09.04.2018 Views

POLISI LATIHAN

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2.5.1 Pengambilan & Lantikan (CREAM)

Pembangunan modal insan secara holistik telah diperkenalkan oleh pihak

Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) pada tahun 2014. Namun,

pelaksanaannya mula berkuat kuasa pada tahun 2015. Empat (4) tahap utama

seperti mana dalam Rajah 2 di atas perlu diikuti oleh semua staf PPP iaitu CREAM,

GROOM, CAREER & CALIPH. Bermula Jun 2015, proses pengambilan, pemilihan

dan penempatan staf akan melalui satu proses yang lebih ketat dan intensif yang

dikenali sebagai CREAM. Melalui proses ini, hanya calon yang lulus melalui

tapisan ujian fizikal, mental dan psikologi, akan dipanggil sebagai calon temuduga

bagi mengisi sesuatu jawatan di UTM. Ini adalah sebagai penekanan kepada

konsep ‘the right person for the right job’.

2.5.2 Orientasi dan Penempatan

Seterusnya, seseorang staf baru UTM akan melalui proses Orientasi dan

Penempatan iaitu Overview kepada Organisasi dan penekanan kepada Konsep

DNA di UTM melalui program orientasi seperti Program Transformasi Minda

(PTM) ini dan Program Orientasi & Sosialisasi Staf Baru. Selain itu, semua Staf

Pengurusan Profesional Gred 41 baru mulai lantikan 1 Julai 2015 adalah

diwajibkan untuk mengikuti satu program khas iaitu Sijil Pentadbir Muda (SPM)

yang kini dikenali sebagai Sijil Eksekutif Pendidikan Tinggi (SEPT) sebagai syarat

tambahan kepada pengesahan jawatan staf tersebut.

2.5.3 Pemilihan dan Pembentukan Bakat (GROOM)

Fasa seterusnya bagi staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana yang telah sah

dalam perkhidmatan ialah mereka perlu menempuhi satu program latihan dan

pembangunan modal insan yang lebih sistematik yang dikenali sebagai program

GROOM. Program GROOM mempunyai dua (2) program iaitu Individual

Development Program (IDP) dan Leadership Development Program (LDP).

2.5.4 Pembangunan Kerjaya (CAREER)

Hasil dari program tersebut, fasa seterusnya adalah pelengkap kepada

Pembangunan Kerjaya yang tersusun melalui proses Pengurusan Bakat,

Pembangunan Profesional dan Program Eksekutif. Tahap ini dikenali sebagai

CAREER.

9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!