19.10.2020 Views

Natural Health BM 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kesihatan

Pernahkah anda mengalami

gangguan emosi atau mudah marah

dengan orang lain kerana lapar atau

mengalami cirit-birit yang disebabkan

oleh tekanan.

Semua ini adalah petanda sistem

pencernaan manusia mampu

mempengaruhi kesihatan fizikal

dan emosi.

Selain memainkan dua peranan

utama iaitu membantu penyerapan

nutrien makanan serta menyingkirkan

agen memudaratkan iaitu toksin,

alergen dan mikroorganisma

bahaya, pencernaan yang sihat turut

mempengaruhi emosi, sistem imun

dan kesihatan secara keseluruhannya.

Sistem penghadaman, yang juga

digelar 'otak kedua' oleh pakar

perubatan, mempunyai sistem saraf

berautonomi, iaitu sistem saraf

enterik yang memiliki lebih banyak

neurotransmitter berbanding otak.

Neurotransmiter sistem penghadaman

menghasilkan 95 peratus serotonin,

iaitu hormon yang mempengaruhi

emosi dan digunakan juga dalam

proses penghadaman.

Sayangi usus hindari

penyakit kronik

Saluran gastrousus adalah keajaiban

fisiologi secara sendirinya dan

memainkan peranan penting

melindungi sistem imun kita. Saluran

GI menghasilkan lebih 100 trilion sel

mikrob, termasuk bakteria sistem

penghadaman yang kebanyakannya

menghuni dalam usus besar atau kolon.

Kajian pakar penyelidik dari Harvard

School of Public Health di Amerika

Syarikat mendapati bakteria dalam

sistem penghadaman menghasilkan

bahan kimia yang membenarkan sel

imun dalam kolon berkembang dan

berfungsi dengan cekap.

National Health Services di United

Kingdom pula menganggarkan, 40

peratus daripada semua orang pernah

mengalami sekurang-kurangnya

satu masalah gastrousus, sama ada

cirit- birit, sembelit atau kembung

perut. Kegagalan memantau kesihatan

sistem penghadaman bukan sahaja

menyebabkan ketidakselesaan, bahkan

menjurus kepada penyakit kronik

hingga mengancam nyawa.

Antara lima penyebab

kematian

Kajian Kementerian Kesihatan

mendapati dalam tempoh sehingga

Disember 2013, penyakit berkaitan

sistem penghadaman antara lima

penyebab utama kematian di hospital

swasta dan awam Malaysia. Serangan

ini juga antara enam punca utama

pesakit dimasukkan ke hospital.

Mencegah lebih baik daripada

mengubati, daripada menunggu

sehingga terkena masalah kesihatan

sebelum mengambil tindakan, lebih

baik jika anda mengambil langkah

aktif mempertingkatkan kesihatan

sistem penghadaman.

Selain mengurangkan risiko masalah

penghadaman pada masa akan

datang, sistem penghadaman sihat

penting bagi membolehkan seseorang

menikmati hidup dengan sempurna.

Tubuh kita dapat mmproses bahan

toksik seperti alkohol dan dadah

kepada produk hasilan yang selamat,

dan juga menghalang karsinogen

berbahaya daripada diserap ke

dalam aliran darah. "Organ-organ

detoks" yang terbina dalam badan

manusia seperti hati, usus dan buah

pinggang, ini menunjukkan bahawa

badan kita sememangnya lengkap

untuk menghapuskan toksin. Oleh itu,

organ-organ ini mesti dijaga untuk

berfungsi secara optimum.

Bagi menyokong bekalan glutathione

dalam hati, peptida antioksidan

semula jadi yang penting untuk

fungsi imun badan dan mengawal

keradangan, makan lebih banyak

makanan yang kaya dengan sulfur

seperti bawang putih, brokoli, kubis,

bawang dan kubis bunga.

Banyakkan bersenam

Buah pinggang memainkan peranan

penting bagi menapis darah dan

membuang bahan toksik, sisa buangan

dan air berlebihan dalam badan.

Untuk buah pinggang berfungsi

dengan baik, pastikan anda kekal

terhidrat. Elakkan makanan tinggi

kandungan garam, gula dan lemak.

Tekanan darah tinggi adalah antara

punca utama penyakit buah pinggang.

Justeru penting membuat pemeriksaan

tekanan darah secara kerap dan

elakkan meminum terlalu banyak

alkohol dan hentikan amalan merokok.

Banyakkan bersenam bagi

mengurangkan tekanan darah tinggi

dan pada masa sama, mengekalkan

berat badan yang sihat.

Jangan ketepikan kepentingan sayur

dan buah-buahan kerana kajian

membuktikan sajian berserat tinggi

mengurangkan risiko kanser kolon,

kencing manis jenis 2, sakit jantung

dan strok.

Amalan ini juga melancarkan proses

penghadaman dan mencegah

sembelit. Serat menstabilkan

tahap glukosa darah kerana ia

memperlahankan penyerapan glukosa

dalam usus kecil.

Serat juga mengurangkan risiko

serangan sakit jantung. Sumber serat

termasuk oat, gandum, kacangkacangan,

biji-bijian, kacang dal,

sayur-sayuran dan buah-buahan.

Natural Health * Disember 2019

13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!