08.08.2014 Views

o_18upu97vodmu153o1o14mj91pl9n.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1. Islam. Oleh itu orang yang bukan Islam tidak sah menjadi imam menurut ittifaq

ulama’ . Jika seseorang bersolat dengan individu yang menyalahi atau berbeza

dengan solat yang dilakukan oleh orang Islam, kemudian ternyata individu

tersebut seorang kafir, maka solat itu dikira batal dan wajib bagi orang yang

mengikutinya mengulangi solat tersebut.

2. Baligh. Menurut tiga daripada empat mazhab (Hanafiyah, Malikiyah dan

Hanbaliyah), tidak sah seseorang yang baligh mengikut seorang kanak-kanak

walaupun dia mumaiyiz di dalam solat-solat fardhu. Namun, ulama’ Syafiiy pula

berpendapat bahawa sah kanak-kanak itu diikuti di dalam solat-solat fardhu

melainkan solat Jumaat.

3. Lelaki yang sebenar (Muhaqqaqah). Lantaran itu, wanita ataupun khunsa

yang musykil tidak sah menjadi imam jika pengikutnya seorang lelaki. Walau

bagaimanapun, jika makmum seorang wanita, maka tidak disyaratkan imam itu

seorang lelaki bahkan imam itu boleh dilantik dikalangan wanita juga ataupun

khunsa menurut kebanyakan ulama’ mazhab Syafii, Hanafi dan Hanbali.

Berbeza dengan pandangan ulama’ Maliki yang mengatakan bahawa wanita

ataupun khunsa tidak sah dijadikan imam samada bagi lelaki mahupun wanita,

samada bagi solat fardhu ataupun sunat kerana bagi mereka lelaki adalah syarat

bagi imam secara mutlak.

4. Berakal. Oleh itu orang gila tidak sah menjadi imam jika gilanya itu berterusan.

Tetapi jika gilanya kadangkala sahaja, maka sah menjadi imam ketika dia sihat

dan menjadi tidak sah ketika gilanya datang semula.

35

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!