08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mengimami orang banyak". Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam mengulangi lagi

(perintahnya) dan merekapun mengulangi (pernyataan tersebut), lalu beliau

Shallallahu 'alaihi wa sallam mengulanginya yang ketiga dan berkata: "Kalian ini

seperti wanita-wanita dalam kisah Yusuf[2]. Perintahkan Abu Bakar agar mengimami

orang shalat," lalu Abu Bakar berangkat dan mengimami shalat. Kemudian Nabi

Shallallahu 'alaihi wa sallam merasakan sakitnya agak ringan, lalu beliau Shallallahu

'alaihi wa sallam keluar dengan bersandar pada dua orang, seakan-akan aku melihat

kakinya gontai (tidak mantap dalam melangkah) karena rasa sakit. Lalu Abu Bakar

ingin mundur, maka beliau memberikan isyarat untuk tetap di tempatnya, kemudian

mendatanginya dan duduk di sebelah Abu Bakar" (HR al Bukhari, Kitab al Adzan)

2.3.9 SYARAT-SYARAT SAH MAKMUM MENGIKUT IMAM

Umumnya, makmum adalah orang yang mengikuti imam bagi merealisasikan solat

berjemaah. Ini kerana makmum memainkan peranan sebagai pelengkap sebagai jemaah

agar solat yang dilakukan itu dikira sebagai solat berjemaah. Namun begitu, ulama’

meletakan beberapa syarat untuk makmum mengikut imam iaitu :

1. Berniat untuk berjemaah atau berniat sembahyang berjemaah bersama imam

atau berniat menjadi makmum bagi semua jenis solat menurut ittifaq ulama’.

Hanafiyyah pula berpendapat bahawa niat berjemaah itu hanyalah bagi solat

selain solat Jumaat dan solat Hari Raya kerana berjemaah itu sudah menjadi satu

syarat sah bagi kedua solat tersebut. Oleh itu, tidak perlu lagi kepada niat untuk

mengikut imam. (al-Jazari. t.th) Walau bagaimanapun, dalam kitab Syarh Matan

Abi Syuja’ menyatakan bahawa mengikut imam itu tidak semestinya dinyatakan

bahkan sudah memadai dengan kehadirannya dalam jemaah itu.(Abi Syuja’. t.th)

Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa niat mengikut imam

40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!