08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Mereka ialah yang menjadikan dasar-dasar mereka diambil dan dicedok dari al-Qur’an.

Penafsiran akidah mereka terbit dari ayat-ayat al-Qur’an. Jika terdapat ayat-ayat al-

Qur’an yang mengelirukan, mereka akan mentafsirkannya dengan pertolongan bahasa

Arab supaya diterima oleh akal. Apabila mereka tidak berupaya untuk memecahkan

kekeliruan pada ayat-ayat al-Qur’an itu, mereka akan bertawakkuf ‏)توقف(‏ , iaitu berhenti

dari membuat sebarang kesimpulan tetapi menyerahkan hakikatnya kepada Allah dan

menghentikan usaha lanjut untuk mencari lebih dalam lagi terhadap sesuatu yang tidak

ada dalil-dalil dari al-Qur’an dan Hadith dan dari bahasa Arab. Ringkasnya, sikap

mereka ialah mengambil jalan pertengahan yang memadankan nas-nas al-Qur’an dan

Hadith dengan akal untuk mentaufikkan kedua-duanya, di samping menjaga batas-batas

syara’. Mereka tidak mengambil bulat-bulat pengertian zahir dan tidak mengikut secara

melulu kehendak akal atau nafsu terhadap sesuatu perkataan atau ayat al-Qur’an atau

Hadith.(Mohammad Haji Rais. 2004)

Oleh yang demikian ‘ilmu tauhid’ disebarkan dan diajarkan dalam kebanyakan

negara-negara Islam adalah berlandaskan kepada pengajaran Ahli Sunnah Wal

Jama’ah.(Mohammad Haji Rasi. 2004)

2.2.2 ASAS-ASAS PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Kaedah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam akidah dan lain-lain bab agama ialah

berpegang dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. serta mengikut dengan apa

yang ditunjukkan oleh para Khulafa’ al-Rasyidin . (Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.

2008) Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 31 :

قل ان كنتم تحبون اهلل فاتبعونى يحببكم اهلل

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!