08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

diambilkira rakaat yang tertinggal itu. Jika pilihan tidak dilakukan, solat makmum

tersebut akan dikira batal. (al-Banjari. 1989; Ismail Kamus. 1989)

Manakala makmum Masbuq pula adalah makmum yang ketinggalan atau

makmum yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca al-Fatihah bersama

imam. Hal ini berlaku disebabkan ketika makmum hendak turut serta berjemaah, imam

telah pun ruku’ atau hampir-hampir hendak ruku’.(al-Banjari. 1989)

Dari sudut hukum, orang yang dikategorikan sebagai Masbuq tidak diwajibkan

baginya untuk membaca al-Fatihah. Namun begitu, jika dia berkesempatan untuk

membacanya, maka hendaklah dia membacanya sekadar mana yang sempat sehingga

imam ruku’.(Ismail Kamus. 1989)

Sekiranya makmum mendapati imam ruku’, sedangkan dia baru sahaja tiba

untuk berjemaah, tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum tersebut ialah terus

bertakbir beserta niat dan setelah berhenti sebentar, hendaklah terus mengikut imam

melakukan ruku’. Kesempatan makmum ruku’ bersama imam itu sudah dikira sebagai

mendapat satu rakaat bersama imam walaupun makmum tidak sempat membaca al-

Fatihah.(Ismail Kamus, 1989; Idris Ahmad, 1982), berdasarkan hadith daripada Abu

Hurairah menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

مَنْ‏ أَدْرَكَ‏ رَكْعَة

مِنَ‏ الصََّلَةِ‏ فَقَدْ‏ أَدْرَكَ‏ تِلْكَ‏ الصََّلَةَ‏

Ertinya :

“Sesiapa yang mendapatkan solat satu rakaat (sebelum habis waktunya), bererti dia

telah mendapatkan solat itu seluruhnya”.(HR Muslim, Kitab al-Solat,

Bab

Mendapatkan Satu Rakaat)

48

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!