13.07.2015 Views

KK/BP(S)/DS10/791/441/6 Jld.2(sk 3/2009)(8)

KK/BP(S)/DS10/791/441/6 Jld.2(sk 3/2009)(8)

KK/BP(S)/DS10/791/441/6 Jld.2(sk 3/2009)(8)

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

i. pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ ElaunPerjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang dari tempat kediamanke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/berkursus/ menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga kePejabat yang diarahkan bertugas secara tetap; danii. Tambang Pengangkutan Awam/ Tuntutan PerjalananKenderaan/ tiket kapal terbang yang boleh dituntut bagikeluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat penempatantetap pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksudbagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagipegawai perempuan ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anakyang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggungsepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahuntermasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktirafoleh undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daifyang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umurini tidak akan terpakai.TUNTUTAN PERJALANAN SELEPAS WAKTU BEKERJA DAN HARI CUTI11. Seseorang pegawai tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalananiaitu Elaun Perjalanan Kenderaan, Elaun Perjalanan Motobot/ Motosangkutdan Tambang Pengangkutan Awam bagi perjalanan dari rumah ke Pejabatatau sebaliknya pada setiap hari bekerja biasa.12. Walau bagaimanapun, pegawai layak membuat tuntutan perjalananjika diarahkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk datang ke Pejabatatau ke mana-mana tempat yang diarahkan bagi menjalankan tugas rasmiselepas waktu bekerja biasanya atau pada hari rehat mingguan dan harikelepasan am.TUNTUTAN PERJALANAN BAGI MENGHADIRI ACARA RASMIKERAJAAN13. Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan sekiranya diarahkan olehKetua Jabatan untuk menghadiri acara rasmi Kerajaan pada hari bekerjabiasa, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am terhad kepada syaratberikut:i. majlis berkenaan merupakan acara rasmi anjuran Kerajaan bagisambutan hari-hari kebesaran yang diisytiharkan sebagaikelepasan cuti am di peringkat kebangsaan/ negeri sahajaseperti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pekerja danseumpamanya; danii.pegawai mendapat arahan bertulis daripada Ketua Jabatanuntuk hadir ke majlis tersebut.4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!