08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5. Seorang yang tahu dan boleh membaca serta baik bacaannya jika makmum

juga bersifat sedemikian. Kebanyakan ulama’ di kalangan mazhab Syafii,

Hanbali dan Hanafi sependapat mengatakan bahawa tidak sah berimamkan

seorang yang ummiy melainkan makmum itu seorang yang ummiy juga. Ulama’

Maliki pula mengatakan pendapatnya bahawa tidak sah mengikut seorang yang

ummiy terhadap bacaan al-Fatihah jika terdapat seorang yang qari’ terhadap

bacaan tersebut. Jadi, jika diikuti juga, maka solat itu adalah batal. Namun, jika

seseorang itu berupaya untuk membaca al-Fatihah tetapi kurang baik bacaannya,

sahihnya, dia ditegah untuk diikuti oleh orang yang sama sifat sepertinya jika

masih terdapat orang yang baik bacaannya. Tetapi jika tidak terdapat langsung

qari’, maka menurut pendapat yang sahih, sah dia menjadi imam bagi orang

yang sama sifat sepertinya.

6. Seorang yang bebas daripada sebarang keuzuran seperti terdapat penyakit

kencing berlarutan, sesak nafas dan seumpamanya. Oleh itu, tidak sah

berimamkan orang yang berpenyakit ini kerana ia boleh menjejaskan

kesempurnaan sesuatu solat yang ditunaikan.

7. Suci daripada najis. Jika seseorang bersolat berimamkan seorang yang terdapat

najis pada dirinya, maka solatnya adalah batal. Dalam hal ini, disyaratkan juga

imam itu seorang yang alim tentang najis dan yakin terhadap solat yang

dilakukannya. Abu Ishaq Ibrahim dalam kitab karangannya Kunci Fiqih Syafiiy

(Abu Ishaq. 1992) pula menyebutkan bahawa ada pendapat mengatakan, apabila

imam berhadas ketika solat dilakukan, lalu meminta salah seorang daripada

makmum menggantikannya, maka hukumnya ia dibolehkan. Namun, menurut

satu qaul, tidak boleh menggantikan imam dalam solat Jumaat kecuali orang

36

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!