantu mukus keluar

daripada rongga hidung si

manja. Kanak-kanak lebih mudah

bernafas selepas mukus keluar

Kebersihan

membantu

Ibu bapa boleh membantu

untuk mengelakkan anakanak

daripada dijangkiti

penyakit-penyakit ini

dengan cara menjaga

kebersihan. Galakkan

amalan kebersihan dalam

keluarga anda dengan

cara sentiasa membasuh

tangan sebelum atau

selepas melakukan

perkara-perkara seperti

makan atau bermain.

Amalan membasuh tangan

ini dapat membantu

mengelakkan penyebaran

kuman dan bakteria di

rumah anda.

34 MamaPapa | Februari 2018

RESIPI PILIHAN

Kek Cawan

Berkhasiat

Takut untuk berikan si manja makanan

manis? Usah risau Mama! Resipi kek

cawan ini bukan sahaja akan digemari

oleh anak-anak anda bahkan juga

ianya diperbuat menggunakan bahanbahan

yang berkhasiat. Kali ini, kami

kongsikan 4 resipi enak kek cawan

untuk anda seisi keluarga. Cubalah!

Kek Cawan Madu Lebah

Bahan-bahan

• 60g mentega

• 60g gula perang halus

• 4 sudu besar madu

• 1 telur

• ½ sudu teh esen vanila

• 2 sudu besar puri epal

• 85g tepung naik sendiri

• ½ sudu teh serbuk kayu manis

• ¼ sudu teh halia (dikisar)

Kek Cawan English Rose

Bahan-bahan

• 125g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)

• 125g gula kastor

• 2 biji telur

• ¼ sudu teh serbuk penaik

• 125g tepung naik sendiri

• 1 sudu teh esen vanila

• ¼ sudu teh esen ros

Aising

• 125g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)

• 80g keju krim

• 450g gula aising

• ½ sudu teh esen ros

• Pewarna merah jambu

• 2 sudu besar susu

Hiasan

• 12 bunga hiasan

Cara penyediaan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Griskan bekas

kek cawan dan letakkan dalam loyang.

2. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk.

Putar sehinga adunan sebati. Masukkan bahan-bahan

kek yang lain dan putar lagi sehingga kembang dan

sebati. Ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam

bekas kek cawan. Bakar selama 20 hingga 25 minit

atau sehingga masak. Biarkannya sejuk.

3. Untuk membuat aising, masukkan kesemua bahan

aising dan putar sehingga kembang. Masukkan ke

dalam piping bag. Hias aising di atas kek mengikut

bentuk yang anda suka dan letakkan bunga hiasan

di atasnya.

Untuk lebah dan bunga:

• 200g frosting

• Coklat cair atau tulisan aising

• 12 kepingan badam

• Manisan

Cara penyediaan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Griskan loyang

kek dan letakkan bekas kek cawan di dalamnya.

2. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk.

Masukkan madu dan pukul kesemuanya sehingga

kembang. Dalam mangkuk lain, pukul telur, vanila

dan puri epal. Kemudian, masukkan bahan-bahan ini

ke dalam adunan mentega tadi. Campurkan tepung,

serbuk kayu manis dan halia serta gaulkan. Letakkan

sesudu adunan ke dalam setiap bekas kek cawan

dan bakar selama 22 minit atau sehingga ia bertukar

keperang-perangan. Biarkannya sejuk.

3. Bagi membuat lebah, bentukkan kepala dan badan

lebah menggunakan frosting dan cantumkannya.

Kemudian, potong frosting membentuk bunga.

Lukiskan muka lebah dengan menggunakan coklat

cair atau tulisan aising. Letakkan kepingan badam

pada badan lebah untuk membentuk sayapnya.

Hiaskan manisan pada bunga.

MamaPapa | Februari 2018

35

RESIPI PILIHAN

Kek Cawan Lobak Merah

Bahan-bahan

• 170g tepung naik sendiri

• ½ sudu teh soda bikarbonat

• 1 sudu teh rempah campur

• Secubit garam

• 170g mentega (biarkan pada suhu bilik)

• 170g gula perang

• 3 biji telur (dipukul)

• ½ sudu teh esen vanila

• 2 sudu besar sour cream

• 140g lobak merah (diparut)

• 110g kismis

Kek Cawan Teddy Bear

Bahan-bahan

• 150ml yogurt semula jadi

• 3 biji telur (dipukul perlahan)

• 1 sudu teh esen vanila

• 175g gula kastor

• 140g tepung naik sendiri

• 100g serbuk badam

• 1 sudu teh serbuk penaik

• Secubit garam

• 175g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)

• 75g kismis

Hiasan

• Gula-gula Smartie atau M&M

• Coklat coins

• Lengkung bentuk bulat

• Tulisan aising hitam

Cara penyediaan

1. Griskan loyang kek bersama bekas kek cawan dan

panaskan ketuhar pada suhu 190°C.

2. Letakkan yogurt, telur dan vanila ke dalam jag dan

campurkan kesemuanya. Dalam mangkuk besar,

masukkan gula, tepung, serbuk badam, serbuk

penaik dan garam serta kacau sebati. Tuangkan

campuran yogurt tadi dan masukkan mentega ke

dalamnya serta gaul sedikit demi sedikit bahanbahan

tadi dengan cepat. Seterusnya, letak kismis

dan gaul lagi sehingga adunan sebati. Letakkan

sesudu adunan ke dalam bekas kek cawan sehingga

hampir penuh dan bakar selama 18 hingga 20 minit.

Sejukkannya sebentar.

3. Untuk hiasan, letakkan Smartie atau M&M menjadi

mata, gunakan tulisan aising untuk anak mata.

Kemudian, jeli dijadikan sebagai hidung dan coklat

coins sebagai telinga teddy bear. Lukiskan mulut

teddy bear menggunakan tulisan aising.

Aising

• 140g gula aising

• 4 sudu besar sirap mapel

• ¾ sudu teh air

• Manisan

• 30g pecan (dipotong)

Cara penyediaan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Griskan loyang

kek dan letakkan bekas kek cawan.

2. Tapis tepung, soda, campuran rempah dan garam,

kemudian, ketepikan. Masukkan mentega dan

gula ke dalam mangkuk besar dan pukul sehingga

kembang. Masukkan telur, vanila, sour cream dan

campurkan sedikit demi sedikit bahan yang ditapis

tadi ke dalam adunan. Pukul lagi sehingga sebati.

Campurkan lobak merah dan kismis. Sudukan

sedikit adunan ke dalam bekas kek sehingga ¾

penuh. Bakar selama 18-22 minit atau sehingga kek

masak. Biarkannya sejuk sekejap.

3. Untuk membuat aising, masukkan gula aising

ke dalam mangkuk dan campurkan sirap mapel.

Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga likat.

Letakkan di atas kek cawan dan hiaskan manisan di

atasnya bersama dengan pecan.

Sumber: www.annabelkarmel.com

36 MamaPapa | Februari 2018

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Fakta

tentang

Kelas

Pengayaan

yang Perlu

Ibu Bapa

Tahu

Ramai ibu bapa moden hari ini yang

menghantar anak mereka ke pusat

pengayaan. Dari kelas belajar bahasa,

matematik, muzik, sukan, agama

sehinggalah kelas cepat membaca, ibu

bapa hanya perlu memilih kelas yang

diinginkan untuk anak mereka. Malah,

ada juga ibu bapa yang menghantar

anak mereka lebih daripada satu kelas

pengayaan. Kesemua ini bertujuan

untuk merangsang minda kanak-kanak

sejak kecil lagi dengan ilmu tambahan.

MamaPapa | Februari 2018

37

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Belajar

bahasa kedua

atau ketiga

Ingin anak anda belajar bahasa

lain selain daripada bahasa

komunikasi di rumah? Ini yang

ditawarkan di kelas pengayaan. Jika

anda menghantar anak ke kelas bahasa

sejak kecil lagi, mereka akan mudah

untuk berkomunikasi dan memahami

bahasa lain yang diajar dalam

persekitaran khusus yang

ditawarkan di kelas

pengayaan.

RANGSANGAN POSITIF

Tidak dinafikan, kanak-kanak zaman sekarang tidak asing

lagi dengan kewujudan kelas pengayaan. Malah, sejak

dari bayi lagi, sesetengah mereka sudah terdedah kepada

pembelajaran di kelas pengayaan.

Hal ini kerana, ramai ibu bapa yang mula menyedari

tentang kepentingan pendidikan awal di kalangan bayi dan

kanak-kanak. Semasa tempoh lima tahun pertama usia bayi

dan kanak-kanak, otak mereka umpama span yang akan

mudah menyerap segala informasi yang diberikan kepada

mereka, berbeza dengan kanak-kanak yang lebih tua.

Oleh itu, di sinilah relevannya kewujudan pusat pengayaan,

yang berfungsi menyediakan kelas pendidikan awal untuk

kanak-kanak. Dengan tenaga pengajar yang terlatih dan

arif tentang pendidikan awal kanak-kanak, anak anda akan

menerima stimulasi positif daripada ‘tangan yang mahir’

tentang bidang ini.

TAHU PERKEMBANGAN

Pusat pengayaan akan memantau dan mencatat

perkembangan anak anda sepanjang belajar di situ.

Jadi, anda akan tahu sama ada kelas yang disediakan

serasi dengan anak anda ataupun tidak. Ketika ini jugalah

masa untuk anda mengesan sejak awal jika terdapatnya

gangguan atau masalah perkembangan pada anak anda.

PILIH YANG TERBAIK

Disebabkan lambakan pusat pengayaan yang ada

sekarang, ibu bapa pastinya ingin mencari kelas yang

terbaik untuk anak mereka. Jadi, di sinilah pentingnya tugas

ibu bapa untuk meneliti pusat pengayaan yang terbaik dan

sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.

Kriteria pusat pengayaan atau pusat pendidikan awal

kanak-kanak yang terbaik:

• Persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih

dan memberangsangkan.

• Guru yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang

pendidikan awal kanak-kanak serta mesra kanak-kanak.

• Pusat pengayaan tersebut menawarkan aktiviti yang

berasaskan mainan, sesuai dengan usia kanak-kanak.

• Membentuk kemahiran hidup seperti yakin diri,

berdikari, bersifat ingin tahu dan bekerjasama.

• Pusat pengayaan menyediakan persekitaran holistik dan

rangkuman perkembangan fizikal-kognitif-emosi-sosial

untuk kanak-kanak melalui aktiviti yang dijalankan.

Kanak-kanak yang dirangsang mindanya akan

mempelajari kemahiran-kemahiran baru setiap hari dan

belajar tentang semua perkara di sekeliling mereka

melalui interaksi sosial dan pelbagai lagi stimulasi atau

rangsangan luaran lain. Disebabkan itulah, ramai ibu

bapa yang mula mengajar anak mereka pelbagai ilmu

tambahan sejak anak masih bayi lagi. Stimulasi positif

ini penting bagi mempersiapkan kanak-kanak kepada

perkembangan lain pada masa akan datang.

Meskipun begitu, kekangan waktu daripada ibu bapa

masa kini (yang rata-rata kedua-duanya adalah bekerjaya)

membataskan peluang untuk mereka mengajar anak

tentang ilmu dan kemahiran tambahan. Jika adapun,

mungkin pembelajaran yang diberikan tidak sesuai

dengan peringkat usia anak mereka dek kerana kurangnya

pengetahuan ibu bapa tentang kaedah pendidikan awal

kanak-kanak yang betul.

38 MamaPapa | Februari 2018

BERSAMA PAKAR

Nafas Berbunyi

Ketika Tidur

Selamat sejahtera doktor. Saya ingin bertanya, anak saya lelaki dan pengidap g6pd kekal.

Sekarang anak saya berumur 1 tahun 7 bulan tetapi beratnya hanya 7.5kg (masa berumur 1

tahun 3 bulan). Anak saya juga kerap selesema, sangat susah nak baik selesemanya, dan alah

dengan air sejuk. Apabila minum walaupun seteguk air sejuk, selesema terus menjadi. Lagi satu

masalah, nafasnya ketika tidur akan berbunyi seperti orang dewasa lelaki yang tidur berdengkur.

Ada ketika, dadanya akan berombak kuat semasa sedang tidur. –Ruslinda

MamaPapa | Februari 2018

39

BERSAMA PAKAR

Salam sejahtera Puan. Setelah meneliti

soalan Puan, besar kemungkinan

anak anda mengalami penyakit yang

dikenali sebagai “laryngomalacia” dan

“Allergic Rhinitis”.

Puan ada memaklumkan yang anak

Puan akan mengalami selesema

yang berpanjangan dan makin

teruk selepas meminum air sejuk.

Penyakit Allergic Rhinitis (AR) ini

adalah disebabkan oleh keradangan

yang berlaku di dalam hidung

dan menyebabkan pengeluaran

histamine yang akan menyebabkan

hidung tersumbat dengan lendiran

yang banyak dikeluarkan. Penyakit

ini berlaku kerana pesakit adalah

alah kepada sesuatu yang juga kita

namakan sebagai ‘allergent’. Antara

alergen yang telah diketahui boleh

menyebabkan penyakit AR ini adalah

sengkenit (house dust mite), bulu

binatang peliharaan, debunga dan

hama. Pesakit AR akan menunjukkan

beberapa tanda seperti kerap

selesema, hidung tersumbat, kerap

bersin dan kegatalan di hidung/

tekak/ mata/ telinga.

Bagi rawatan penyakit AR ini, ada

beberapa tahap atau peringkat.

Pertama; jika alergen diketahui, Puan

mestilah memastikan anak Puan tidak

terdedah dengan alergen tersebut.

Puan sebenarnya boleh mengenal

pasti alergen yang bertanggungjawab

menyebabkan penyakit AR dengan

menjalani ujian ‘skin prick test‘ di

mana anak Puan akan diuji dengan

contoh-contoh alergen yang biasa

menyebabkan penyakit AR itu.

Kedua, penggunaan ubat antihistamin

yang dapat membantu

untuk mengurangkan selesema itu.

Walau bagaimanapun, anak Puan

berumur kurang dari 2 tahun dan

penggunaan ubat anti-histamin

boleh membahayakan kesihatan

pesakit. Selain dari anti-histamin,

anak Puan juga boleh mengambil

ubat “intranasal steroid” yang dapat

mengurangkan keradangan di dalam

hidung dan saluran pernafasan. Walau

bagaimanapun, penggunaan ubat

steroid yang berpanjangan adalah

tidak digalakkan kerana mempunyai

kesan sampingan yang mana

boleh menyebabkan sakit kepala

yang teruk, selesema yang teruk

(rebound) dan jika terlalu lama boleh

menyebabkan tumbesaran terencat.

Penggunaan ubat adalah untuk budak

yang berumur 2 tahun atau 6 tahun

ke atas sahaja. Atas sebab faktor

umur, penyakit anak Puan boleh

dirawat dengan cara yang pertama di

samping melakukan beberapa perkara

seperti menukar dan membasuh

selimut serta cadar bilik anak dengan

lebih kerap ataupun jika mempunyai

lebih wang, boleh membeli cadar/

selimut “anti-house dust mite”.

Artikel diambil dari laman web www.doktorbudak.com dan

ditulis oleh Pakar Pediatrik, Dr Azhar Mahmud.

Laryngomalacia adalah penyakit

di mana saluran pernafasan di atas

peti suara kekurangan tisu-tisu

rawan dalam saluran pernafasan.

Disebabkan kekurangan tisu rawan

ini, saluran pernafasan ini menjadi

lebih lembut dan akan membuatkan

saluran pernafasan menjadi sempit

serta mengeluarkan bunyi seperti

orang berdengkur ketika pesakit itu

tidur. Penyakit ini biasanya menjadi

lebih ketara ketika bayi berumur 6-8

bulan dan akan sembuh sepenuhnya

apabila pesakit menjangkau umur

2 tahun.

Dalam kes anak Puan, ia agak

merisaukan saya kerana mengikut

penerangan Puan, anak Puan

kelihatannya mengalami masalah

kekurangan berat badan. Ini kerana,

dalam kes Laryngomalacia yang

teruk, pesakit juga akan mengalami

kekurangan nutrisi di mana berat

badan pesakit tidak bertambah

seperti biasa.

Biasanya pesakit yang mengalami

Laryngomalacia yang teruk akan

dirujuk kepada Pakar Telinga-

Hidung-Mulut (ENT) untuk dibuat

pemeriksaan “bronchoscope” bagi

melihat secara terus pada bahagian

saluran pernafasan tersebut. Penyakit

ini tidak boleh dirawat dengan

pengambilan gas dan perlu dirujuk

kepada pakar kanak-kanak dan

pakar ENT.

Diharap jawapan saya dapat

membantu Puan dalam menangani

masalah anak Puan.

40 MamaPapa | Februari 2018

E-PINTAR

FONIK:

Pembelajaran Awal Si Manja

Ingin memperkenalkan anak kepada dunia huruf, mulakan dengan fonik.

Pembelajaran fonik dapat membantu si kecil mengetahui kaitan antara huruf dan

bunyinya. Ketahui aplikasi fonik terbaik untuk membantu anak anda mengenali huruf

sekali gus memperkenalkannya kepada dunia ejaan dan pendengaran.

Simplex Spelling Phonics 1

Aplikasi

Percuma

Aplikasi ini menyasarkan kanakkanak

untuk meningkatkan

kemahiran mengeja dan membaca

bahasa Inggeris menggunakan

kombinasi pembelajaran fonik,

mengeja dan corak perkataan.

Aplikasi ini menggunakan

pendekatan ‘fonik terbalik’ dan

peraturan ejaan mengikut konteks.

Aplikasi

Percuma

ABC PocketPhonics

Aplikasi Pocket Phonics

menyediakan latihan

berfokuskan kepada bunyi

dan surih huruf, serta

kemahiran memisah dan

menggabungkan suku kata,

yang amat membantu dalam

pembelajaran bacaan awal

kanak-kanak.

Aplikasi

Percuma

Hairy Letters

Antara aktiviti yang ada dalam

aplikasi ini termasuklah mengesan

bentuk huruf pada paparan skrin

dengan menggunakan satu jari,

bermain mainan membina huruf

menjadi perkataan yang mudah

dan belajar menyebut bunyi

setiap suku kata.

Aplikasi

Percuma

Mr Thorne Does

Phonics: Letters and

Sounds for iPad

Lebih 70 himpunan video

literasi komprehensif untuk

kanak-kanak, ibu bapa, guru,

pelajar dan mereka yang

sedang mempelajari bahasa

Inggeris. Dengan memaparkan

pendekatan sintetik fonik,

aplikasi ini dapat membantu

anak anda untuk menguasai

pembacaan dengan cepat.

Aplikasi

Percuma

Hooked on Phonics

Lagu, mainan dan hiburan

interaktif merupakan ciri-ciri yang

lazimnya ada dalam setiap aplikasi

pembelajaran kanak-kanak.

Begitu juga dengan aplikasi ini.

Menariknya, dalam aplikasi ini

turut terdapat buku cerita untuk

dibacakan oleh ibu bapa kepada

si manja mereka.

MamaPapa | Februari 2018

41

BUKU BULAN INI

A HOME IN THE PARK

Oleh Roselyn Chuah

Ilustrasi: Y.K. Teh

Penerbit: MPH Group Publishing

Buku ini diinspirasikan oleh pengalaman penulis

yang menyaksikan kematian burung dari keluarga

helang, iaitu jenis brahminy kite di Taman Rimba

Kiara, sebuah taman yang dalam keadaan terancam

kerana pembinaan projek. Buku ini mengisahkan

sepasang brahminy

kite yang berhasrat

membina sarang di

sebuah taman kerana

telur mereka bakal

menetas. Ketahui

bagaimana Mama

dan Junior Brahminy

Kite berjuang untuk

hidup apabila Papa

Brahminy Kite mati di

RM24.90 taman tersebut.

GROWING

PAINS:

MEMOIRS OF A

WITTY BOY

Oleh Harvard J.H &

Michael K.C

Penerbit: Simeville

Sdn Bhd

Buku ini mengisahkan

seorang murid

sekolah bernama

Harvard. Harvard

gemar membaca

RM29.90

buku cerita tetapi

tidak suka membaca

buku sekolah. Dia juga suka menulis dan melukis

pada buku lakaran. Walau bagaimanapun, Harvard

tidak suka jika ada orang membacanya. Pada suatu

hari, bapanya telah membaca buku lakaran Harvard.

Ketahui apa yang terjadi pada Harvard dan bapanya

selepas itu.

INSPIRASI

SUKUR

Oleh Mohd Sukur

Ibrahim &

Bahruddin Bekri

Penerbit: PTS

Publishing House

Buku Inspirasi Sukur

ini mengenai kisah

hidup penulis, orang

kurang upaya yang

diceritakan dalam

gaya penceritaan

santai. Buku garapan RM22/RM25

bersama Bahruddin

Bekri ini menceritakan bagaimana Mohd Sukur

mengharungi ujian demi ujian sehingga berjaya

dalam dunia perniagaan. Dalam buku ini, penulis

membuktikan bahawa kekurangan diri bukanlah

penghalang untuknya mengejar kejayaan.

VAKSIN: ANTARA BABI,

YAHUDI & KONSPIRASI

Oleh Prof. Dr. Azizi Ayob

Penerbit: PTS Publishing House

Isu mengenai kesan mudarat vaksin kepada bayi dan

kanak-kanak semakin menular di media sosial. Atas

dasar itu, penulis

mengambil inisiatif

melalui senaskhah

buku bertajuk

Vaksin ini, dengan

mengumpulkan fakta

sains dan perubatan

tentang vaksin.

Selain itu, buku ini

juga menjelaskan

isu berkaitan vaksin

supaya masyarakat

faham tentang

keperluan vaksin,

rawatan, serta

faedahnya.

RM15/RM17

Buku ini terdapat di rangkaian kedai buku utama seluruh negara atau boleh dibeli secara dalam

talian di www.mphonline.com, www.pts.com.my dan www.bookcafe.com.my

42 MamaPapa | Februari 2018

KLIK-KLIK

Perbincangan kanak-kanak tentang buli

KUALA LUMPUR- Sempena Hari Kanak-kanak

Sedunia pada November lalu, UNICEF menganjurkan

perbincangan meja bulat untuk kanak-kanak yang

bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Perbincangan

ini menyediakan platform untuk lima panel kanakkanak

yang berumur 8 tahun hingga 13 tahun

dari KidZania CongreZZ Alumni, di mana mereka

berpeluang berdiskusi dan berbahas tentang masalah

di kalangan kanak-kanak, termasuklah isu buli,

keselamatan dan penggunaan internet, kesamaan

jantina serta persekitaran. Perbincangan meja bulat ini

adalah anjuran bersama KidZania Kuala Lumpur dan

The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

Rahsia ginseng merah Korea

KUALA LUMPUR- Ginseng terkenal di kalangan masyarakat Cina akan

khasiatnya serta digunakan sebagai tonik dan ubat sejak 5,000 tahun yang

lalu. Dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng

merah Korea dan bagaimana ia boleh membantu dalam segi kesihatan

dan kesejahteraan rakyat Malaysia, Korea Ginseng Corporation (KGC)

telah menerajui Seminar CheongKwanJang 2017 yang pertama di Malaysia

untuk berkongsi tentang penyelidikan terhadap ginseng merah Korea

secara mendalam. Pengurus Kanan Jabatan, Korea Ginseng Corporation,

Park Jin berkata, syarikatnya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan

orang ramai tentang pengalaman selama 118 tahun dalam menghasilkan

ginseng mentah yang bersih dan berkualiti. Menurutnya, ginseng yang

dihasilkan adalah melalui penanaman dan kaedah pemprosesan ginseng

yang sistematik- dari persekitaran penanaman yang sesuai, pengeluaran

yang mementingkan kualiti, sehingga mengoptimumkan keberkesanan

ginseng merah Korea melalui penyelidikan dan pembangunan. Seminar

tersebut adalah kerjasama antara KGC dan KMT Trading Sdn Bhd serta

Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur.

Ajar cara cuci tangan yang betul

PUTRAJAYA- Hampir 300 murid-murid berusia antara lima hingga enam

tahun dari Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah, Precint 18, Putrajaya

menyertai hari intervensi Healthy Hands Project. Menerusi program

anjuran Mundipharma Pharmaceuticals dan Universiti Sains Islam Malaysia

ini, kanak-kanak diajar tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan,

di samping menerapkan kesedaran tentang amalan penjagaan kebersihan

tangan yang betul bagi mengelakkan jangkitan penyakit di kalangan

kanak-kanak seperti influenza dan penyakit tangan, kaki dan mulut

(HFMD). Selain itu, Healthy Hands Project ini juga diadakan bertujuan

untuk mengkaji bagaimana amalan kebersihan boleh mempengaruhi

kadar ketidakhadiran di tadika. Dalam program ini, kanak-kanak

diajar tentang 11 langkah penting ketika mencuci tangan termasuk

menggunakan Betadine Antiseptic Skin Cleanser semasa mencuci tangan.

MamaPapa | Februari 2018

43

KLIK-KLIK

Kempen angkat tangan sokong vaksin

KUALA LUMPUR- Pfizer Malaysia melancarkan kempen Angkat

Tangan (Hands Up) untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyokong

pemvaksinan pneumokokus. Kempen kerjasama dengan Pakatan

Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) dan

Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) ini bermatlamat untuk meningkatkan

kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyakit Pneumokokal

(PnD), di samping memastikan rakyat Malaysia diberi peluang untuk

mendapatkan vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

Presiden MPA, Profesor Madya Dr Muhammad Yazid Jalaludin berkata,

usaha bersama seperti itu dapat meningkatkan lagi kesedaran ibu

bapa terhadap kelaziman PnD dalam kalangan kanak-kanak, terutama

sekali mereka yang berusia di bawah dua tahun. Menurutnya, kesedaran

itu juga dapat menggalakkan ibu bapa supaya lebih proaktif dalam

melindungi anak-anak mereka daripada penyakit PnD. Turut hadir pada

program tersebut, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik,

Dr Yong Junina Fadzil, Pengerusi ASAP, Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengarah

Hal Ehwal Korporat Pfizer Malaysia, Noor Yang Azwar Kamarudin dan juga

penyanyi terkenal, Jaclyn Victor.

Taman tema pengembaraan AR/VR pertama

KUALA LUMPUR- The Rift membuka pintunya untuk menjadi taman

tema pengembaraan berkonsepkan “Augmented Reality/ Virtual

Reality” (AR/VR) yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara.

Bertempat di Mid Valley Megamall, The Rift yang berkeluasan 40,000

kaki persegi dilengkapi dengan 25 buah dunia maya bersama tarikan

“augmented reality” dan aktiviti fizikal. Antara tarikan yang ada di The

Rift ialah Zero Latency, permainan menembak realiti maya perantauan

bebas (free-roaming VR Shooter), permainan perang ‘laser tag’,

TerminatorX, permainan jalan berliku Minotaur, VR Adventure, Motion

Blaster, Holodek, permainan lompatan bungee tertutup, The Leap dan

banyak lagi. Taman tema dalam pusat membeli-belah ini dibuka setiap

hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan harga serendah RM55.

Fernleaf menyumbang semula kepada masyarakat

PETALING JAYA- Jenama tenusu, Fernleaf menyumbang sebanyak

500 kilogram susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal,

bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya. Kerja amal ini adalah

hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf, di mana

jenama tersebut telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin

menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha Fernleaf dalam

menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang

memerlukan. Selain Agathians Shelter, Fernleaf akan memberi sumbangan

di sembilan lagi rumah kebajikan; Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim

Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang,

Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home

di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di

Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur

dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang.

44 MamaPapa | Februari 2018

Untuk

40 Pelanggan

Pertama Sahaja!

Langgan MamaPapa

dan anda berpeluang

memenangi hadiah

misteri bernilai RM99.90

KINI ANDA TIDAK AKAN LAGI TERTINGGAL

SETIAP KELUARAN MAMAPAPA!

SEGALANYA YANG PERLU ANDA TAHU

TENTANG KESUBURAN, KEHAMILAN,

PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK

ADA DI DALAM MAMAPAPA.

LANGGAN

Ya, saya mahu melanggan majalah MamaPapa

□ 12 keluaran (1 tahun) MamaPapa berharga RM72 (penghantaran PERCUMA*)

□ 24 keluaran (2 tahun) MamaPapa berharga RM144 (penghantaran PERCUMA*)

*dalam Malaysia sahaja

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)____________________________IC____________________

Alamat________________________________________________________________

_________________________________________Poskod_______________________

Pekerjaan___________________________________ Jantina_______Umur_________

Tel______________________Email__________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

MajalahMamaPapa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!