11.07.2015 Views

muat turun - Lembaga Pembangunan Langkawi

muat turun - Lembaga Pembangunan Langkawi

muat turun - Lembaga Pembangunan Langkawi

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MEJA EDITORINFOBULETINLADALADAAssalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia,Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana izin dan kurniaNya, Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah berjaya menerbitkan BuletinLADA, Edisi 2 (April-Jun) 2013.Diam tak diam, kita telah pun memasuki suku tahun kedua 2013. Banyakperistiwa dan aktiviti menarik yang melibatkan warga LADA telahdirakamkan. Sidang Redaksi Buletin LADA sentiasa cuba untuk memberikanliputan yang terbaik bagi memastikan Buletin LADA kali ini mempunyainilai berita yang lebih berkualiti.Pulau Langkawi memang amat sinonim sekali sebagai sebuah destinasipelancongan utama di rantau ini. Ini jelas dibuktikan dengan LaporanStatistik (Jabatan Laut dan Malaysia Airport Holdings Berhad) yangditerima pada tahun 2012, di mana Langkawi telah menerima 3.06 jutapelawat dari dalam dan luar negara. Bertitik tolak dari perkembanganpositif industri pelancongan di Langkawi, Kerajaan telah memberisuntikan dan nafas baru kepada Langkawi untuk melonjakkan industripelancongan negara. Justeru, lahirlah Blueprint Pelancongan Langkawi(BPL), 2011-2015 yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri HajiMohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysiapada 8 Disember 2011 yang lalu.Pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikanindustri pelancongan Langkawi amnya dan negara khususnya terus dapatdiperkasakan. Industri pelancongan Malaysia merupakan salah satudaripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai salah satu bidang utama yang menyumbangkepada pencapaian ekonomi negara ini.Justeru, segala aktiviti dan program LADA kini diatur selari dengan sasaranBlueprint Pelancongan Langkawi bagi merealisasikan hasrat kerajaanuntuk menjadikan Langkawi antara 10 buah pulau terkemuka duniamenjelang 2015. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semuapihak terutamanya masyarakat Langkawi adalah merupakan tonggakkejayaan Langkawi pada masa depan.Pada beberapa bulan lepas, pelbagai aktiviti bersama komuniti telahdilaksanakan bagi mengeratkan hubungan di antara warga LADA danmasyarakat. Ini amat penting kerana LADA dan komuniti ibarat lagu danirama yang tidak mungkin terpisah. Begitu juga dengan pembangunan diLangkawi, ia takkan terlaksana tanpa gandingan erat LADA dan komitmensemua pihak.Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniahdan syabas kepada atlet-atlet LADA yang telah berjaya dalam SukanPersatuan Badan-Badan Berkanun (SUKANUN) Edisi ke-8 UniMAPbaru-baru ini. Sesungguhnya kejayaan tidak datang tanpa usaha dankerjasama semua. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kearah pencapaian perkhidmatan yang lebih gemilang pada masa depan.Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalammemastikan Langkawi terus gah di persada dunia.Sekian Terima Kasih,Shariffah Aemee Dianna Bt Syed Mohamedsellynana zue jusarahthirumuhaiminSIDANG REDAKSIPenaungYBhg. Tan Sri Khalid RamliPenasihatA.Rahman Hj. ZainolDr. Yusuf IsmailKetua EditorShariffah Aemee Dianna Syed MohamedSidang PengarangSelyhazli RazalliSarah Mohamad ArsadMuhaimin FazilZunirah OthmanJuwita IsmailThiruvarselvam a/l WilryJurufotoZamri Ibrahimzamri3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!