08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

أعظم الناس أجرا في الصَلة

مع اإلمام أعظم أجرا من الذي يصلي ثم ينام )

أبعدهم فأبعدهم ممشى والذي ينتظر الصَلة حتى يصليها

Maksudnya :

“Sebesar-besar pahala orang solat adalah orang yang paling jauh kemudian yang

paling jauh jalannya. Orang yang menanti solat sampai solat itu dilakukan bersama

imam adalah lebih besar pahalanya daripada orang yang solat kemudian tidur”.(HR

al-Bukhari, Kitab al-Solat, Bab Keutamaan Solat Fajar Dalam Jemaah)

Hadith ini menjelaskan bahawa orang yang datang dari tempat yang jauh

semata-mata untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid akan mendapat pahala yang

sangat besar. Lebih jauh perjalanannya ke masjid, lagi besarlah pahala yang akan

diperolehinya dan setiap langkahnya akan mendapat satu pahala. (Abu Dhiya’. 1996)

2.3.5 PERINGATAN TERHADAP ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

BERJEMAAH

Walaupun menurut pendapat yang sahih mengatakan bahawa solat berjemaah itu

adalah Fardhu Kifayah, namun ia bukan bererti orang Islam boleh dengan sewenangwenangnya

meninggalkan solat berjemaah itu dengan menyerahkan dan berharap orang

lain untuk melakukannya seterusnya bebas daripada tuntutan tersebut. Ini kerana banyak

bahaya yang akan dihadapi oleh umat Islam sekiranya solat berjemaah itu tidak

dititikberatkan disebabkan saling berharap antara satu sama lain. Bahaya ini telah

dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadith baginda dan di antara bahaya yang

disebutkan ialah :

26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!