08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Allah akan mencatatkan satu kebajikan dan menghapuskan dosa bagi setiap langkah

individu yang berjalan ke masjid. (Raisul Muhadditsin dkk. t.th)

Dalam kebanyakan solat selain solat Jumaat, solat yang sangat ditekankan

berjemaah adalah solat Subuh, Isya’ dan Asar (al-Zuhailiy. 1997) bersandarkan dalil

hadith daripada Umar Ibnu Affan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ‏ صَلَّى الْعِشَاءَ‏ فِى جَمَاعَةٍ‏ فَكَأَنَّمَا قَامَ‏ نِصْفَ‏ اللَّيْلِ‏ وَمَنْ‏ صَلَّى الصُّبْحَ‏ فِى جَمَاعَةٍ‏ فَكَأَنَّمَا

Maksudnya :

صَلَّى اللَّيْلَ‏ كُلَّهُ‏ «.

“Barangsiapa yang bersolat Isya’ dengan berjemaah, maka seolah-olah dia bersolat

separuh malam dan barangsiapa yang bersembahyang Subuh berjemaah, seolah-olah

dia bersolat semalam suntuk”.(HR Muslim, Kitab al-Solat, Bab Keutamaan

Sembahyang Isyak Dan Subuh Dengan Berjemaah)

Hadith di atas menerangkan bahawa kelebihan bagi orang yang solat Isya’

berjemaah adalah seolah-olah dia bersolat separuh malam dan kelebihan bagi orang

yang solat Subuh berjemaah adalah seolah-olah dia bersolat sepanjang malam. Jika

dilihat kepada kelebihan kedua solat ini, solat Subuh lebih banyak pahalanya

berbanding solat Isya’ kerana solat Subuh sangat berat dilakukan dan jarang ada orang

yang mampu melakukannya. (Abu Dhiya’. 1996)

Kelebihan solat berjemaah itu tidak hanya tertumpu ketika solat itu dilakukan.

Bahkan ulama’ juga mengaitkan ketika berjalan ke masjid semata-mata hendak

berjemaah juga diberi pahala yang sangat besar oleh Allah s.w.t. Ini ditegaskan oleh

Rasulullah s.a.w. dengan sabda baginda daripada Abi Musa :

25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!