Perutusan - Lembaga Pembangunan Langkawi

lada.gov.my

Perutusan - Lembaga Pembangunan Langkawi

Langkawi sememangnya mendapat tempat istimewa dihati rakyat Malaysia dan pelancong dariseluruh dunia. Sejak awal pembangunannya pada penghujung tahun 1980-an, Langkawi telahberubah menjadi destinasi pelancong yang popular, dan kemuncaknya dengan penganugerahanstatus Langkawi Geopark oleh UNESCO pada tahun 2007. Blueprint ini akan melonjakkan kedudukanLangkawi sebaris dengan destinasi pulau peranginan terkemuka dunia.Namun, kejayaan yang dikenal pasti di dalam Blueprint ini hanya boleh dicapai melalui pelaksanaandan penyampaian yang efektif terhadap inisiatif-inisiatif yang telah dirangka. Justeru, bakat baharuakan diperkenalkan kepada LADA dan sumber pembiayaan telah diperuntukkan. Jalan menujukehadapan tidak akan sentiasa lancar, tetapi saya yakin dengan kerja keras dan ketahanan, potensiLangkawi akan terserlah sepenuhnya.Saya berharap agar sektor awam dan swasta dapat mengembleng tenaga bersama-sama bagimemastikan Blueprint ini membuahkan hasil. Manfaatnya kepada rakyat dan ekonomi di Langkawi,juga di Kedah dan Malaysia, adalah amat besar. InsyaAllah, kita akan berjaya.1 Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak


Langkawi adalah merupakan, dan akan sentiasa menjadi “Permata Kedah”. Keindahan alamsemulajadi, kemajuan ekonomi sebagai destinasi pelancong dan penduduk yang penuh semangatmenjadikan Langkawi istimewa dan sumber kebanggaan negeri Kedah. Saya amat berbanggakerana Blueprint ini telah dirangka demi masa depan Langkawi untuk tempoh lima tahun akandatang bagi menyerlahkan potensinya sebagai antara lokasi pelancongan terbaik di dunia.Blueprint ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia merupakan contoh kerjasama berkesan di antaraagensi Persekutuan dan Negeri, juga diantara sektor awam dan swasta. Sebagai tambahan kepadainisiatif meningkatkan ekonomi pelancongan, terdapat juga inisiatif untuk membina kemahiran danmeningkatkan pendapatan penduduk Langkawi dan Kedah. Akhir sekali, inisiatif-inisiatif ini disokongdengan pembiayaan dan pelan tindakan yang terperinci.Untuk memastikan keberkesanan sesuatu Blueprint, komitmen kepimpinan dan pendekatanpelaksanaan yang berdisiplin adalah penting. Bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah, kami komiteddengan visi Blueprint ini dan akan menyokong pelaksanaannya dengan sebaik mungkin.Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak


Pelancongan merupakan komponen penting kepada Program Transformasi Ekonomi dan aspirasinegara untuk mencapai Wawasan 2020. Langkawi telah menambat hati jutaan pelancong dariseluruh dunia melalui keindahan alam semulajadi, lagenda, keunikan fl ora dan fauna serta kemesraanpenduduk tempatan. Untuk melonjakkan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,potensi Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik dunia harus diserlahkan.Sasaran yang jelas, perancangan strategik dan pelaksanaan secara efektif merupakan ramuanpenting bagi membolehkan Langkawi mencapai potensinya. Selain daripada pertumbuhan ekonomi,objektif lain seperti perlindungan alam sekitar, pembangunan mampan dan pembangunan tenagamahir juga diutamakan dan saya gembira melihat elemen-elemen tersebut diambil kira di dalammerangka Blueprint ini. Pada akhirnya, kejayaan Langkawi tidak hanya memberi manfaat kepadaMalaysia dari segi ekonomi, malah akan turut memajukan kehidupan rakyat Langkawi khususnya,dan Kedah amnya.Bagi menghadapi persaingan sengit dan perubahan pantas sektor pelancongan dunia, hasilpelaksanaan inisiatif perlu dicapai segera. Sebagai tanda komitmen Kerajaan Persekutuan,pembiayaan yang signifi kan telah diperuntukkan untuk menyokong pelaksanaan Blueprint ini.Agensi-agensi utama juga akan diperkukuh secara berterusan bagi memastikan keupayaan dalammelaksanakan inisiatif di bawah Blueprint ini. Dengan komitmen bersama agensi Persekutuan danNegeri serta kerjasama sektor swasta, kedudukan Langkawi akan lebih terserlah di peta dunia.Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

More magazines by this user
Similar magazines