08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

solat fardhu lima waktu tetapi dihukumkan Fardhu Ain bagi solat Jumaat. (al-Zuhailiy.

1997 ; al-Jazari. t.th)

Bagi solat selain itu seperti solat ‘Aidaini (Hari Raya), al-Istisqa’, al-Kusuf, al-

Tarawih dan Witir dalam mazhab Syafii mengatakan bahawa ia dihukumkan sunat

untuk melakukan secara berjemaah. (Ahmad Muhammad Assaf. 1988)

2.3.3.2 Pendapat Ulama Dalam Mazhab Maliki

Hukum berjemaah bagi solat fardhu lima waktu menurut pendapat yang

masyhur di kalangan ulama Malikiyyah adalah Sunat Muakkad. Sementara bagi solat

Jumaat pula dihukumkan wajib berjemaah. Pendapat ini merupakan pendapat yang

diutarakan oleh kebanyakan ulama seperti al-Hafiz Ibnu al-Jauzi, Allamah Abi al-Jazari,

Imam Ibnu Taimiyah dan ramai lagi di kalangan ulama Malikiyyah. Oleh itu, bagi solat

fardhu lima waktu itu tidak diwajibkan bagi kanak-kanak, wanita, hamba, orang tua dan

orang yang dipotong tangan dan kakinya kerana ia adalah sunat bagi mereka. Manakala

solat Jumaat pula diwajibkan berjemaah kerana ia termasuk dalam syarat sah solat

Jumaat.

Ulama dalam mazhab ini juga mengatakan bahawa berjemaah bagi solat Jenazah

adalah disunatkan. Selain itu terdapat juga solat yang memerlukan kepada berjemaah

yang juga dihukumkan sunat bagi merealisasikan solat tersebut seperti solat al-Istisqa’,

al-Tarawih, Hari Raya dan Gerhana Matahari. (Ahmad Muhammad Assaf, 1998)

2.3.3.3 Pendapat Ulama Mazhab Hanafi

Ulama Hanafiyyah pula berpendapat bahawa solat berjemaah bagi solat fardhu

lima waktu itu hukumnya adalah Sunat Muakkad. Walaupun ianya sunat namun

menurut pendapat yang asah di sisi ulama’ Hanafiyyah, sunat itu ditafsirkan sebagai

20

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!