19.10.2020 Views

Natural Health BM 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kesihatan

2

Diet Intermittent Fasting

Jika Atkins, Detoks, Paleo, Vegan

ataupun Low-Carb diet tidak berkesan

buat tubuh kamu, inilah masanya untuk

kamu mencuba diet terbaru yang

semakin popular - Intermittent Fasting!

Kunci utama untuk menurunkan berat

badan adalah 70 peratus datang

daripada diet dan 30 peratus lagi

daripada bersenam. Diet Intermittent

Fasting ini melakukan kaedah yang

serupa seperti berpuasa di bulan

Ramadan, cuma kamu dibenarkan

minum dan memilih waktu terbaik untuk

berpuasa. Kedengaran mudah, kan?

Kelebihan Intermittent Fasting (If)

Diet ini terbukti berkesan kepada

hampir kebanyakan individu yang

telah mencubanya. Ia dikatakan

melatih tubuh untuk menerima

makanan dalam masa tertentu dan

merehatkan sistem pencernaan.

Sama seperti berpuasa, ia diibaratkan

membersihkan dalaman tubuh dan

memperbaiki sistem penghadaman.

Jika dilakukan dengan displin, kamu

boleh turun berat badan sehingga

lima hingga tujuh kilogram dalam

masa dua minggu. Diet IF juga lebih

berkesan daripada diet mengira

kalori kerana kamu lebih mudah

tertekan dengan mengira kalori yang

kadangkala tidak tepat pengiraannya.

Diet ini juga dilaporkan boleh

mengurangkan risiko penyakit seperti

darah tinggi dan diabetis.

Diet lain menyebabkan kulit kamu

menggelebeh selepas kehilangan

lemak, sebaliknya diet IF membakar

kalori dengan cepat serta

meningkatkan metabolisme.

Bagaimana Melakukan Intermittent

Fasting?

Diet IF menggunakan konsep 8/16, di

mana anda dibenarkan makan (apa saja)

dalam masa lapan jam dan berpuasa

dalam masa 16 jam sehari. Sekiranya

anda gemar mengambil sarapan,

mulakan diet IF seawal jam 9 pagi dan

berhenti makan jam 5 petang. Selepas

itu anda tidak dibenarkan makan kecuali

minum sebarang air tanpa gula. Anda

digalakkan minum air kosong 2-3 liter

sehari seperti biasa dan jika mahu

minuman lain seperti teh atau kopi,

jangan ambil bersama gula dan susu.

Jika anda gemar makan malam,anda

boleh mencuba makan bermula waktu

tengahari sekitar jam 12 PM dan

berhenti makan sebelum jam 8 PM.

Kitaran ini perlulah konsisten dilakukan

selama dua minggu pertama sehingga

tubuh kamu mula selesa dengan

kaedah ini.

Dalam tempoh 16 jam tanpa makan

itu, anda perlu melatih minda untuk

menjalani hari seperti biasa kerana

anda mungkin sedikit letih di awal

permulaan diet. Diet IF tidak memaksa

individu untuk bersenam dengan

kerap namun jika anda memilih

untuk bersenam ia adalah satu bonus

dan mempercepatkan lagi proses

penurunan berat badan.

Beberapa pengamal diet ini

menyarankan kamu bersenam sebelum

anda mula untuk makan dan bukannya

ketika waktu anda berpuasa. Anda juga

disarankan makan makanan seimbang

seperti serat, sayuran dan buahan,

kabohidrat dan protein. Gula memang

diperlukan tubuh untuk sumber tenaga,

jadi anda boleh mengambil gula

semula jadi daripada buah-buahan.

Makan dalam kuantiti sederhana

namun kerap, setiap dua jam dalam

tempoh lapan jam.

Bagaimana?

Adakah anda sudah faham

apakah diet rendah kalori dan diet

Intermitten fasting?

Buatlah pilihan yang tepat dan jenis

diet yang bersesuaian untuk ketahanan

badan kita. Apapun jangan sesekali

menyeksa diri sendiri. Diet bukanlah

beerti tidak perlu makan langsung,

tetapi ubah cara pemakanan dan

pilihan makanan yang lebih sihat.

Natural Health * Disember 2019

7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!