19.10.2020 Views

Natural Health BM 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.



PenaPengarang

Published by:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

T: +603-6203 2522

E: info@acepremier.com www.AcePremier.com

Publisher

John Lim

Editor

Shalina Abdullah

Editorial Team

John Lim

Shalina Abdullah

Marketing & Sales

Fiona Lim

Adeline Chin

Creative Team

Nasyiha Badela

Nur Hazwani

Printer

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Kesihatan tidak patut menjadi rumit. Kita dilahirkan untuk menikmati kesihatan

dalam kehidupan, tetapi, mula-mula, kita perlu tahu apa keperluan tubuh kita.

Keperluan utama kesihatan manusia adalah pemakanan yang elok, kerana

kita bergantung kepada nutrien penting untuk menjaga tubuh kita supaya

bebas daripada penyakit dan berfungsi dengan baik. Kami juga memerlukan

senaman yang mencukupi, kerana tidak ada manusia yang sihat di bumi yang

boleh mengatakan bahawa mereka menjadi sihat tanpa sebarang senaman

atau pergerakan badan. Akhir sekali, kita perlu memiliki kestabilan mental

dan emosi, kerana tubuh seorang manusia yang stabil emosinya sukar untuk

dijangkiti penyakit.

Itu dia: Seperti mudah sangat, bukan? Jadi, kenapa pula ramai yang masih

mengalami penyakit dan mudah sahaja jatuh sakit? Kebanyakan kali, sebabnya

ialah mereka tidak mengambil berat tentang tiga faktor penting yang disebutkan

di atas. Ramai antara kita yang telah jatuh ke dalam perangkap fast food, gaya

hidup yang tidak aktif, mudah stress dan sebagainya.

Jadi, apakah langkah-langkah yang ingin anda ambil untuk memperbaiki

keadaan ini? Selamat menyambut tahun 2020 dengan sihat sejahtera!

Shalina Abdullah

Join our Facebook Fan page

www.facebook.com/naturalhealthmedia

Distributor

Pansing Marketing Sdn Bhd

NATURAL HEALTH (BM) diterbitkan sekali setahun oleh

AcePremier.com Sdn. Bhd.

NATURAL HEALTH (BM) mengalu-alukan pendapat dan

cadangan anda. Emailkan kepada editor@acepremier.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk tidak

menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai ganti

kepada konsultasi dan penjagaan kesihatan profesional.

Walaupun kajian dan semakan telah dilakukan sebelum

mengeluarkan maklumat yang terdapat di dalam buku ini,

namun pihak penerbitan, pengarang, penasihat dan agen

tidak dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada terhasil

disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau sebarang akibat

yang disebabkan olehnya. Rangkuman atau pengecualian

terhadap mana-mana produk juga tidak bermakna pihak

penerbitan menyokong atau menolak penggunaannya sama

ada secara keseluruhan atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada kandungan

editorial atau penyampaiannya. Pihak penerbit, pengarang,

penasihat dan agen tidak menjamin, secara langsung atau

tidak langsung, kualiti atau keberkesanan sebarang produk

atau perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk urusan

perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2019. AcePremier.com Sdn Bhd.

Available at


Kecantikan

10 Cara Jaga

Wajah Dengan

Cara Mudah

dan Murah.

Cubalah!

Wajah adalah mencerminkan diri

anda. Jika wajah anda kelihatan

bersih dan berseri, ianya dapat

menunjukkan daya keterampilan

diri yang sempurna. Ianya

adalah anugerah Tuhan yang

tidak ternilai, jadi kita perlulah

menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita?

Kekangan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak berkesempatan untuk menjaga wajah

dengan betul. Berikut adalah tips yang ringkas hanya menggunakan produk mampu milik dan mudah

didapati di pasaran.

Jom cuba!

1. ELAKKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA

Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah? Tapi bagaimana memilih pencuci muka yang betul

dan tidak merosakkan.

Pencuci muka yang mempunyai bahan kimia akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak.

Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan

minyak secara sementara sahaja. Ianya juga menggalakkan muka menjadi lebih berminyak daripada asal.

Pemilihan pencuci muka yang baik semestinya menggunakan bahan-bahan organik yang berasaskan

tumbuh-tumbuhan. Ianya bersifat lebih lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, ketahui jenis

kulit anda untuk memudahkan pemilihan jenis pencuci yang bersesuaian.

Struktur kulit pada wajah adalah lebih sensitive berbanding kulit bahagian tubuh yang lain. Jadi, anda perlu

menitik beratkan pemilihan tepat agar kulit wajah kelihatan sentiasa rapi.

2 Natural Health * Disember 2019


Kecantikan

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI

Cara penjagaan muka adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian serius.

Anda diingatkan untuk tidak memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati

ataupun bercampur-campur kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

Tahukah anda, sesetengah produk dicipta adalah tidak sesuai untuk dicampur

penggunaan dengan produk jenama lain. Ini kerana sesetengahnya mengandungi

bahan 100% semulajadi dan mementingkan kualiti serta mesra kulit wajah.

Baca label produk dengan teliti dan ketahui setiap kod bahan yang digunakan agar

anda tidak tertipu.

5. MASKER BEDAK SEJUK

DAN MADU

Ini cara penjagaan muka secara

semulajadi. Campurkan bedak sejuk

dan 2 sudu makan madu. Kemudian

buatkan seperti mask pada wajah.

Lakukan selama 30 minit sebelum

tidur dan bilaslah dengan air selepas

itu. Ianya dapat membuatkan kulit

anda sentiasa tegang dan liang roma

mula mengecil.

Pastinya anda akan jatuh cinta dengan

proses ini kerana ianya 100% bersih

dan selamat. Sudah tentu tiada

sebarang campuran bahan kimia yang

berbahaya.

3. AMALKAN SERBUK TEH

DAN MADU

Campurkan serbuk teh dan madu.

Buat seperti scrub dan juga boleh di

sapu pada leher dan lengan. Untuk

memudahkan anda melakukan

scrubbing, campuran tersebut

dimasukkan ke dalam balang kaca dan

simpan dalam peti sejuk.

Ianya bertujuan untuk menjadikannya

lebih tahan lama. Jika disimpan di luar,

campuran itu hanya akan bertahan

selama 2 minggu sahaja.

Penggunaan serbuk teh dan madu

adalah satu langkah selamat kerana

ianya tidak mengandungi bahan kimia

dan tidak merosakkan kulit wajah.

+

4. WAP PANAS

Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas berfungsi mengecutkan pori-pori

kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan

menggunakan daun bunga raya. Gunakan daun

bunga raya yang hijau dan segar. Basuh daun

tersebut hingga bersih.

Kemudian, masukkan daun tersebut kedalam

periuk dengan air berisi separuh penuh dan

didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk

tadi dan letakkan di atas meja atau lantai

(kawasan yang membuatkan anda selesa).

Kemudian wapkan wajah anda menggunakan

kain atau tuala yang tebal.

Dekatkan periuk yang berasap ke wajah anda

(anda boleh mengagak jarak anda dari periuk

mengikut keselesaan) dan biarkan wap itu

meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit.

Lakukan 2 kali seminggu.

Anda juga boleh campurkan bedak

sejuk tadi dengan sebiji tomato.

Tomato berfungsi mengekal

keremajaan kulit selain menghilangkan

kulit yang kusam.

+

Nota: Air rebusan daun bunga raya cuma

boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

Natural Health * Disember 2019

3


Kecantikan

6. MASKER PUTIH TELUR

ATAU PATI TIMUN

Ini juga salah satu cara penjagaan muka

secara semulajadi. Kisar pati timun dan

buatkan seperti masker pada wajah anda

dan biarkan sehingga kering. Kemudian

bilaslah dengan air. Begitu juga dengan

putih telur, buatkan mask pada wajah dan

biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

Hasilnya, anda akan merasa kulit wajah

semakin tegang, cerah dan berseri. Selain

itu, ianya berfungsi juga sebagai agen

awet muda yang selamat pada semua

jenis kulit.

Amalkan dua atau tiga kali seminggu

untuk hasil yang baik.

7. MINYAK SAYURAN

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

Mudah sahaja, sapukan minyak sayuran secara nipis

seminggu sekali sahaja.

Minyak sayuran berfungsi membekalkan nutrien dan vitamin

baik untuk diserap terus kedalam kulit. Ianya mampu

membuat kulit anda sentiasa lembap dan berseri. Apa yang

penting, pilih minyak sayuran yang organik dan tulen.

8. TEH HIJAU (GREEN TEA)

Bagi penggemar teh, amalkan minum teh hijau sekali atau

dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang

boleh mengurangkan jerawat. Selain itu, teh hijau juga

berfungsi merawat kulit wajah dari dalam selain sangat bagus

bagi wanita yang dalam proses menurunkan berat badan.

Anda akan merasai hasil berganda apabila kulit

dan berat badan terjaga rapi secara sekata.

Selain itu, hampas the hijau juga amat baik

digunakan sebagai masker wajah. Hanya

campurkan dengan madu sahaja kemudian

sapukan pada wajah selama 15-30 minit.

9. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Ini cara penjagaan muka yang terakhir. Kita sememangnya

tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau

adanya jerawat. Disebabkan itu, kuman-kuman yang

terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit terdedah

pada bakteria dan menyebabkan kulit berjerawat atau

mengalami keradangan.

Jika anda hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan

tangan dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain

apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air

biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif

dengan bakteria dan kuman.

Pastikan tidak menyentuh wajah setelah anda memcit jerawat

bagi mengelakkan jangkitan kepada bahagian kulit yang lain.

Mudah sahaja kan?

Yang penting, anda haruslah rajin menjaga serta merapi wajah.

Tidak perlu berbelanja besar, hanya gunakan bahan alami

sahaja sudah mencukupi menjadikan anda semakin muda

dengan kulit bersih, cerah, tegang dan cantik sepanjang hari.

Pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah bersih dan

tidak terdedah kepada pencemaran.

10. SENAMAN MUKA

Cara penjagaan muka ini boleh buat

orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan

ke?“. Cubalah dahulu.

Amalkan selalu menyebut ‘Ma Me Mi

Mo Mu’ sebanyak 10 kali setiap pagi

supaya dapat menguatkan otot muka

dan bibir. Proses ini bertujuan

menjadikan kulit wajah anda sentiasa

tegang. Paling menarik, ianya juga

mampu menghilangkan kedutan halus

pada wajah.

4 Natural Health * Disember 2019


Makanan & Nutrisi

8 Khasiat Dan

Kelebihan Buah Betik

Buah betik yang telah masak bukan sahaja manis namun ia sangat

berkhasiat. Buah betik kaya dengan pelbagai vitamin, baik untuk

sistem percernaan, dan juga merupakan buah tempatan yang murah

dan senang diperolehi. Tahukah anda, selain buah betik, daun serta

biji betik juga amat berguna untuk kita?

Buah betik

dapat membantu

penghadaman makanan

serta membekalkan

berbagai-bagai vitamin,

zat galian dan serat

yang kita perlukan.

Ekstrak biji betik

mampu melindungi

buah pinggang dari

racun yang terkumpul

dalam usus kita.

Betik

mengandungi

unsur yang disebut

‘anthelmintic’ yang

dapat membunuh

kuman dan juga

melindungi perut

daripada cacing

pita.

Biji betik

mampu

membunuh parasit

dalam sistem

pencernaan

Jus

biji buah

betik didapati

menurunkan kadar

kolesterol dan LDL

(lipoprotein ketumpatan

rendah), serta

meningkatkan

kadar HDL.

Jus buah betik

ranum, jika dicampur

dengan susu dan madu

boleh menjadi tonik

berkhasiat bagi kanak-kanak,

wanita hamil dan yang

menyusu, dan juga untuk

yang lemah tenaga

kerana sakit.

Daun

betik yang

dilayur di atas api

dapat mengubati

sakit-sakit otot

apabila dilekapkan

pada bahagian

yang sakit.

Meminum air

perahan dari daun

muda yang ditumbuk

lumat dan dicampurkan

dengan sedikit perahan

limau nipis boleh

membantu mengubati

sakit sendi.

Natural Health * Disember 2019

5


Makanan & Nutrisi

Sejuk Dan

Menyegarkan:

Jom Minum

Air Kelapa!

1Hasil kajian

mendapati air kelapa

kaya dengan potasium

(kalium): kandungan

kalium yang tinggi ini

membantu menurunkan

tekanan darah.

5Air kelapa

dapat menjadi

penawar

sementara tubuh

beracun.

9Membantu proses

penghadaman

serta mencegah

masalah

pencernaan.

2Air kelapa dapat

meningkatkan

kesihatan jantung.

6Kaya dengan

vitamin C yang

baik untuk

kesegaran kulit.

Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera,

turut dikenali sebagai Wonder Food. Sejak dulu

lagi, air kelapa dianggap berkhasiat dan juga

mujarab bagi membentu membantu

mengurangkan demam campak selain berfungsi

menurunkan suhu badan dengan cepat. Apakah

kelebihan-kelebihan lain air kelapa?

3Mengandungi

protein 0.07 hingga

0.55 peratus.

10Mengandungi

Cytokinins yang

mempunyai kesan

antipenuaan pada

tisu dan sel-sel

kulit.

7Mengandungi

nutrisi karbohidrat,

asam amino, vitamin

dan ion yang

memberi tenaga.

4Berkesan untuk

membasmi pelbagai

jenis cacing dalam usus

apabila diminum pada

sebelah pagi, sebelum

bersarapan.

8Kandungan

lemaknya sangat

rendah - ia tidak

meningkatkan berat

badan sekiranya

minum secara

berlebihan.

6 Natural Health * Disember 2019


Makanan & Nutrisi

Memilih Makanan Sesuai

Mengikut Jenis Kulit

Kita sering mendengar kenyataan seumpama di atas. Mungkin semasa masih kecil kita kurang

memahami apa yang dimaksudkan dengan apa yang dimaksudkan dengan peribahasa ini. Lama

kelamaan bila semakin dewasa baharulah kita faham. Secara asasnya, apa jua makanan yang

masuk ke dalam badan kita amat mempengaruhi pembentukan keseluruhan fizikal sama ada

secara dalaman dan luaran.

Natural Health * Disember 2019

5


Makanan & Nutrisi

“Anda

adalah apa

yang anda

makan”

Sebagai contoh, untuk memiliki kulit

yang cantik, makanan yang masuk

ke dalam badan juga mestilah dari

sumber sihat yang kaya dengan nutrien

dan vitamin sebagai makanan kulit.

Contohnya ikan, sayur-sayuran, buahbuahan

dan sebagainya dari sumber

yang bersih.

Kulit adalah organ terbesar badan

yang paling penting harus dijaga. Kulit

amat penting kerana ia menentukan

kebersihan seseorang. Kulit yang cantik

dan bersih akan menampilkan imej

yang bersih, kemas dan menawan tidak

kira sama ada seseorang itu berkulit

putih, sawo matang, kuning langsat

atau berkulit gelap. Perhubungan

antara diet seharian dan kesihatan kulit

amat rapat. Oleh itu, amat penting

untuk anda memilih makanan yang

sesuai mengikut jenis kulit.

Apakah Yang

Menentukan Jenis Kulit

Yang Anda Miliki?

Pelbagai faktor dalaman dan luaran

yang akan mempengaruhi jenis kulit

seseorang. Salah satu faktor dalaman

ialah keturunan atau genetik seseorang.

Selain itu keadaan cuaca, gaya hidup

dan diet turut mempengaruhi keadaan

kulit yang anda miliki.

Secara asasnya, jenis kulit terbahagi

kepada kategori kulit normal, kering,

berminyak atau gabungan di antaranya.

Salah satu cara paling mudah untuk

mengetahui jenis kulit yang anda

miliki ialah dengan melihat keadaan

kulit semasa bangun pada waktu pagi.

Cuci muka dengan produk pembersih

yang dapat mengekalkan keadaan

kulit pada bacaan pH normal sebelum

tidur. Elakkan pemakaian sebarang

jenis produk seperti serum dan krim

malam semasa tidur. Setelah bangun

keesokan paginya, anda boleh semak

keadaan kulit muka sama ada ia

berminyak, kering atau normal tanpa

sebarang masalah.

Cara lain untuk menentukan jenis

kulit adalah melalui pemeriksaan dan

diagnosis oleh pakar kulit. Diagnosis

kulit ini sangat membantu bagi

mereka yang ingin menentukan jenis

makanan yang sesuai mengikut jenis

kulit. Diagnosis kulit juga sangat

membantu kerana adakalanya

keadaan kulit seseorang berubah dan

tidak tetap sepanjang hayat.

Sebagai contoh mungkin pada siang

hari anda mendapati kulit anda

begitu berminyak. Setelah cuci muka

dan bangun pagi, keadaan kulit

6 Natural Health * Disember 2019


Makanan & Nutrisi

berubah menjadi kering. Ia mungkin

dipengaruhi oleh faktor-faktor lain

seperti keadaan cuaca dan pemakanan

yang menjadikan keputusan

pemeriksaan sendiri atau self-diagnose

menjadi tidak tetap. Oleh itu, diagnosa

melalui pemeriksaan pakar adalah

jalan terbaik untuk mengenalpasti

jenis kulit anda.

Kesan Diet Terhadap

Keadaan Kulit

Diet dan gaya pemakanan seseorang

menjadi cermin terhadap keadaan kulit

seseorang. Diet yang tidak dijaga dan

akan menimbulkan pelbagai masalah

kulit seperti jerawat, kedutan sebelum

usia, ruam, kekeringan, gatal dan

sebagainya.

Seseorang itu mungkin tidak

menyedari bahawa dirinya mudah

mengalami alahan terhadap makanan

tertentu. Apabila dimakan secara salah

ia membawa kesan kesakitan yang

teruk kepada kulit sehingga terpaksa

mendapatkan rawatan perubatan.

Memilih makanan yang bersesuaian

mengikut jenis kulit adalah cara terbaik

untuk anda menangani masalah yang

timbul akibat dari pemakanan yang

tidak betul.

Memilih Makanan

Mengikut Jenis Kulit

Pelbagai cara telah anda cuba untuk

mendapatkan kulit yang cantik tanpa

sebarang masalah. Antaranya melalui

pemilihan produk. Namun seringkali

pelaburan wang dalam mencari produk

kulit terbaik di pasaran menemui

jalan buntu. Hasil yang didapati tidak

semengah wang yang telah dilaburkan.

Jika cara ini tidak berkesan, jalan

seterusnya yang lebih mudah ialah

melalui pemilihan makanan paling

terbaik mengikut jenis kulit. Langkah

awal ialah mengenalpasti terlebih

dahulu jenis kulit yang anda miliki.

Setelah itu, baharulah langkah

pemilihan pemakanan boleh diatur

secara berstrategi pada setiap hari.

Kulit Kering

1 Kulit kering sehingga

menimbulkan kesan retakan pada

struktur kulit akan menimbulkan rasa

tidak selesa. Kulit kering adalah antara

penyebab seseorang itu kelihatan tidak

menarik dan kurang bersih. Masalah ini

lebih ketara apabila berlaku perubahan

musim dari musim panas ke musim

sejuk dan seterusnya.

Kulit kering terhasil akibat kurangnya

penghasilan sebum berbanding kulit

normal. Kekurangan sebum ini akan

menyebabkan juga kekurangan lipid

kulit yang berfungsi memerangkap

kelembapan pada kulit dan membina

perlindungan luar lapisan kulit.

Cuba atasi masalah kulit kering anda

dengan mengambil beberapa contoh

makanan di bawah ini. Kebanyakan

jenis makanan yang dicadangkan

untuk kulit kering adalah dari unsur

tumbuhan dan buah-buahan kerana

ia mengandungan khasiat dan vitamin

yang baik untuk kesihatan kulit.

Pisang: Ia kaya dengan bahan antioksida

dan bahan pelembap semulajadi

yang mampu meningkatkan kesegaran

kulit, menghaluskan kulit yang kasar,

mengurangkan kedutan serta mengatasi

muka berminyak dan berjerawat.

Minyak Zaitun & Minyak Bijan: Minyak

zaitun mengandungi bahan antioksida,

vitamin dan mineral yang

dapat meningkatkan kesihatan kulit.

Minyak zaitun pula adalah sejenis

minyak yang seimbang yang kaya

dengan pelbagai nutrien

dan mempunyai upaya

dalam penyembuhan

luaran dan dalaman.

Salmon & Ikan Sardin: Ikan salmon

mengandungi omega-3 yang

tinggi dan sangat membantu untuk

mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga

merupakan sumber protein, vitamin

E dan zink yang tinggi baik untuk

kulit dan badan. Ikan sardin antara

makanan yang baik untuk melahirkan

kulit yang bersinar.

Lain- lain jenis makanan yang baik

untuk kulit kering adalah telur,

brokoli, avokado, kekacang seperti

buah badam, cashew dan biji bunga

matahari, lidah buaya dan biji chia.

Natural Health * Disember 2019

7


Kulit Berminyak

Kulit berminyak boleh

menonjolkan kecacatan pada

kulit wajah seperti kemunculan

jerawat, liang pori yang terbuka serta

kemunculan bintik-bintik hitam dan

putih. Kulit berminyak terjadi akibat

diet yang tidak sihat, kesalahan memilih

produk yang sesuai dan hormon dalam

badan yang tidak seimbang.

Untuk mengatasi masalah kulit

berminyak sepanjang masa, cuba

atasinya dengan mengamalkan

diet sehari dengan makanan yang

dicadangkan seperti di bawah ini dan

mengelakkan makanan tertentu.

2

Makanan & Nutrisi

Teh Hijau: Ia bertindak

sebagai agen antioksida

dan anti

inflamasi yang baik

untuk dalaman badan

dan kulit. Ia sangat baik dalam merawat

maslah jerawat dan penyumbatan

pada liang pori.

Ubi Keledek: Mengandungi unsur beta

karotena iaitu bahan anti-oksida

yang baik untuk badan. Ia juga

sumber vitamin A yang baik

untuk mengatasi masalah kulit

berminyak dan kulit kering.

Beri Biru & Beri Hitam:

Kedua-dua buah ini

adalah sumber

vitamin C yang

baik untuk

meneutralkan

radikal bebas dalam badan.

Lain-lain jenis makanan yang baik

untuk kulit berminyak ialah lobak

merah, quinoa, tembikai, timun,

bawang, kunyit, halia dan santan.

Kulit Normal

3 Kulit normal adalah keadaan di 4

mana kulit tidak terlalu berminyak

atau terlalu kering. Seseorang yang

memilki kulit normal akan mengalami

keadaan kulit berminyak dan kering

pada bahagian tertentu. Kulit normal

lebih mudah dijaga dan masalah

kekeringan dan minyak dapat diatasi

dengan mudah melalui penggunaan

produk dan penjagaan diet makanan.

Antara makanan yang baik untuk kulit

normal ialah brokoli, kubis, bayam, lobak

merah, ikan salmon dan sardin, telur

ayam, minyak zaitun dan beras perang.

Kulit Sensitif

Kulit sensitif dipengaruhi pelbagai

faktor yang menyebabkan tindak

balas pada kulit yang menimbulkan

kesan seperti iritasi dan kemerahmerahan.

Penggunaan produk dan

pemakanan yang tidak sesuai adalah

antara punca timbulnya masalah

kulit sensitif.

Bagi yang mengalami masalah kulit

sensitif, selain berhati-hati terhadap

faktor luaran, anda juga perlu berhatihati

terhadap jenis makanan yang

masuk ke dalam badan.

Antara makanan yang sesuai untuk

kulit sensitif ialah tomato, asparagus,

buah oren, minyak zaitun, teh hijau,

avokado, epal dan buah beri.

Makanan Yang Perlu

Dielakkan Bagi Semua

Jenis Kulit

Bagi semua jenis kulit, pengambilan

makanan tertentu boleh diamalkan.

Namun pastikan ia diambil secara

terkawal. Antara makanan yang perlu

dielakkan atau dikawal pengambilannya

ialah makanan manis, soya, produk

tenusu dan makanan yang diproses.

8 Natural Health * Disember 2019


Anda telah membuat pilihan!

Anugerah PILIHAN PEMBACA Natural Health & 健 康 时 尚

<A Healthy Lifestyle> 2019

Anugerah Pilihan Pembaca Natural Health & 健 康 时 尚 <A Healthy Lifestyle> kembali lagi, dan inilah

masanya untuk meraikan kejayaan cemerlang para pemenang tahun ini!

Setiap tahun sejak 2011, Anugerah Plihan Pembaca Natural Health & 健 康 时 尚 <A Healthy Lifestyle>

telah mempamerkan jenama terkenal, untuk mengiktiraf populariti mereka di kalangan pengguna

dan lehih-lebih lagi, untuk meraikan kejayaan setiap satu daripadanya dalam industri kesihatan dan

kecantikan. Kami mempersembahkan jenama-jenama ini sebagai calon kepada pembaca kami, dan

melalui proses ini, terdedahlah nama produk dan perkhidmatan yang dianggap sebagai yang terbaik

di antara yang terbaik! Hasilnya adalah Anugerah Pilihan Pembaca Natural Health & 健 康 时 尚

<A Healthy Lifestyle> yang berprestij dan dinanti-nantikan.

Tahun ini menandakan tahun yang ke-9 untuk pengiktirafan kecemerlangan jenama-jenama yang

membentuk industri produk / perkhidmatan kesihatan dan kecantikan yang sentiasa berubah ikut

masa. Sambutan pembaca kami benar-benar hebat dan jauh melebihi jangkaan kami! Nyata sekali

bahawa para pembaca kami, yang terdiri daripada konsumer yang arif pengalaman, ketahui apa

yang bernilai bagi wang mereka, dan pemenang-pemenang tahun ini merupakan jenama yang telah

memenangi hati mereka.

Setiap anugerah melambangkan kejayaan serta penghargaan yang tinggi untuk jenama yang

memenanginya. Ia menandakan pengiktirafan yang dihormati, reputasi, serta kualiti dan ciri-ciri yang

di luar jangkaan. Sebagai pemenang anugerah ini, setiap jenama dalam senarai kami telah memperoleh

penghormatan dan kesetiaan pengguna moden yang bijak dan cerewet dalam pilihan mereka. Sebelum

kami mendedahkan para penerima anugerah berprestij ini, kami ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan terima kasih kepada anda, pembaca kami, atas kesudian untuk mengambil

bahagian dalam pemilihan pemenang-pemenang ini, iaitu jenama yang telah menambat hati anda.

Bagi para pemenang tahun ini,

Congratulations!


Farmasi

Constant Pharmacy

Keyakinan Penjagaan Dan Perkhidmatan Bermutu

Sejak ditubuhkan pada tahun 1996 Constant Pharmacy telah menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat di

Malaysia, dengan hampir 30 cawangan di Malaysia. Constant Pharmacy, yang merupakan rangkaian farmasi

pertama di Malaysia yang mempunyai pengkalan data perubatan pelanggan sejak tahun 1997, memberi

perkhidmatan yang cemerlang selain daripada ubat–ubatan dan produk penjagaan kesihatan sahaja.

Constant Pharmacy kini berkembang aktif dengan pelbagai usaha untuk menjadikannya penyedia penjagaan

farmasi yang terkemuka di Malaysia. Pelanggan boleh mendapat akses kepada ujian DNA, Perubatan

Tradisional Cina serta doktor gigi dan pakar pemakanan untuk membantu menyelesaikan punca masalah

kesihatan. Semua kakitangan terlatih dalam makanan dan nutrisi semulajadi oleh akademi yang disahkan.

Selain gabungkan herba Timur dengan ubat Barat, perkhidmatan pakej lepas lahir juga disediakan untuk ibuibu

baru. Penjagaan kesihatan dan perkhimatan yang terbaik diberikan kepada semua pelanggan menerusi

barisan staff yang professional dan cawangan-cawangan yang diurus dengan teliti. Constant Pharmacy terus

mengejar kecemerlangan dan inovasi menerusi program keahlian berikutan pelancaran ‘Constant Health Card’

dengan ganjaran yang menarik seperti hadiah dan rebat wang tunai. Perkhidmatan farmasi ini dipertingkatkan

lagi dengan penjagaan kesihatan bagi para pelanggan seperti pemeriksaan kesihatan dan pelbagai aktiviti

menarik yang diadakan khas untuk pelanggan yang mendaftar sebagai ahli di Constant Pharmacy.

www.constant.com.my | www.facebook.com/constantpharmacy


Salun

PEMBUANGAN bulu

Musee Platinum Tokyo

Untuk Kelicinan Kulit Yang Diidamkan

Musee Platinum Tokyo, salun pembuangan bulu NO 1 di Jepun kini telah menjadi pilihan utama kami! Dengan

sejumlah 5 cawangan di Malaysia, Musee dikendalikan oleh kakitangan yang mesra, terlatih dan berkemahiran

tinggi. Setiap salun Musee yang beroperasi di sini diselia dari Jepun di mana piawaian perkhidmatan yang paling

tinggi akan dipastikan. Faktor ini menyebabkan para pelanggan kembali berkunjung ke Musee untuk pembuangan

bulu di badan mereka. Antara tarikan salun ini adalah, ia tidak mengenakan sebarang caj tambahan/caj

tersembunyi, atau yuran tahunan! Pelanggan juga tidak akan didesak untuk mencuba perkhidmatan lain seperti

rawatan penjagaan kulit dan sebagainya. Konsultasi yang lengkap akan diberikan supaya pelanggan sedia

maklum dengan rawatan yang akan mereka perolehi. Rawatan Musee yang terkemuka, iaitu S.S.C. (Smooth

Skin Control) Hair Removal, merupakan teknologi terkini yang rata-rata telah menawan hati para 3.3 juta wanita

keseluruhannya. Rawatan lembut ini menggunakan rumusan khas gel yang diaktifkan oleh cahaya yang ditapis.

Ia meninggalkan kemasan yang lebih licin dan halus. Melalui pelancaran Musee Express pada bulan Jun lepas,

wanita yang kesuntukan masa juga dapat menikmati rawatan pembuangan bulu yang bermutu dalam masa yang

lebih singkat! Musee cukup yakin untuk mengisytiharkan bahawa pelanggan yang tidak berpuas hati berhak

menuntut balik bayaran pada sesi berikutnya jika mempunyai alasan yang wajar. Ia benar-benar berciri pemenang

dalam kategori Salun Pembuangan Bulu.

www.musee-my.com/treatment | www.facebook.com/MuseePlatinumTokyoMalaysia


Minuman Kesihatan

& Kecantikan

Memelist SoyBoos

Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Luar Dan Dalam

Kesibukan dalam melakukan tugas harian sering menjadi penyebab utama mengapa kebanyakan orang hari

ini tidak berkesempatan untuk menjaga keperluan kecantikan dan juga kesihatan. Alangkah malangnya jika

tanda-tanda penuaan pula mula muncul dan anda tidak mempunyai masa untuk menghalangnya. Pemakanan

harian tentu menjadi faktor penting dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan luar dan dalam, supaya

lebih sihat, bertenaga serta awet muda. Memelist SoyBoos, pemenang dalam kategori Minuman Kesihatan

& Kecantikan tahun ini adalah minuman berprotein tinggi yang mudah dibancuh dan sedap diminum, untuk

nutrisi penting yang diperlukan setiap hari. Berbeza dengan protein soya konvensional, Memelist SoyBoos

dengan sebatian peptida soya yang menyerap cepat bersama-sama dengan pelbagai beri berantioxidan tinggi,

menjadikan tubuh anda sihat di dalam dan di luar. Selain membantu membina sel-sel kulit yang lebih sihat,

Memelist SoyBoos juga berguna untuk memperbaiki daya fikiran, meningkatkan fungsi otak, membina sistem

imun yang lebih kuat, menjauhi kerapuhan tulang serta banyak faedah lain. Ia lazat, berkhasiat dan dipek

secara individu supaya senang dibawa kemana-mana!

www.memelist.com.my | www.facebook.com/MemelistMy


Suplemen penurunan

berat badan semula jadi

Nano Singapore Lean Body Formula

FDA: 12559558102

Cara Membakar Lemak Yang Mudah

Tubuh badan yang sihat bersama berat badan ideal pasti menjadi idaman setiap individu. Namun, disebabkan

kesibukan harian dan sebagainya, pasti ramai yang buntu dalam usaha mereka untuk mengurangkan berat

badan masing-masing. Nano Singapore menawarkan gabungan 5 bahan pembakar lemak semulajadi yang

terbukti berkesan dalam setiap botol Lean Body Formula. Ia mengandungi Kopi Hijau yang membantu

menghalang penyerapan karbohidrat di dalam usus, dan seterusnya mengelakkan penyimpanan karbohidrat

dalam bentuk lemak. Teh Hijau di dalam Lean Body Formula mempercepatkan pembakaran lemak dalam

badan, manakala Raspberry Ketones memperbaiki kadar metabolisma badan serta membantu juga dalam

pembakaran lemak berlebihan dalam badan. Garcinia Cambogia membantu mengurangkan selera makan dan

juga menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol tidak sihat) sambil menaikkan kadar kolesterol HDL yang

baik di dalam badan. Kandungan Kafein dalam Lean Body Formula pula memastikan tubuh lebih bertenaga

supaya badan lebih cergas.

NanoSingaporeShop.com


Gula-gula sukan

Himalaya Salt Sports Candy

Kelebihan Garam Himalaya Dalam Gula-Gula Enak

Gula-gula Himalaya Salt Sports Candy dibuat daripada Garam Himalaya Asli, yang merupakan ramuan utama

dan amat berguna untuk menggantikan garam sodium yang hilang dalam badan semasa akitiviti lasak. Ia

mangandungi lebih daripada 80 jenis mineral termasuk potassium, magnesium dan juga kalsium, yang

terdapat secara semula jadi di dalam tubuh kita. Selain membantu dalam penyerapan mineral ke dalam aliran

darah, garam Himalaya dapat mengekalkan tahap penghidratan badan. Rasanya luarbiasa sekali, dengan

kombinasi unik perisa-perisa yang menyegarkan - pudina, lemon, manis dan masin! Himalaya Salt Sports

Candy menenangkan tekak lalu dapat juga bertindak sebagai penyegar nafas. Gula-gula Himalaya Salt Sports

Candy boleh didapati dalam pek yang mudah dibawa ke mana-mana.

www.himalayacandy.com | www.facebook.com/bigfoot.my


MINYAK MASAK SIHAT

MINYAK MASAK NATUREL BLEND

Menikmati Gaya Hidup Sihat

Keinginan untuk mencapai gaya hidup yang sihat bagi diri dan keluarga pasti menemui pelbagai cabaran,

memandangkan keperluan untuk mengalih perhatian antara kerja dan keluarga. Jenama Naturel, melalui

rangkaian minyak masaknya boleh membantu setiap keluarga menuju ke arah kesihatan melalui amalan

hidup serta pemakanan yang sihat. Minyak Masak Naturel Blend menggabungkan kebaikan minyak bunga

matahari dengan minyak canola yang kaya dengan Omega-3 serta Omega-6, iaitu asid-asid lemak penting

untuk tumbesaran normal kanak-kanak. Inovasi Naturel berterusan dengan pengeluaran minyak masak serta

sapuan lembut sihat yang diperkayakan dengan DHA sejak beberapa tahun lalu. DHA Omega-3 telah dibuktikan

secara saintifik sebagai nutrien yang berkeupayaan untuk meningkatkan kesihatan otak serta fungsi-fungsi

kardiovaskular. Jenama Naturel mementingkan mutu dan keselamatan makanan dengan menggunakan

sumber DHA daripada tumbuhan dan bukannya sumber marin supaya dapat mengelakkan pencemaran

daripada laut. Patutlah Naturel tetap dikenali sebagai minyak masak sihat pilihan ramai sejak sedekad yang

lalu. Sertailah gaya hidup Naturel hari ini!

www.lamsoon.com.my/prodNaturel_Cooking.asp


MARJERIN SIHAT

MARJERIN LEMBUT NATUREL

Sarapan Sihat Setiap Hari

Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, ibu bapa sering mendapati diri mereka bergegas untuk menyediakan

sarapan pagi yang berkhasiat untuk anak-anak mereka. Padat dengan pelbagai nutrien penting, Marjerin

Lembut Naturel merupakan padanan yang lazat dengan sarapan kegemaran anda, seperti roti bakar! Marjerin

lembut kegemaran Malaysia ini diperbuat dengan gabungan minyak bunga matahari dan minyak canola yang

kaya dengan asid-asid lemak penting Omega-3 dan Omega-6. Marjerin Lembut Naturel hanya mengandungi

lemak yang baik, iaitu asid lemak mono tak tepu yang dapat mengurangkan paras kolesterol jahat dalam

badan. Sapuan lembut Naturel diperbuat tanpa sebarang proses hidrogenasi separa yang menghasilkan asid

lemak trans yang tinggi. Mulakan hari anda dengan sapuan sarapan enak berkhasiat Marjerin Lembut Naturel.

www.lamsoon.com.my/prodNaturel_Margarine.asp


Minyak zaitun sihat

Minyak Zaitun EXTRA Virgin Naturel

Kebaikan Tiga Variasi Buah Zaitun (HAP) Dalam Satu Botol

Minyak zaitun ekstra virgin merupakan ramuan penting dalam diet Mediterranean yang sihat. Oleh itu,

minyak ini amat dihargai oleh pengguna yang arif tentang kesihatan dan juga golongan berada di Asia. Pada

amnya, minyak ini agak mahal disebabkan pihak-pihak pengantara yang terlibat dalam keseluruhan proses

daripada perolehan dan rantaian bekalan hingga kepada pengguna akhir. Selain kos operasi yang lebih tinggi,

pengamalan pelbagai perolehan dan pembungkusan menyukarkan lagi usaha untuk mengawal mutu dan

kesegaran minyak zaitun yang dikeluarkan. Dari aspek-aspek ini, jenama Naturel telah mewujudkan kelebihan

yang ketara bagi para pengguna Malaysia, dengan Minyak Zaitun Extra Virgin Naturel yang berkualiti tinggi.

Naturel menggunakan tiga variasi buah zaitun Sepanyol terbaik; iaitu Hojiblanca, Arbequina dan Picual (HAP),

dari pokok-pokok zaitun yang tumbuh subur di Andalucia, Sepanyol. Dalam jangka masa 24 jam selepas dituai,

buah zaitun segar akan melalui pengekstrakan minyak “cold-pressed” untuk mengekalkan kesegaran serta

antioksidannya yang sihat. Setelah melalui proses produksi serta pemantauan standard kualiti yang ketat,

setiap botol Minyak Zaitun Extra Virgin Naturel diisi dan dibungkus di Andalucia, Sepanyol dan dihantar

terus ke Malaysia. Dengan mengamalkan kaedah “SINGLE SOURCING”, tanpa sebarang pengendalian pihak

pengantara dalam proses perolehan dan rantaian bekalan, setiap botol Minyak Zaitun Extra Virgin Naturel

dapat dijamin mutu dan kebaikannya.

www.lamsoon.com.my/prodNaturel_Olive.asp


Pembersih kaca

mesra alam

Bio-home Glass Cleaner

Bersih Dan Bersinar Tanpa Sebarang Kesan

Lazimnya, produk pembersih kaca yang terdapat di pasaran adalah tidak mesra alam dan memudaratkan

persekitaran dan juga kesihatan para pengguna. Selain itu, kebanyakannya juga cenderung meninggalkan

kesan-kesan yang menyebabkan permukaan yang dibersihkan nampak tidak berseri. bio-home Glass Cleaner

berbeza berbanding dengan produk pembersih kaca biasa. Ia mudah terurai, berasaskan tumbuh-tumbuhan

dan bebas racun. bio-home Glass Cleaner juga tidak perlu dibilas dan cepat kering. Tambahan pula, ciri

Stain Guard melindungi permukaan kaca daripada kotoran. Ia memudahkan kerja pembersihan di samping

menjimatkan air dan masa. bio-home Glass Cleaner telah diuji secara dermatologi supaya lembut pada tangan.

Bekasnya juga mudah dikitar semula, menjadikannya pilihan yang wajar untuk setiap keluarga. Produk ini

didatangkan dalam haruman Lavendar & Bergamot, dan ia mudah digunakan – hanya sembur dan lap dengan

kain atau tisu kering.

www.facebook.com/biohomecaresmy


Tampalan berhaba

untuk sakit belakang

Ammeltz Yoko Yoko Air-activated

Heat Patch (Back pain)

Tanganilah Sakit Belakang Dengan Mudah Dan Selamat

Sakit belakang adalah sesuatu yang memeritkan, tidak mengira umur. Ia juga mampu menghindarkan

seseorang daripada melakukan aktiviti-aktiviti harian. Terdapat pelbagai cara untuk melegakannya sakit

belakang, namun tiada yang semudah ataupun berkesan seperti plaster khas Ammeltz Yoko Yoko Air-Activated

Heat Patch for Back Pain. Ia merupakan tampalan tanpa ubat yang dapat menghasilkan haba sehingga 40°C

sambil memberikan kelegaan untuk sakit belakang. Haba yang dihasilkan ini dapat bertahan sehingga 8 jam,

di mana ia membantu memperbaiki pengaliran darah dan juga melegakan sakit. Setiap keping penampal

berukuran 22 cm x 9.5 cm dan melekat dengan sempurna pada kulit. Ammeltz Yoko Yoko Air-activated

Heat Patch tidak mengandungi ubat ataupun bahan pewangi, dan oleh itu, ia tidak mungkin menyebabkan

rangsangan pada kulit. Ia juga mudah dibawa ke mana-mana di dalam bag atau poket, untuk digunakan

semasa perlu.

kobayashi-my.com


Semburan rambut

Faith Fleur Hair Mist

Langkah Paling Mudah Untuk Rambut Cantik Berseri

Wanita tentu inginkan supaya rambut mereka terlindung daripada kerosakan sambil sentiasa kelihatan cantik

bermaya dan berbau wangi. Dengan Faith Fleur Hair Mist, keinginan ini boleh dijadikan kenyataan, kerana ia

direka khusus untuk melembutkan dan melicinkan setiap helai rambut sambil membekalkannya dengan nutriennutrien

penting agar dapat kekal sihat dan berkilat. Ia juga dapat melindungi rambut dari sinar matahari yang

merosakkan, serta dari alat penjagaan rambut seperti pengering rambut, pelurus rambut, alat penggulung rambut

dan sebagainya. Faith Fleur Hair Mist mengandungi campuran ramuan yang dapat mencantikkan rambut dan

menghasilkan rambut yang lebih sihat dan kuat. Di antaranya adalah minyak kastor yang menghasilkan tindakan

emulsi dengan air untuk membantu membersihkan kulit kepala, manakala kandungan asid amino keratin sutera

amat berguna untuk menyuburkan kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut. Faith Fleur Hair Mist juga

diperkayakan dengan Vitamin E untuk membantu menyokong kesihatan kulit kepala dan rambut, serta asid sitrik

untuk membantu melebatkan rambut sambil memberikannya kilauan yang sihat. Ia boleh digunakan bila-bila

masa - sebelum atau selepas mengeringkan rambut ataupun selepas pendandanan rambut.

www.faithfleur.my | www.facebook.com/faithfleurhq


Tampalan Berhaba

untuk sakit menstruasi

Ammeltz Yoko Yoko Air-activated

Heat Patch (Menstrual pain)

Keselesaan Dan Kelegaan Untuk Sakit Menstruasi

Kebanyakan wanita pasti mengalami sakit serta ketidakselesaan semasa datang bulan, di mana bukan semua

daripada mereka yang sanggup mengambil ubat-ubatan untuk menangani sakit-sakit tersebut. Sebaliknya,

ramai yang lebih yakin dengan kaedah tampalan haba yang direka khas untuk sakit menstruasi, iaitu Ammeltz

Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain. Tampalan berhaba ini merupakan alternatif yang paling sesuai dan

dapat menghasilkan haba sehingga 40°C yang selesa dan menenangkan. Haba terapeutik yang semulajadi ini

dapat melegakan sakit menstruasi sehingga 8 jam. Setiap tampalan berukuran 14cm x 7cm, dan berbentuk

lekungan supaya muat dengan selesa di bahagian bawah abdomen. Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for

Menstrual Pain memperbaiki pengaliran darah lalu meringankan simptom sakit menstrual di kawasan perut.

Tampalan khas ini direka khas tanpa wangian yang mungkin menyebabkan iritasi kulit. Ia mesra pengguna,

dan dipekkan supaya mudah dibawa ke mana-mana untuk kegunaan pada bila-bila dan di mana sahaja.

kobayashi-my.com


Serum Rambut

Faith Fleur Hair Anti-Frizz Serum

Untuk Rambut Yang Memikat Kalbu

Wanita mana yang tidak ingin memiliki rambut lebat, sihat dan bersinar? Hal ini tentu lebih nyata di kalangan

mereka yang mengalami rambut yang tak bermaya, kasar dan susah diurus. Isu-isu rambut lain yang sering

dialami termasuklah kelemumur, kerosakan rambut, rambut rapuh, keguguran rambut yang berlebihan dan

mungkin juga kutu kepala. Faith Fluer Hair Anti-Frizz Serum direka khas untuk mengembalikan cahaya dan

kelembutan pada rambut yang rosak dan tak bermaya, sambil menjaganya sehingga sihat dan berkilau secara

semulajadi. Ia mempunyai kebaikan Minyak Zaitun serta protein semulajadi untuk membantu melembutkan

setiap helai rambut supaya sihat di luar dan di dalam. Serum ini kaya dengan Vitamin E yang membantu dalam

peredaran darah yang sempurna serta menggalakkan pertumbuhan rambut baru sambil menghalang penuaan

pramatang. Ia juga mengandungi minyak Kastor, iaitu pelebat rambut yang terkenal yang juga membantu

merawat kelemumur serta kulit kepala gatal. Minyak Biji Anggur di dalam serum rambut Faith Fluer mampu

mengekalkan tahap lembapan yang sihat dan membantu mencegah hujung berpecah sambil merawat kulit

kepala yang kering dan gatal. Dengan merawat semua isu-isu ini secara keseluruhan, Faith Anti-Frizz Serum

Anti-Frizz dapat mengatasi masalah rambut kering dan kasar, sambil mengembalikan sinar yang bermaya!

www.faithfleur.my | www.facebook.com/faithfleurhq


Tampalan Berhaba

untuk Leher dan Bahu

Ammeltz Yoko Yoko Air-Activated Heat Patch

(NECK & SHOULDER PAIN)

Kerana Kehidupan Perlu Dinikmati Tanpa Kesakitan

Sakit leher dan bahu sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan moden, disebabkan kekerapan kegunaan

komputer dan sebagainya. Asyik berada dalam posisi yang sama untuk jangkamasa yang lama mampu

menyebabkan ketegangan otot di leher dan bahu. Tampalan berhaba khas Ammeltz Yoko Yoko Air Activated

Heat Patch amat berguna untuk melegakan sakit-sakit leher dan bahu seperti ini. Ia dapat menghasilkan

haba terapeutik sehingga 40°C yang meredakan kesakitan, di mana kesannya didapati bertahan sehingga

8 jam. Setiap penampal dapat melitupi kawasan kulit berukuran 13cm x 9.5cm dengan sempurna. Berlainan

dengan krim analgesik, Ammeltz Yoko Yoko Air-Activated Heat Patch membantu memperbaiki aliran darah dan

seterusnya menurunkan simptom keletihan otot, ketegangan dan juga sakit otot. Tanpa haruman dan juga

selamat digunakan, ia menangani punca kesakitan daripada akar umbinya, tanpa pengunaan ubat. Ia juga

sesuai untuk kegunaan kerap dan mudah dibawa ke mana sahaja!

kobayashi-my.com


Minuman kaktus

untuk kesihatan

LifeGreen Cactus Powder + Oxxynea ®

Serbuk Kaktus – Minuman Kesihatan Generasi Terkini

Hasil-hasil kajian membuktikan bahawa “kaktus” adalah sejenis tumbuhan semula jadi yang menawarkan

pelbagai manfaat kesihatan, antaranya termasuk menguatkan sistem imun, menurunkan tekanan darah,

paras gula dan kolesterol dalam darah (penyakit 3 serangkai), dan sebagainya. Serbuk Kaktus LifeGreen

terkenal sebagai minuman kesihatan generasi terkini disebabkan ramuan utamanya yang terdiri daripada

serbuk kaktus berkualiti tinggi yang diimport dari Amerika Syarikat. Ia kaya dengan pelbagai jenis khasiat,

termasuk mineral surih, vitamin, protein dan mineral yang berkesan ketara untuk meningkatkan sistem

imun. Serbuk Kaktus LifeGreen berdasarkan formula berpaten Oxxynea ®, iaitu pati buah dan sayuran dari

Perancis yang dikenali di merata dunia. Kombinasi ekstrak pekat kaktus dengan campuran 22 jenis buah

beri dan sayur-sayuran ini bebas daripada bahan pengawet dan bahan berbahaya yang lain, dan oleh itu ia

sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan untuk pengambilan jangka masa panjang. Ia sesuai diambil

untuk semua peringkat umur, termasuk warga tua, wanita hamil dan pengamal diet vegetarian. Selain itu,

ia juga bermanfaat untuk mempercepatkan penyembuhan luka, menguatkan sistem imun, menghilangkan

kepanasan badan, menyahtoksin dan menguraikan kolesterol. Produk ini memperoleh pengiktirafan HACCP,

GMP dan MeSTI.

Lifegreeninternational.com | www.facebook.com/LifegreenMalaysia


Kesihatan

Diet Kalori Vs Diet

Intermittent Fasting.

Yang Mana Paling Cepat

KURUS?

Mula berdiet untuk

mengurangkan berat

badan mahupun ingin

meningkatkan tahap

kesihatan sememangnya

sesuatu yang wajar

tetapi agak susah pada

setiap sudut. Untuk

mengubah sesuatu gaya

hidup, cabaran yang

besar perlu dihadapi

terutamanya untuk

memulakan dan

meninggalkan tabiat

yang lama.

Natural Health * Disember 2019

5


Kesihatan

Tetapi, apa yang lebih mencabar ialah

untuk berterusan dalam mengamalkan

diet tersebut kerana tiada faedahnya

jika anda boleh mengurangkan berat

badan sebanyak 30 kg tetapi selepas

sebulan, anda dapati berat anda

bertambah 40 kg.

Walau bagaimanapun, anda tidak

akan dapat mencapai matlamat

anda jika anda tidak mencuba. Yang

penting, kena cuba turunkan berat

badan secara konsisten.

Langkah utama dalam berdiet adalah

pengetahuan mengenai nutrisi dan

keperluan badan anda. Anda perlu

tahu apa yang perlu ada dalam setiap

hidangan dan yang paling penting

adalah nisbah bagi setiap satu nutrisi.

Nisbah karbohidrat perlulah lebih

kurang dari fiber, protein dan lain-lain.

Untuk merasa diet adalah sesuatu

yang menyeronokkan, anda boleh

menyediakan hidangan dalam bentuk

yang digemari seperti memakan

buah-buahan bersama sos buahbuahan.

Dengan cara ini, anda merasa

seronok dan boleh memupuk rasa

gembira berdiet. Adalah perlu diingat

sentiasa bahawa nutrisi dan komposisi

bagi setiap orang adalah berbeza.

Diet bagi orang yang mempunyai

sistem metabolisma yang tinggi

adalah berbeza dengan orang yang

bermotabolisma rendah. Begitu juga

dengan jantina. Jika perlu, dapatkan

nasihat dari pakar nutrisi mengenai

pelan pemakanan sihat yang sesuai

untuk anda.

1

DIET KALORI

Diet rendah kalori sebenarnya

termasuk dalam kategori diet yang

cukup ketat, kerana anda perlu

mengetahui seberapa banyak

kalori harian yang anda perlukan

dan seberapa banyak kalori yang

masuk kedalam tubuh anda melalui

makanan yang telah dimakan. Diet

rendah kalori biasanya dilakukan

dengan cara menurunkan berat

badan yang dilakukan secara

bertahap. Lama-kelamaan tubuh

akan mulai membuat penyesuaian

dalam proses metabolisme.

Diet rendah kalori memerlukan disiplin

yang tinggi dan motivasi yang kuat.

Setidaknya anda perlu mengurangkan

kalori sebesar 250 hingga 500 kalori

setiap harinya. Selain itu, anda juga

perlu membuat penyesuaian terhadap

menu makanan harian – terutama

karbohidrat. Gantilah makanan anda

dengan syarat berikut; berserat tinggi

dan rendah kalori. Makanan berserat

bererti makanan yang memerlukann

waktu lama untuk diserap tubuh,

sehingga keperluan kalori dapat

diminimakan. Juga, rendah kalori guna

memaksimakan metabolisme tubuh.

Kadar Kalori Yang Sepatutnya

Secara puratanya, golongan wanita

memerlukan 2000 kalori sehari untuk

kekalkan berat badan dan 1500 kalori

untuk menurunkan satu paun setiap

minggu. Manakala, golongan lelaki

pula secara puratanya memerlukan

2500 kalori untuk kekalkan berat

badan dan 2000 untuk mengurangkan

sebanyak 1 paun setiap minggu.

Walaubagaimanapun, semua ini

bergantung kepada beberapa faktor

termasuklah usia, ketinggian, berat

badan semasa, tahap aktiviti yang

dilakukan, kesihatan metabolik

dan sebagainya.

Pengira Kalori yang Terbaik Secara

Atas Talian

Banyak laman web yang mana anda

boleh memasukkan makanan yang

anda makan untuk menyemak jumlah

kalori yang anda ambil. Semuanya

boleh didapati secara atas talian dan

juga terdapat juga aplikasi untuk

peranti iPhone/iPad dan Android.

Adalah disarankan untuk

menggunakan kalkulator ini sekurangkurangnya

beberapa hari sekali

untuk melihat berapa banyak kalori,

karbohidrat, protein, lemak, serat,

vitamin dan mineral yang sebenarnya

anda makan. Kebiasaannya apabila

melihat bilangan-bilangan ini akan

lebih membuka mata kita.

Tetapi perlu diingat pengiraan kalori

akan menyebabkan anda stress kerana

setiap kali nak makan anda kena

timbang dengan tepat. Jadi bagi saya

jalan mudah adalah fokus kepada

nutrisi makanan yang rendah kalori

tetapi besar khasiatnya seperti buahbuahan

serta sayuran.

Bagaimana Cara untuk

Mengurangkan Pengambilan

Kalori Tanpa Membuatkan Anda

Berasa Lapar?

Kalori merupakan satu bentuk ukuran

tenaga. Ia diketahui menjadi sebab

kepada pertambahan berat badan.

Namun, sekiranya banyak kalori

yang keluar daripada badan anda,

maka anda akan berupaya untuk

menurunkan berat badan anda.

Dikatakan bahawa hanya

mengurangkan kalori tanpa

mengetahui apa yang anda makan

sebenarnya bukanlah cara yang

berkesan untuk menurunkan berat

badan. Sungguhpun ia berkesan

bagi sesetengah orang, namun

kebanyakannya akan berakhir dengan

rasa lapar dan akhirnya menghentikan

diet mereka.

Perubahan yang kekal perlu bagi

membantu anda mengekalkan

pengurangan kalori anda untuk

tempoh masa yang lebih panjang

tanpa membuatkan anda rasa lapar.

Berikut merupakan 5 cara berdiet atau

perubahan gaya hidup yang dilihat

berupaya untuk membantu mereka

menurunkan berat badan melalui

beberapa kajian.

6 Natural Health * Disember 2019


Kesihatan

2

Diet Intermittent Fasting

Jika Atkins, Detoks, Paleo, Vegan

ataupun Low-Carb diet tidak berkesan

buat tubuh kamu, inilah masanya untuk

kamu mencuba diet terbaru yang

semakin popular - Intermittent Fasting!

Kunci utama untuk menurunkan berat

badan adalah 70 peratus datang

daripada diet dan 30 peratus lagi

daripada bersenam. Diet Intermittent

Fasting ini melakukan kaedah yang

serupa seperti berpuasa di bulan

Ramadan, cuma kamu dibenarkan

minum dan memilih waktu terbaik untuk

berpuasa. Kedengaran mudah, kan?

Kelebihan Intermittent Fasting (If)

Diet ini terbukti berkesan kepada

hampir kebanyakan individu yang

telah mencubanya. Ia dikatakan

melatih tubuh untuk menerima

makanan dalam masa tertentu dan

merehatkan sistem pencernaan.

Sama seperti berpuasa, ia diibaratkan

membersihkan dalaman tubuh dan

memperbaiki sistem penghadaman.

Jika dilakukan dengan displin, kamu

boleh turun berat badan sehingga

lima hingga tujuh kilogram dalam

masa dua minggu. Diet IF juga lebih

berkesan daripada diet mengira

kalori kerana kamu lebih mudah

tertekan dengan mengira kalori yang

kadangkala tidak tepat pengiraannya.

Diet ini juga dilaporkan boleh

mengurangkan risiko penyakit seperti

darah tinggi dan diabetis.

Diet lain menyebabkan kulit kamu

menggelebeh selepas kehilangan

lemak, sebaliknya diet IF membakar

kalori dengan cepat serta

meningkatkan metabolisme.

Bagaimana Melakukan Intermittent

Fasting?

Diet IF menggunakan konsep 8/16, di

mana anda dibenarkan makan (apa saja)

dalam masa lapan jam dan berpuasa

dalam masa 16 jam sehari. Sekiranya

anda gemar mengambil sarapan,

mulakan diet IF seawal jam 9 pagi dan

berhenti makan jam 5 petang. Selepas

itu anda tidak dibenarkan makan kecuali

minum sebarang air tanpa gula. Anda

digalakkan minum air kosong 2-3 liter

sehari seperti biasa dan jika mahu

minuman lain seperti teh atau kopi,

jangan ambil bersama gula dan susu.

Jika anda gemar makan malam,anda

boleh mencuba makan bermula waktu

tengahari sekitar jam 12 PM dan

berhenti makan sebelum jam 8 PM.

Kitaran ini perlulah konsisten dilakukan

selama dua minggu pertama sehingga

tubuh kamu mula selesa dengan

kaedah ini.

Dalam tempoh 16 jam tanpa makan

itu, anda perlu melatih minda untuk

menjalani hari seperti biasa kerana

anda mungkin sedikit letih di awal

permulaan diet. Diet IF tidak memaksa

individu untuk bersenam dengan

kerap namun jika anda memilih

untuk bersenam ia adalah satu bonus

dan mempercepatkan lagi proses

penurunan berat badan.

Beberapa pengamal diet ini

menyarankan kamu bersenam sebelum

anda mula untuk makan dan bukannya

ketika waktu anda berpuasa. Anda juga

disarankan makan makanan seimbang

seperti serat, sayuran dan buahan,

kabohidrat dan protein. Gula memang

diperlukan tubuh untuk sumber tenaga,

jadi anda boleh mengambil gula

semula jadi daripada buah-buahan.

Makan dalam kuantiti sederhana

namun kerap, setiap dua jam dalam

tempoh lapan jam.

Bagaimana?

Adakah anda sudah faham

apakah diet rendah kalori dan diet

Intermitten fasting?

Buatlah pilihan yang tepat dan jenis

diet yang bersesuaian untuk ketahanan

badan kita. Apapun jangan sesekali

menyeksa diri sendiri. Diet bukanlah

beerti tidak perlu makan langsung,

tetapi ubah cara pemakanan dan

pilihan makanan yang lebih sihat.

Natural Health * Disember 2019

7


Kesihatan

Kerap Alami

Sembelit?

Ini dia 5

makanan yang

melancarkan

sistem

penghadaman

Menyayangi dan menjaga kesihatan sistem

penghadaman penting bagi mengelak masalah

pencernaan selain mengukuhkan sistem imun badan.

12 Natural Health * Disember 2019


Kesihatan

Pernahkah anda mengalami

gangguan emosi atau mudah marah

dengan orang lain kerana lapar atau

mengalami cirit-birit yang disebabkan

oleh tekanan.

Semua ini adalah petanda sistem

pencernaan manusia mampu

mempengaruhi kesihatan fizikal

dan emosi.

Selain memainkan dua peranan

utama iaitu membantu penyerapan

nutrien makanan serta menyingkirkan

agen memudaratkan iaitu toksin,

alergen dan mikroorganisma

bahaya, pencernaan yang sihat turut

mempengaruhi emosi, sistem imun

dan kesihatan secara keseluruhannya.

Sistem penghadaman, yang juga

digelar 'otak kedua' oleh pakar

perubatan, mempunyai sistem saraf

berautonomi, iaitu sistem saraf

enterik yang memiliki lebih banyak

neurotransmitter berbanding otak.

Neurotransmiter sistem penghadaman

menghasilkan 95 peratus serotonin,

iaitu hormon yang mempengaruhi

emosi dan digunakan juga dalam

proses penghadaman.

Sayangi usus hindari

penyakit kronik

Saluran gastrousus adalah keajaiban

fisiologi secara sendirinya dan

memainkan peranan penting

melindungi sistem imun kita. Saluran

GI menghasilkan lebih 100 trilion sel

mikrob, termasuk bakteria sistem

penghadaman yang kebanyakannya

menghuni dalam usus besar atau kolon.

Kajian pakar penyelidik dari Harvard

School of Public Health di Amerika

Syarikat mendapati bakteria dalam

sistem penghadaman menghasilkan

bahan kimia yang membenarkan sel

imun dalam kolon berkembang dan

berfungsi dengan cekap.

National Health Services di United

Kingdom pula menganggarkan, 40

peratus daripada semua orang pernah

mengalami sekurang-kurangnya

satu masalah gastrousus, sama ada

cirit- birit, sembelit atau kembung

perut. Kegagalan memantau kesihatan

sistem penghadaman bukan sahaja

menyebabkan ketidakselesaan, bahkan

menjurus kepada penyakit kronik

hingga mengancam nyawa.

Antara lima penyebab

kematian

Kajian Kementerian Kesihatan

mendapati dalam tempoh sehingga

Disember 2013, penyakit berkaitan

sistem penghadaman antara lima

penyebab utama kematian di hospital

swasta dan awam Malaysia. Serangan

ini juga antara enam punca utama

pesakit dimasukkan ke hospital.

Mencegah lebih baik daripada

mengubati, daripada menunggu

sehingga terkena masalah kesihatan

sebelum mengambil tindakan, lebih

baik jika anda mengambil langkah

aktif mempertingkatkan kesihatan

sistem penghadaman.

Selain mengurangkan risiko masalah

penghadaman pada masa akan

datang, sistem penghadaman sihat

penting bagi membolehkan seseorang

menikmati hidup dengan sempurna.

Tubuh kita dapat mmproses bahan

toksik seperti alkohol dan dadah

kepada produk hasilan yang selamat,

dan juga menghalang karsinogen

berbahaya daripada diserap ke

dalam aliran darah. "Organ-organ

detoks" yang terbina dalam badan

manusia seperti hati, usus dan buah

pinggang, ini menunjukkan bahawa

badan kita sememangnya lengkap

untuk menghapuskan toksin. Oleh itu,

organ-organ ini mesti dijaga untuk

berfungsi secara optimum.

Bagi menyokong bekalan glutathione

dalam hati, peptida antioksidan

semula jadi yang penting untuk

fungsi imun badan dan mengawal

keradangan, makan lebih banyak

makanan yang kaya dengan sulfur

seperti bawang putih, brokoli, kubis,

bawang dan kubis bunga.

Banyakkan bersenam

Buah pinggang memainkan peranan

penting bagi menapis darah dan

membuang bahan toksik, sisa buangan

dan air berlebihan dalam badan.

Untuk buah pinggang berfungsi

dengan baik, pastikan anda kekal

terhidrat. Elakkan makanan tinggi

kandungan garam, gula dan lemak.

Tekanan darah tinggi adalah antara

punca utama penyakit buah pinggang.

Justeru penting membuat pemeriksaan

tekanan darah secara kerap dan

elakkan meminum terlalu banyak

alkohol dan hentikan amalan merokok.

Banyakkan bersenam bagi

mengurangkan tekanan darah tinggi

dan pada masa sama, mengekalkan

berat badan yang sihat.

Jangan ketepikan kepentingan sayur

dan buah-buahan kerana kajian

membuktikan sajian berserat tinggi

mengurangkan risiko kanser kolon,

kencing manis jenis 2, sakit jantung

dan strok.

Amalan ini juga melancarkan proses

penghadaman dan mencegah

sembelit. Serat menstabilkan

tahap glukosa darah kerana ia

memperlahankan penyerapan glukosa

dalam usus kecil.

Serat juga mengurangkan risiko

serangan sakit jantung. Sumber serat

termasuk oat, gandum, kacangkacangan,

biji-bijian, kacang dal,

sayur-sayuran dan buah-buahan.

Natural Health * Disember 2019

13


Kesihatan

Probiotik mempromosikan

pemulihan sistem

penghadaman

Sistem penghadaman adalah sarang

kepada 100 trilion bakteria, secara

kolektif dikenali sebagai microbiome.

Mengekalkan keseimbangan bakteria

baik dalam sistem penghadaman

penting bagi kesihatan pencernaan.

Kita boleh meningkatkan jumlah

bakteria baik dengan mengambil

probiotik yang didapati dalam

minuman susu berkultur dan makanan

yang difermentasi.

Sembelit sudah menjadi kebiasaan

ketika membesar. Kurang kekerapan

2. MINYAK ZAITUN

Anda boleh beri satu sudu minyak

zaitun bersama satu sudu jus

lemon kepada anak anda di waktu

pagi untuk melancarkan sistem

penghadaman mereka. Pastikan

diambil ketika perut masih kosong

untuk melegakan ketidakselesaan

akibat sembelit.

4. YOGURT

Yogurt mempunyai kegunaan yang pelbagai

dalam kehidupan kita. Salah satu kegunaan

yogurt yang orang terlepas pandang adalah

merawat sembelit. Dengan adanya

pemgambilan yogurt setiap hari, ia membantu

untuk menyebarkan bakteria yang baik dalam

perut anak- anak supaya sentiasa mudah untuk

mereka buang air besar dan melancarkan

sistem penghadaman.

ke tandas dan suka menahan diri dari

membuang air besar adalah faktor

kepada masalah sembelit. Apa yang

merunsingkan adalah, bagaimana

kita perlu merawat usus apabila

berhadapan dengan situasi ini?

Sebelum berjumpa dengan pakar,

apa kata anda cuba dahulu rawatan

secara semulajadi di rumah untuk

mengurangkan masalah sembelit

yang teruk.

Tak tahu apa nak buat? Mari kita

tengok cara-cara mudah yang boleh

anda buat sendiri di rumah untuk

merawat sembelit.

1. AIR

Dehidrasi adalah punca utama kepada

masalah sembelit anak-anak. Pastikan

anak-anak minum air sekurangkurangnya

satu hingga 1.5 liter air

sehari. Ini dapat membantu anak-anak

menghindari masalah susah untuk

buang air besar. Anda juga boleh cuba

letakkan hirisan buah lemon dalam satu

gelas air suam jika anak-anak

mengalami masalah sembelit.

3. ALOE VERA

Aloe vera atau lidah buaya sangat

terkenal dalam tips kecantikkan.

Tetapi, tahukah anda bahawa aloe

vera juga adalah salah satu ubat

untuk merawat sembelit? Hanya

ambil dua sudu penuh aloe vera dan

dicampur bersama segelas air suam

adalah cara paling efektif untuk

merawat sembelit.

5. BUAH-BUAHAN

Pisang: Kaya dengan serat dan

pektin yang membantu untuk

mengurangkan sembelit.

Mengambil dua biji pisang sehari

boleh membantu melembutkan

najis. Kandungan pektin di dalam

pisang membantu pergerakan

yang lancar dalam usus yang

membantu perut untuk

menyingkirkan bahan buangan.

Prun: Buah prun adalah penawar

klasik untuk sembelit dan

kemanisan buah prun serta tekstur

menjadikan ia kegemaran dalam

kalangan kanak-kanak. Prun

mempunyai kandungan serat yang

tinggi dan juga dapat membantu

melembutkan najis. Namun, perlu

diawasi jika anak- anak terlebih

makan buah prun kerana khuatir

akan sakit perut.

Epal: Ternyata buah epal juga

adalah salah satu cara untuk

menyembuhkan sembelit. Rasa

yang enak dan tekstur yang

rangup sudah semestinya menjadi

kegemaran anak-anak.

Mempunyai kandungan serat

yang tinggi juga adalah sebab

kenapa buah epal dapat

mengurangkan sembelit dalam

kalangan anak-anak.

Oren: Selain dari kaya dengan

Vitamin C untuk kulit dan

kesihatan dalam anak, buah oren

juga antara agen ‘julap semulajadi’

yang dapat membantu

mengurangkan sembelit

14 Natural Health * Disember 2019


Kesihatan

Langkah-Langkah

Ke Arah

Gaya Hidup Sihat

Tahukah anda, kekangan masa menjadi halangan

terbesar seseorang daripada menjalani gaya hidup yang

sihat? Memiliki jadual harian yang terlalu padat

menyebabkan seseorang alpa untuk menjaga tubuh

mereka dari segi mental mahupun fizikal. Meskipun

sesetengahnya mempunyai kesedaran tentang

kepentingan gaya hidup sihat, akan tetapi sukar bagi

mereka untuk mengubah gaya hidup mereka.

Akibatnya, satu perempat daripada rakyat Malaysia

terdiri daripada mereka yang obes disebabkan gaya

hidup yang tidak menentu.

Natural Health * Disember 2019

5


Kesihatan

jangkitan kuman. Perhatikan

sekeliling anda jika terdapat sebarang

takungan air di celah-celah pasu atau

bumbung rumah. Takungan air ini

boleh menjadi tempat pembiakan

pelbagai jenis nyamuk yang boleh

membawa penyakit seperti demam

denggi dan malaria. Kerjasama

daripada setiap ahli keluarga amat

penting bagi memastikan persekitaran

rumah sentiasa bersih serta terhindar

daripada sebarang wabak penyakit.

Memiliki gaya hidup yang sihat

memerlukan disiplin serta keazaman

yang tinggi. Kesedaran tentang

kepentingan menjaga tubuh badan

sahaja tidak mencukupi. Ianya

haruslah disertai dengan tindakan

susulan. Oleh itu, apakah langkah

yang tepat untuk memiliki gaya hidup

yang sihat?

Minum air kosong

secukupnya

Walaupun kelihatan kosong tanpa

sebarang warna dan rasa, air kosong

merupakan minuman terbaik untuk

tubuh anda. Air kosong yang tidak

bergula ini tidak mengandungi

kalori mahupun lemak. Oleh itu, jika

anda sedang berdiet, menggantikan

minuman bergula dengan air kosong

merupakan satu tindakan yang bijak.

Selain tidak mempunyai kandungan

yang memudaratkan,

air kosong juga boleh

membantu meningkatkan

kadar metabolisma badan

bagi mempermudahkan

proses pembakaran lemak

dalam badan. Selain itu,

air kosong juga mampu

membantu melancarkan

proses pencernaan dan

mengurangkan risiko sembelit.

Usus besar yang kekurangan

air kosong akan mula

menyerap cecair daripada kotoran

lalu menyebabkan sembelit. Namun

begitu, pengambilan air yang terlalu

banyak juga boleh memudaratkan

kesihatan. Hal ini terjadi apabila

air kosong yang terlalu banyak

akan mengurangkan kadar sodium

dalam darah lalu menyebabkan

ketidakseimbangan air dalam otak.

Oleh itu, pastikan anda minum air

secukupnya sekurang-kurangnya 2

liter sehari dan tidak melakukannya

dengan berlebihan demi kebaikan

tubuh anda.

Persekitaran yang bersih

Berada dalam persekitaran yang

kemas dan bersih pasti dapat

mendatangkan ketenangan di hati.

Mengutamakan kebersihan pada

tempat tinggal dapat mengelakkan

wabak serta pelbagai jenis virus

daripada singgah ke

kediaman anda lebihlebih

lagi jika anda

mempunyai anak

kecil yang memerlukan

penjagaan yang lebih rapi.

Pemakaian pembersih

baju serta lantai jenis anti

bakteria mampu membunuh

serta menghindari bakteria

daripada membiak. Pastikan

permainan anak anda sentiasa

dibersihkan bagi mengelakkan

Pemeriksaan kesihatan

berkala

Kesedaran tentang kepentingan

menjalani pemeriksaan kesihatan

secara berkala masih lagi nipis

dalam masyarakat kita. Kebanyakan

daripada kita hanya akan melakukan

pemeriksaan apabila sudah didatangi

penyakit dan kadangkala, ianya

sudah terlambat untuk sebarang

rawatan susulan. Tahukah anda,

simptom-simptom penyakit berbahaya

sebenarnya boleh dikesan dengan

lebih awal sebelum ianya merebak?

Sekiranya penyakit yang boleh meragut

nyawa seperti kanser dikesan dengan

lebih awal, langkah pencegahan serta

rawatan susulan boleh diambil bagi

mengelakkannya daripada menjadi

lebih parah sehingga boleh meragut

nyawa. Pemeriksaan kesihatan secara

berkala ini boleh dijalani di klinik

kesihatan kerajaan mahupun swasta.

Anda boleh sentiasa mendapatkan

nasihat serta pandangan daripada

doktor mengenai status kesihatan anda

sebelum terlambat.

Diet yang seimbang

Tubuh badan kita mendapat nutrisi

daripada makanan yang diambil.

Pengambilan makanan yang salah

boleh memudaratkan kesihatan serta

mengundang pelbagai jenis penyakit.

Amalan pemakanan seimbang bukan

sahaja dapat mencegah penyakit,

bahkan akan menjadikan tubuh kita

lebih sihat dan bertenaga. Jika anda

ingin mengubah gaya pemakanan,

anda harus merancang jadual

diet anda terlebih dahulu. Tanpa

rancangan yang rapi, anda mungkin

akan terlepas pandang beberapa

nutrisi yang diperlukan oleh tubuh

anda. Jangan lupa untuk catatkan

6 Natural Health * Disember 2019


Kesihatan

jenis makanan, bila makanan diambil

serta apa yang anda rasai setiap kali

selepas makan. Ini dapat membantu

anda mengenalpasti perjalanan diet

anda. Anda juga harus perbanyakkan

pengambilan buah-buahan, sayursayuran,

makanan tanpa lemak, bijiran

serta tenusu tanpa lemak.

Tangani tekanan

Setiap daripada kita pasti mempunyai

masalah serta tekanan tersendiri

dalam menjalani kehidupan.

Terdapat pelbagai punca yang boleh

menyebabkan tekanan termasuklah

masalah keluarga, kewangan, tempat

kerja dan sebagainya. Namun begitu,

jika tekanan tidak dapat diatasi dengan

betul, ianya akan memacu kepada

masalah yang lebih buruk seperti

gangguan emosi. Tekanan juga boleh

mengundang pelbagai jenis penyakit

seperti penyakit jantung sehingga

seseorang perlu mendapatkan rawatan

daripada pakar. Jika anda sedang

menghadapi tekanan, jangan malu

untuk meluahkannya kepada pasangan

atau rakan karib.

Meskipun kadangkala mereka tidak

mampu menyelesaikan masalah

yang anda hadapi, tetapi sekurangkurangnya

anda akan berasa sedikit

lega apabila sudah meluahkan segalagalanya.

Jangan pendam masalah

anda seorang diri kerana ini akan

membuatkan anda bertambah stress.

Anda juga boleh mencuba untuk

meluangkan lebih masa bersama

keluarga atau rakan-rakan. Ambil cuti

tahunan anda dan pergilah bercuti bagi

merehatkan minda jauh daripada hirukpiruk

kota. Melalui cara ini, anda akan

berasa lega dan lebih bersemangat

bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Tinggalkan rokok serta

minuman keras

Tidak ada kebaikan yang anda akan

perolehi daripada merokok serta

pengambilan minuman beralkohol.

Kedua-dua tabiat buruk ini hanya akan

menyebabkan anda ketagihan serta

mengundang pelbagai penyakit seperti

kanser, jantung dan sebagainya lebihlebih

lagi kepada wanita mengandung.

Ketagihan kedua-dua bahan ini bukan

hanya akan memberi kesan kepada

pengamalnya, tetapi juga kepada orang

sekeliling. Asap yang dihembuskan oleh

perokok akan memberi kesan kesihatan

yang lebih buruk kepada orang

sekeliling yang menghidunya. Apatah

lagi jika asap itu dihidu oleh kanakkanak

yang mempunyai antibodi yang

lemah. Penyakit seperti asma dan batuk

berterusan akan mudah menghinggapi

mereka. Ketagihan alkohol pula akan

mengubah tingkah laku seseorang.

Penagih alkohol akan menjadi seorang

yang pemarah serta tidak mampu

memberi tumpuan sepenuhnya kepada

kerjaya serta keluarga. Akibatnya,

hubungan kekeluargaan akan menjadi

porak-peranda selain kerjayanya

turut musnah.

Bersukan untuk kesihatan

Bersukan adalah satu aktiviti riadah

bagi mengeluarkan peluh. Terdapat

pelbagai jenis sukan yang boleh

diamalkan seperti berjoging, bermain

basikal, tenis dan sebagainya. Aktivitiaktiviti

ini boleh dilakukan secara

berseorangan mahupun bersama

ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kerajaan juga turut menggalakkan

rakyat Malaysia supaya menjadikan

aktiviti bersukan sebagai rutin dalam

kehidupan dan demi menyahut saranan

ini, kerajaan telahpun tetapkan hari

Sabtu minggu kedua pada bulan

Oktober setiap tahun sebagai hari

sukan negara. Bersukan bukan sahaja

dapat menyihatkan badan dan

menghindari daripada pelbagai jenis

penyakit, tetapi, ianya juga boleh

merapatkan hubungan kekeluargaan

serta boleh menjadi medium bagi

menambah kenalan. Aktiviti sosial

yang sihat ini dapat membantu

seseorang melegakan tekanan apabila

mula berinteraksi dengan orang

sekeliling. Oleh itu, bersukan bukan

hanya menyihatkan tubuh, bahkan

menyihatkan mental anda.

Manfaatkan kaedah

aromaterapi

Bila disebut sahaja tentang

aromaterapi, pasti anda akan terus

terbayang akan perkara yang

Natural Health * Disember 2019

7


Kesihatan

menenangkan.

Aromaterapi adalah

satu kaedah terapi

yang menggunakan

haruman semula

jadi sebagai asas

rawatan. Haruman

itu terdiri daripada

pati yang diperbuat

daripada bahan semula jadi

iaitu bunga atau tumbuh-tumbuhan

yang boleh memperbaiki mood anda

serta membangkitkan semangat.

Hidung manusia mampu menangkap

bermacam-macam jenis bauan

dan bauan ini akan mempengaruhi

bahagian otak yang merangsang mood

seseorang. Beginilah cara aromaterapi

bertindak. Bauan yang menenangkan

daripada tumbuhan serta bungaan

itu akan merangsang otak manusia

untuk lebih relaks dan tenang. Ianya

dapat membantu meringankan tekanan

serta bertindak sebagai penghapus

depresi. Selain itu, kaedah aromaterapi

juga boleh mengembalikan semula

semangat yang hilang akibat penat

dengan aktiviti seharian, dengan cara

melancarkan peredaran darah dalam

badan dan merangsang tubuh untuk

lebih bertenaga.

Dapatkan tidur yang

berkualiti

Tidur merupakan aktiviti wajib

dalam kitaran hidup. Badan manusia

memerlukan rehat yang mencukupi

setelah seharian berhempas pulas

demi memenuhi jadual yang padat.

Namun begitu, setiap manusia bukan

hanya perlu sekadar tidur sahaja, tetapi

mereka haruslah mendapatkan tidur

yang berkualiti. Tidur yang berkualiti

ini bermaksud mendapatkan tidur yang

cukup selama 7 hingga 8 jam di waktu

malam tanpa sebarang gangguan.

Akan tetapi, disebabkan jadual harian

yang padat, sesetengah daripada kita

agak sukar untuk mendapatkan tidur

yang berkualiti. Seseorang yang tidur

kurang daripada 6 hingga 7 jam sehari

cenderung untuk mendapat pelbagai

penyakit. Oleh itu, latih diri anda

untuk tidur dan bangun tepat pada

waktunya setiap hari. Lama-kelamaan,

tubuh anda akan terbiasa dengan rutin

tersebut dan untuk mendapatkan tidur

yang berkualiti bukanlah satu masalah

lagi. Anda juga boleh mengamalkan

mandian air panas sebelum

tidur. Mandian air panas akan

meningkatkan suhu badan anda

semasa mandi, namun, sebaik

sahaja anda selesai mandi, suhu

badan anda akan turun dan ini

membantu memudahkan anda

tidur. Selain itu, pengambilan teh

serta susu sebelum tidur juga boleh

membantu anda setiap malam.

Elakkan makan di kedai

Bagi mereka yang bekerjaya, pastinya

makan di kedai lebih mudah dan

cepat berbanding jika memasak

sendiri di rumah. Akan tetapi,

tahukah anda apakah kandungan

yang terdapat dalam makanan anda?

Untuk melazatkan makanan mereka,

tukang masak di restoran

akan menggunakan

serbuk perasa yang

mengandungi

monosodium glutamate

(MSG) yang sangat

berbahaya untuk kesihatan. Selain itu

juga, penggunaan minyak menggoreng

secara berulang-ulang seperti yang

dilakukan oleh kebanyakan restoran

juga boleh meningkatkan kolestrol

dalam darah. Jadi, cara terbaik adalah

dengan memasak sendiri di rumah.

Melalui cara ini, anda dapat mengawal

kandungan lemak, gula dan garam

dalam masakan anda. Anda juga boleh

menggantikan bahan masakan anda

dengan bahan yang lebih berkhasiat

seperti susu rendah lemak, sayursayuran

segar, herba dan puri. Sentiasa

pastikan peti ais anda dipenuhi dengan

bahan-bahan yang berkhasiat lebihlebih

lagi buah-buahan dan sayursayuran.

Melalui cara ini, anda akan

terus terlatih untuk menyediakan

makanan yang berkhasiat demi tubuh

yang sihat.

Perbaiki hubungan sosial

anda

Periksa kembali hubungan sosial

anda bersama keluarga serta rakanrakan.

Bilakah kali terakhir anda

meluangkan masa bersama mereka?

Kadangkala, dek kerana kesibukan

jadual harian, anda terlupa daripada

meluangkan sedikit masa bersama

orang tersayang sedangkan merekalah

yang menjadi pemangkin semangat

anda. Meluangkan masa berkualiti

bersama orang tersayang pastinya akan

diselangi dengan gelak ketawa dan

disertai dengan pelbagai jenis hiburan.

Tutup semua gajet anda dan berikan

tumpuan sepenuhnya kepada mereka.

Jika masih belum berkemampuan untuk

membawa mereka bercuti, tidak salah

jika hanya bersiar-siar sambil berkelah di

taman mahupun tepi pantai. Tidak kisah

di mana pun anda membawa mereka,

apa yang penting, masa berkualiti

dapat diluangkan bersama-sama. Selain

daripada dapat mengekalkan hubungan

yang baik, aktiviti ini juga dapat

membantu anda melegakan beban

tekanan yang dihadapi.

Konklusinya, memilih untuk menjalani

kehidupan yang sihat bukan sahaja

memberi kebaikan kepada tubuh anda,

bahkan, ianya juga bakal memberi

impak yang positif kepada orang

sekeliling. Pelbagai jenis penyakit

dan masalah dapat anda hindari jika

anda memilih untuk mengamalkan

kehidupan yang sihat. Lebih-lebih

lagi jika anda mampu mengajak ahli

keluarga serta rakan-rakan anda untuk

turut serta. Keluarga yang bahagia

bermula daripada tubuh yang sihat.

Oleh itu, sentiasa berikan galakan

kepada orang sekeliling anda untuk

berubah ke arah yang lebih baik.

8 Natural Health * Disember 2019


CERGAS & Stamina

Wajah adalah mencerminkan diri

anda. Jika wajah anda kelihatan

bersih dan berseri, ianya dapat

menunjukkan daya keterampilan

diri yang sempurna. Ianya

adalah anugerah tuhan yang

tidak ternilai, jadi kita perlulah

menjaganya dengan baik.

4

Setiap wanita inginkan

tubuh badan yang menarik

dan langsing, tapi

masalahnya kebanyakan

kita malas nak bersenam.

Namun ramai wanita tak

tahu sebenarnya ada satu

jenis senaman mudah

yang boleh lakukan untuk

miliki tubuh badan ideal

seperti ini. Jika anda

sedang berusaha untuk

kurus dan menurunkan

berat badan, pastinya

anda tertanya- tanya, jenis

senaman yang mana akan

membuatkan anda kurus

dengan cepat.

Senaman Untuk

Cepat KURUS!

Ramai sangka yang

senaman terbaik untuk

kurus adalah berjogging,

bukan? Itu adalah

tanggapan yang kurang

tepat. Senaman terbaik

bukanlah berjogging yang

anda kerap lakukan itu,

tetapi kami tak kata ia

tidak bagus.

Kalau kita persoal tentang

yang mana lebih berkesan,

ada lagi jenis senaman lain

yang jauh lebih baik

daripada berjogging.

Menggunakan konsep

intensiti, senaman terbaik

untuk bakar lemak adalah

apa-apa senaman

berintensiti tinggi.

Berjogging dikira intensiti

rendah- sederhana.

Senaman berintensiti tinggi

adalah jenis senaman yang

akan buat anda

termengah-mengah

meskipun baru mula

bersenam. Contohnya

seperti berenang, berlari,

mengayuh basikal naik

bukit, dan senamansenaman

bodyweight

seperti rutin Freeletics

serta macam-macam lagi!

Pernah rasa

jantung

berdegup laju

lepas naik

tangga yang

tinggi? Bukan

itu sahaja,

kaki pun rasa

terbakar. Itu

adalah

senaman

berintensiti

tinggi, dan itu

yang terbaik

untuk

membakar

lemak! Ya,

turun naik

tangga lebih

baik daripada

berjogging,

sebenarnya.

Natural Health * Disember 2019

9


CERGAS & Stamina

Kenapa senaman

begini lebih baik

untuk membakar

lemak berbanding

senaman rendah

intensiti?

Satunya, ia membakar

kalori lebih banyak.

Sewaktu anda lakukan

senaman berintensiti

rendah, anda memang

akan bakar banyak kalori

semasa bersenam

berbanding yang

berintensiti tinggi. Tetapi,

isinya adalah pada

kebolehan senaman

berintensiti tinggi untuk

bakar jauh lebih banyak

kalori selepas anda habis

bersenam selama 72 jam!

Maksudnya, walaupun anda

dah habis bersenam

dengan senaman

berintensiti tinggi, anda

masih membakar kalori

meskipun anda sedang

baring-baring di rumah. Ini

dipanggil afterburn effect.

Senaman berintensiti

rendah juga ada, tetapi tak

sehebat kesan daripada

senaman intensiti tinggi.

Untuk mengetahui tahap

intensiti terbaik, kita

gunakan skala RPE, iaitu

rate of perceived exertion.

Tahap intensiti terbaik untuk

bakar lemak adalah apabila

rehat seketika daripada

bersenam, anda berasa

susah untuk bercakap

sepatah-dua perkataan

kerana keletihan. Nah,

apabila anda capai tahap

itu setiap set, itulah intensiti

yang kita cari.

Jika anda rajin bersenam

kardio, kami jamin anda

akan cepat kurus. Jom kami

kongsikan jenis-jenis

senaman kardio untuk

kurus dalam masa singkat

yang boleh anda amalkan.

Apakah yang

dimaksudkan

dengan senaman

kardio?

Perkataan kardio adalah

singkatan daripada

kardiovaskular yang

bermaksud jantung. Oleh

itu, senaman kardio merujuk

kepada aktiviti senaman

yang melibatkan jantung

dan membuatkan jantung

anda berdegup dengan laju.

Untuk memudahkan anda

faham, senaman kardio

adalah apa sahaja jenis

senaman yang akan

menyebabkan jantung anda

berdegup dengan sangat laju.

Bagaimana

senaman kardio

membantu anda

cepat kurus?

Senaman kardio

memberikan kesan positif

kepada seluruh tubuh

badan anda terutamanya

jantung. Ini kerana

senaman kardio akan

membuatkan jantung anda

menjadi lebih kuat,

mengepam darah ke

seluruh badan dengan

lebih efisien, dan tidak

mudah mengah apabila

melakukan aktiviti yang

memerlukan tahap

kecergasan yang tinggi.

Apabila jantung anda

mengepam darah ke

seluruh badan dengan lebih

cekap, secara automatik

badan anda akan menjadi

lebih sihat kerana lebih

banyak oksigen akan

sampai ke seluruh tubuh

badan anda lalu

menggalakkan proses

pembakaran lemak supaya

anda cepat kurus.

Selain membantu

menguruskan badan

dengan cepat, senaman

kardio juga:

• Meningkatkan

metabolisma anda

• Mengurangkan stress

dan kemurungan

• Mencerdaskan otak

• Membantu tubuh

untuk mencerna glukos

dan insulin dengan

lebih efisyen

Apakah jenis

senaman kardio

yang ada?

Senaman kardio boleh

dibahagikan kepada dua

jenis iaitu:

• Senaman kardio

berimpak tinggi

Senaman kardio

berimpak tinggi adalah

aktiviti yang biasa anda

lakukan seperti

mengayuh basikal,

berlari, berjoging,

mendaki bukit,

mengangkat berat, dan

berzumba.

Apa sahaja aktiviti yang

membuatkan anda

berpeluh dengan banyak

dan jantung anda

berdegup kuat sehingga

rasa nak pecah dada,

itulah dia senaman kardio

berimpak tinggi. Kerana

ia memberikan kesan

yang besar kepada kadar

degupan jantung anda.

• Senaman kardio

berimpak rendah

Senaman kardio

berimpak rendah pula

merujuk kepada aktiviti

yang tidak memerlukan

tenaga yang kuat untuk

dilakukan. Ia adalah

jenis senaman yang

tidak menyebabkan

anda terlalu penat,

berpeluh dengan

banyak, dan tidak

menyebabkan jantung

anda berdegup dengan

laju seperti berjalan.

Ianya masih membakar

lemak dan menyihatkan

badan namun tidak

membuatkan jantung

anda berdegup

dengan laju.

10 Natural Health * Disember 2019


CERGAS & Stamina

APAKAH SENAMAN KARDIO YANG BOLEH ANDA

LAKUKAN UNTUK KURUS DALAM MASA 14 HARI?

Untuk kurus dengan cepat, kami cadangkan anda lakukan senaman kardio yang berikut:

1. Zumba

Berzumba merupakan senaman kardio yang paling in trend

pada masa ini. Ianya bukan sahaja membantu anda kurus

dengan cepat malas ia juga sangat menyeronokkan.

Anda pasti rasa terhibur mengikuti langkah-langkah

pergerakan yang diarahkan. Untuk berzumba, anda boleh

pilih sama ada mahu berzumba sendirian di rumah atau

untuk berzumba secara beramai-ramai. Jika anda jenis

yang sukakan privasi, bolehlah anda berzumba sendirian di

rumah sambil mengikuti mana-mana video zumba yang

ada di youtube.

2. Berbasikal

Selain berzumba, aktiviti berbasikal juga merupakan

senaman kardio yang sangat membantu anda untuk kurus

dengan cepat. Untuk aktiviti berbasikal, ada dua pilihan

untuk anda iaitu indoor atau outdoor.

Kalau anda jenis suka berbasikal di luar

sambil melihat keindahan alam dan

berjumpa dengan orang ramai, anda

boleh beli basikal dan keluar berbasikal

apabila ada kelapangan & cuaca yang

mengizinkan.

Kalau taknak boring, anda boleh ikut video yang berbeza

setiap hari. Kalau anda lebih suka untuk berzumba beramairamai,

anda boleh pilih sama ada nak menyertai kelas

zumba berbayar atau anda boleh pergi ke aktiviti zumba

percuma yang selalau diadakan pada hujung minggu.

Kami cadangkan anda berzumba beramai-ramai kerana

tenaganya sangat luar biasa dan akan berjangkit dengan

anda. Anda akan rasa sangat bersemangat dan takkan

rasa letih.

Sebagai bonus, sambil berzumba anda boleh dapat kawan

baru yang sama-sama tengah berusaha untuk

menguruskan badan.

Sebaliknya, kalau anda lebih

suka berbasikal di dalam rumah

tanpa perlu memakai pakaian

bersukan yang lengkap dengan

topi keselamatan, anda boleh

beli mesin senaman basikal.

Kelebihan berbasikal dengan

mesin senaman di rumah ialah

anda boleh bersenam pada

bila- bila masa walau pun

pada pukul 3 pagi. Anda juga

masih boleh bersenam walau

pun sedang hujan lebat di luar.

4. Berenang

Tahukah anda, aktiviti berenang dapat membakar banyak

kalori. Kalau anda ada akses ke kolam renang, kami

cadangkan anda supaya berenang sekerap yang mungkin.

Berenang bukan sahaja menghilangkan berat badan malah

mencantikkan tubuh badan anda. Siapa yang taknak, kan?

Itulah dia senaman kardio untuk kurus dalam 14 hari yang ingin

kami kongsikan. Nak kekal kurus dan langsing,? Jom bersenam!

3. Berjoging

Senaman kardio untuk kurus dalam masa singkat yang

seterusnya ialah berjoging. Berjoging merupakan aktiviti

senaman yang menjadi pilihan ramai.

Cadangan kami, anda laburkan sedikit duit untuk membeli

jam yang mempunyai fungsi mengesan jarak anda berjoging

dan berapa banyak kalori yang dah berjaya anda bakar.

Ianya akan membuatkan anda makin bersemangat untuk

berjoging. Atau anda juga boleh download applikasi di

handphone seperti:

• step Tracker – Walking For Weight Loss

• Walk Run Cycle Birmingham

• Rungging Distance Tracker

• Runtastic Running Apps & Fitness Tracker

• Running & Jogging

• Nike+ Run Club

Kalau anda lagi suka berjoging indoor, boleh juga beli mesin

treadmill. Seperti mesin bersenam basikal, anda boleh

berjoging di atas treadmill pada bila-bila masa tanpa

mengira apa pun cuaca di luar.

Natural Health * Disember 2019

11


GAYA HIDUP Sihat

NAK RAMPING?

INGIN KURUS?

Ikutilah Langkah-

Langkah Ini!

Metabolisma

Tubuh:

Fakta Penting

Untuk Diketahui

Jika metabolisme badan tinggi,

maka lagi cepatlah lemak-lemak

yang berkumpul di badan itu terbakar.

Jika kadar metabolisme badan anda

rendah, anda masih boleh

mengurangkan berat badan

cuma ianya mengambil masa

yang lebih sahaja.

Natural Health * Disember 2019

23


GAYA HIDUP Sihat

Perkara yang paling

sensitif apabila disentuh

oleh rakan-rakan

serta ahli keluarga

adalah mengenai berat

badan. Ianya satu

topik perbualan yang

paling tidak digemari

oleh sesiapa pun

dan jika boleh mahu

melarikan diri apabila

disoal mengenai hal

ini. Soal berat badan

boleh membuatkan si

pendengar berasa kecil

hati dan tersinggung.

Belum terlambat untuk anda lakukan

perubahan sihat pada tubuh badan

anda! Menurunkan berat badan

sebanyak 6-10 kilogram dalam masa

yang singkat bukanlah perkara yang

mustahil, asalkan anda tahu cara-cara

handak mencapainya dengan selamat

dan berkesan.Ingin mencuba? Jom!

Minum Segelas Air Suam

Dengan Lemon Setiap Pagi

Setiap pagi, amalkan minum air lemon

panas atau saum segelas. Caranya

mudah sahaja, anda hanya perlu

potong dua keping lemon dan

masukkan dalam air panas dan kacau

sebelum minum. Jika anda mahu rasa

yang lebih memikat, boleh tambahkan

daun pandan. Aroma serta daun

pandan amat menenangkan jiwa!

Amalkannya setiap pagi untuk

permulaan ynag sihat bagi hari anda.

Elakkan Nasi Buat Masa Ini

Ini adalah satu perkara yang amat

sukar sekali untuk diamalkan.

Sepanjang tempoh diet, jangan

sesekali mengambil nasi, terutamanya

nasi putih, yang tinggi kandungan

karbohidrat ringkas. Ianya sedikit

mencabar tetapi jika anda mahu

keputusan yang terbaik, anda perlu

tegas dengan langkah ini. Makanlah

lauk-pauk yang berkhasiat dan tidak

mengandungi terlalu banyak gula

sebagai penyedap. Biarlah

pengambilan karbohidrat anda

didatangkan dalam bentuk complex

carbohydrates, seperti kentang, ubi,

roti bijiran penuh, capati, sayur labu

dan sebagainya. Jika anda ingin juga

manjamah nasi, cubalah brown rice

ataupun bijiran quinoa, iaitu pengganti

nasi yang kian popular.

Gunakan Mangkuk Kecil

Sewaktu makan, gunakan pinggan

atau mangkuk yang kecil untuk

memberi ilusi pinggan yang penuh.

Pinggan atau mangkuk yang besar

memberi signal untuk anda penuhi

dengan makanan, dengan itu, jumlah

makanan yang dijamah pun dalam

kuantiti yang besar. Oleh itu, gunakan

mangkuk yang kecil dan isi dengan

sayur dan diselangi dengan sedikit

lauk-pauk.

24 Natural Health * Disember 2019


GAYA HIDUP Sihat

Makan Pada Masa-Masa

Tetap

Jangan sesekali ‘skip’ waktu makan.

Anda masih perlu makan tiga kali

sehari iaitu untuk sarapan pagi, tengah

hari serta makan malam. Makan

malam yang ideal adalah sebelum

pukul 7 malam. Banyakkan mengambil

sayur untuk penghadaman yang lebih

cepat dan juga untuk nutrisi yang lebih

tinggi. Cubalah sup sayur campur yang

ringkas tanpa minyak. Caranya,

renihkan beberapa jenis sayur (sawi,

kacang buncis dan lobak sebagai

contoh) dalam periuk berisi air

secukupnya. Tabahkan garam sedikit.

Dah siap! Ini adalah contoh makan

malam yang sedap, ringan dan ia

menyokong usaha anda untuk

menurunkan berat badan anda dalam

masa singkat.

Air Masak Jangan Dilupakan

Jangan lupa untuk mengamalkan air

masak setiap masa, dan sambil itu,

tinggalkan minuman lain seperti sirap,

soda, dal lain-lain. Dapatkan air masak

yang secukupnya untuk membantu

anda berasa kenyang, supaya tidak

terlebih makan.

Tahukah Anda?

Dah makan tetapi masih

lapar? Tahukah anda

bahawa tubuh kita

kadang-kadang

memberikan signal yang

rumit sedikit, di mana

badan anda inginkan air,

tetapi signalnya adalah

sensasi kelaparan pula.

Oleh itu, jika anda

telahpun makan namun

masih lagi lapar, cubalah

minum segelas atau dua

air kosong. Sensasi lapar

pasti hilang!

Tubuh anda memerlukan air yang

secukupnya supaya sentiasa terhidrat

dan beffungsi dengan lebih cekap.

Tubuh yang tidak mempunyai tahap

penghidratan yang baik akan berasa

letih, tidak bermaya dan juga tak

bertenaga. Amalkan juga memakan

buah-buahan kerana ia boleh

mengenyangkan malah berkhasiat dan

juga sedap.

Amalkan Gaya Hidup

Yang Sihat.

Setiap kali ada masa lapang, lakukan

senaman yang mudah dan ringkas.

Ikut ratio ini iaitu 80% diet dan 20%

bersenam. Jangan diet semata-mata

tanpa melakukan sebarang senaman ia

tidak sihat untuk tubuh badan anda.

Berjalan selama 30-45 minit sehari pun

dikira sebagai senaman. Jika anda

benar-benar ingin menurunkan badan,

selain berjalan setiap hari seperti

disyorkan di atas, ikutilah senamansenaman

kardio (boleh diikuti melalui

YouTube!) sebanyak 2-3 kali

semminggu.

Jauhi Makanan-

Makanan Berikut:

• Ayam goreng

• Minuman manis

• Gula-gula

• Kek, dan kuih

• Aiskrim

• Makanan yang

telah diproses

secara berlebihan

• Snek

berkabohidrat

tinggi

Natural Health * Disember 2019

25


GAYA HIDUP Sihat

Aaaargh!

Busuknya

Rumah

Saya!

Rumah kita adalah syurga kita. Sudah

tentunya kita tidak sengan hati

jika mendapati nahawa kediaman

kita mengeluarkan bau yang tidak

menyenangkan. Kebanyakan kali,

kebersihan rumah menjadi faktor

utama rumah berbau. Pengedaran

udara yang tidak baik juga menjadi

masalah dalam sesetengah rumah

sehingga menyebabkan bau yang

tidak menyenangkan di dalam

rumah. Bagaimanakah dapat anda

mengelakkannya? Ikutilah panduan ini.

Tiada Yang Remeh Pasal Kebersihan Rumah

Rumah yang kotor serta busuk akan menjadi punca penyakit kepada penghuni yang mendiami rumah

tersebut. Setiap sudut rumah, seeloknya, perlu bebas daripada sebarang kekotoran sama ada daripada

habuk, sampah, kesan tumpahan, kulat, sarang labah-labah dan sebagainya. Namun adakalanya kita

terlepas pandang terhadap perkara-perkara remeh yang menjadi penyebab terkumpulnya bau tidak enak

di dalam rumah.

12 Natural Health * Disember 2019


GAYA HIDUP Sihat

Untuk memastikan keadaan rumah anda tidak menjadi punca pelbagai bau busuk, anda perlu melakukan senarai semak dan

melaksanakan langkah-langkah penting seperti di bawah ini.

Pinggan-Mangkuk Kotor - Mengapa Bertimbun Dalam Sinki?

Mencuci periuk selepas memasak, atau pun pinggan-mangkuk selepas makan, sudah tentunya menjadi tugas yang

membosankan, bukan? Jika di luar negara kebanyakan rumah menggunakan mesin pencuci pinggan-mangkuk dipanggil

dishwasher. Tetapi di Malaysia,

kebanyakan keluarga melakukan

cucian tangan, yang hanya

memerlukan sabun pencuci

pinggan mangkuk, span dan juga

air untuk membilas.

Masalah dengan cucian tangan ialah

kita cenderung untuk membiarkan

timbunan pinggan-mangkuk dan

beka makanan berkumpul dalam

sinki selama berjam-jam (mungkin

juga berhari-hari!) tanpa dibasuh. Ini

adalah salah satu penyebab punca

kemunculan bau yang tidak

menyenangkan di sekitar rumah.

Sebaiknya, pingan mangkuk dicuci

sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam

sinki, dan tidak dibiarkan sahaja si

situ. Peringatan: Didapati bahawa

semakin lama anda membiarkan

bekas makan minum tidak dicuci,

anda akan menjadi semakin malas

untuk menguruskannya.

Udara Biar Berkitaran -

Hidupkan Kipas!

Asap yang terhasil daripada pelbagai jenis

masakan tidak boleh dibiarkan terperangkap

di dalam rumah. Jika dapur anda

mempunyai kemudahan kipas atau ekzos

dapur, anda boleh menyingkirkan asap dan

bau memasak yang tersebar secara terus

dengan menghidupkan ekzos dapur. Ianya

cara paling cepat dan mudah. Namun tidak

semua rumah mempunyai kemudahan ini.

Cara lain adalah dengan memastikan

tingkap-tingkap di rumah, terutama sekali di

dapur, sentiasa dibuka semasa dan selepas

memasak. Tingkap atau pintu yang terbuka

akan membenarkan pengaliran dan

pertukaran udara serta mengeluarkan asap

masakan yang terhasil dengan lebih cepat.

Tips: Setelah yakin kesemua asap

masakan telah keluar daripada rumah,

anda boleh juga gunakan penyembur

wangian udara untuk menyegarkan lagi

udara dalam rumah. Sembur di

keseluruhan ruang dapur dan ruang tamu

rumah anda.

Natural Health * Disember 2019

13


GAYA HIDUP Sihat

Rumah Berbau Kucing?

Tidak hairan jika anda memiliki haiwan peliharaan

kesayangan seperti kucing, arnab, burung dan sebagainya.

Begita comel dan manja haiwan-haiwan ini! Setiap haiwan

mempunyai baunya yang kadangkala tidak enak terutama

bila ia jarang dimandikan. Bau juga terhasil apabila haiwan

tersebut membuang najis , tidak kira sama ada bekas pasir

khas atau tandas rumah anda.

Bulu haiwan tang suka duduk atau bermain si sofa, katil dan

sebagainya juga menginggalka bau mereka di parabutperabut

tersebut. Adakalanya, bau sukar untuk dihilangkan.

Bagi rumah yang mempunyai haiwan peliharaan, anda

disarankan untuk meneutralkan bau tersebut dengan arang

aktif atau activated charcoal. Arang aktif berfungsi sebagai

penyerap bau udara busuk yang terhasil daripada haiwan

peliharaan dan juga lain-lain punca. Arang aktif ini lebih

selamat untuk digunakan untuk jangka waktu panjang

berbanding dengan semburan wangian ynag kuat.

Tiada Alasan Bagi Sampah Berbau!

Tidak ramai antara kita yang membuang sampah di rumah

setiap hari. Kebanyakan orang hanya membuang sampah

sekali dalam dua atau tiga hari sahaja, melainkan jika tong

sampah telah pun penuh.

Adakalanya, tanpa disedari, sampah akan mula berbau

busuk, terutama sekali jika terdapat sisa bahan mentah

seperti ikan, ayam, sayur, nasi dan sebagainya. Sisa-sisa

tersebut akan mula rosak atau basi, da setersnya

mengeluarkan bau busuk.

Untuk mengurangkan bau daripada tong sampah yang

belum cukup penuh, cuba gunakan hirisan buah sitrus

seperti limau atau lemon. Masukkan hirisan-hirisan lemon

atau limau ke dalam tong sampah, sebaik-baiknya sebelum

diisikan dengan sampah. Ia amat berkesan untuk

mengurangkan bau busuk daripada ting sampah.

Ada bayi, ada bau kencing? Tak semestinya!

Adakalanya air kencing bayi akan tertiris keluar daripada

lampin dan mengenai persekitaran rumah seperti karpet,

sofa dan katil. Bau air kencing bayi atau kanak-kanak ini tidak

boleh dihilangkan seratus peratus dengan penggunaan air

biasa atau air sabun. Sebaliknya, cuba gunakan cuka untuk

menghilangkan bau tersebut.

Caranya adalah dengan menyediakan botol penyembur.

Campurkan kira-kira ¼ bahagian cuka ke dalam botol yang

mengandungi ¾ bahagian air biasa. Goncang botol dan

semburkan pada bahagian yang terkena air kencing selepas

anda membersihkannya dengan sabun dan air. Cuka akan

menyerap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau dengan

lebih berkesan.

14 Natural Health * Disember 2019


GAYA HIDUP Sihat

Busuknya bau asap rokok - Tips

untuk menghilangkannya dengan

segera

Bau asap rokok menghasilkan bau yang kuat

sehingga boleh melekat pada dinding rumah,

kerusi sofa dan langsir.

Dengan peralatan moden seperti pembersih

udara, bau keras seperti asap rokok boleh

dihilangkan dengan mudah di seluruh rumah

anda. Salah satu fungsi terpenting alat

pembersih udara ialah keupayaan untuk

menghilangkan bau dalam udara dalam rumah

yang dicemari oleh asap rokok, debu, debunga,

kulat, dan bau haiwan peliharaan

Cara semulajadi menghilangkan bau asap rokok

ialah dengan menggunakan cecair ekstrak vanila.

Ia menghasilkan aroma bau manis yang kuat

yang akan mengisi ruang udara anda bagi

menggantikan bau rokok yang memedihkan

hidung dan tekak anda. Caranya ialah dengan

merendam gumpalan kapas muka ke dalam

cecair esktrak vanila dan meletakkan di

beberapa kawasan atau sudut rumah di mana

bau asap rokok didapati paling kuat.

Tandas bau? Tiada masalah,

lakukan berikutnya

Tandas dan bilik mandi adalah dua

tempat yang kita akan gunakan secara

kerap di rumah. Perkongsian bilik mandi

dan tandas oleh individu yang berbeza

menghasilkan pelbagai jenis bau badan

dan sebagainya setipa kali ia digunakan.

Kebersihan adalah faktor pertama yang

perlu diutamakan untuk memastikan

tandas dan juga bilik air tidak menjadi

tempat yang busuk dan menjijikkan.

Mangkuk tandas, lubang saluran air dan

lantai haruslah dibersihkan setiap hari

dengan menggunakan bahan pencuci

seperti sabun dan cecair pencuci tandas.

Namun ia tidak menjamin dapat

menghilangkan bau untuk sepanjang hari.

Cara terbaik untuk menghilangkan bau

ialah melalui alat pewangi khas untuk

kegunaan tanda. Bahan pewangi ini boleh

terdiri daripada alat penyembur, atau pun

alat penyegar yang mengeluarkan bau

wangi secara automatik. Pilihlah bau yang

digemari untuk membantu menyingkirkan

bau yang tidak enak dalam tandas dan

bilik mandi.

Natural Health * Disember 2019

15


GAYA HIDUP Sihat

Semut ibarat peganggu

serangga nombor satu

bagi manusia. Mana

tidaknya jika setiap

hari kita terpaksa

‘berperang’ dengan

semut dalam rumah

sendiri. Sifat semut

yang terlalu gemar

memburu makanan dan

benda-benda kotor di

kediaman terutamanya

di bahagian dapur

rumah menyebabkan

sukar bagi kita untuk

mengawal kehadiran

serangga kecil ini

daripada masuk ke

dalam rumah kita.

Rumah yang dijaga

dengan bersih tanpa

sampah sarap juga

menjadi sasaran

kehadiran semut.

Tambahan lagi dengan

saiznya yang begitu

kecil, ia mampu mencari

jalan untuk masuk

ke dalam rumah kita

melalui celah-celah

dinding, tingkap dan

pintu yang terbuka

dengan begitu mudah.

Yang datang menyerang

mencari makanan

dalam rumah kita pula

bukannya seekor dua

yang boleh ditepis

dengan mudah. Amat

menyakitkan apabila

mereka datang dalam

bentuk gerombolan

membentuk deretan

keretapi menghurung

makanan-makanan

kegemaran simpanan

yang diletakkan di

atas meja!.

Cegah

Kehadiran

Semut

Dalam

Rumah

Dengan

Mudah

Natural Health * Disember 2019

23


GAYA HIDUP Sihat

Mengapa Semut

Masuk Ke Dalam

Rumah ?

RR

Perubahan

Persekitaran

Seperti manusia, semut

juga membentuk koloni

di tempat-tempat

tertentu sebagai tempat

tinggal mereka. Semut

akan bergerak dari satu

tempat ke satu tempat

untuk mencari habitat

tempat tinggal yang

lebih baik dari segi

bekalan makanan, cuaca,

suhu dan kelembapan.

Semut bergerak dengan

aktif semasa dalam

keadaan cuaca normal

atau panas.

Mereka

akan makan

dan mengutip

secara berjemaah

sumber makanan untuk

dibawa pulang sebagai

makanan simpanan di

koloni masingmasing.

Akan tetapi kegiatan

semut berkurang apabila

dalam keadaan suhu

yang terlalu sejuk seperti

di negara-negara yang

mengalami cuaca empat

musim. Pendek kata,

semut amat sensitif

apabila berlaku

perubahan dalam

persekitaran mereka

menyebabkan sering

berlaku perpindahan

koloni semut.

Sekiranya persekitaran di

luar terlalu basah

disebabkan hujan yang

tidak berhenti sehingga

menyebabkan berlaku

banjir, semut akan

bergerak ke dalam

mencari tanah yang

lebih tinggi dan kering.

Sekiranya keadaan

terlalu kering di luar,

semut boleh bergerak di

dalam rumah mencari

kawasan lembap.

Makanya tidak hairan

mengapa pada musimmusim

tertentu anda

mendapati kehadiran

semut begitu banyak di

dalam rumah. Dalam

senario ini anda akan

mendapati wujud koloni

semut di celahan

dinding, siling, lantai dan

bingkai tingkap.

RR

Makanan Dalam

Rumah

Sebab utama semut

bergerak masuk ke dalam

rumah adalah kewujudan

makanan. Semut yang

masuk ke dalam rumah

anda disebabkan

makanan biasanya tidak

tinggal lama

sebagaimana mereka

membentuk koloni

sarang semut. Mereka

akan makan dan

mengutip secara

berjemaah sumber

makanan untuk dibawa

pulang sebagai makanan

simpanan di koloni

masing-masing.

Mungkin anda tertanyatanya

bagaimana semut

dapat ‘berkunjung’ ke

rumah anda secara

berjemaah membentuk

deretan keretapi dan

merosakkan makanan

kegemaran anda.

Sebenarnya setiap ekor

semut bekerja secara

rawak mencari sumber

makanan. Apabila seekor

semut menemui sumber

makanan yang diingini,

ia akan meninggalkan

jejak bau makanan

tersebut yang akhirnya

akan diikuti oleh

semut-semut lain. Anda

juga mungkin belum

tahu bahawa semut akan

memilih rasa makanan

tertentu mengikut

perubahan musim.

Sebagai contoh jika pada

musim panas mereka

mengumpul makanan

manis, musim berikutnya

mereka mungkin akan

mengumpul makanan

yang mengandungi

sumber protein.

Disebabkan itu amat

sukar bagi kita untuk

meninggalkan makanan

di persekitaran rumah

sama ada di atas meja,

almari, ruang tamu, bilik

tidur malah sisa

makanan dalam tong

sampah yang tidak

dibuang dengan segera.

24 Natural Health * Disember 2019


GAYA HIDUP Sihat

Langkah mencegah

kehadiran semut ke

dalam rumah

Walaupun semut yang

masuk ke dalam rumah

boleh dihapuskan dengan

penggunaan alatan

pencegah dan penyembur

serangga, langkah ini dilihat

dapat bertahan untuk

sementara waktu sahaja.

Selagimana wujudnya

koloni semut berhampiran

rumah anda, selagi itu

semut akan terus masuk ke

dalam rumah anda kerana

mereka perlu mencari

sumber makanan untuk

simpanan di koloni mereka.

Jadi, selain menggunakan

penyembur serangga, anda

juga boleh mengambil

langkah pencegahan yang

boleh mengurangkan

kehadiran semut. Seperti

yang anda ketahui, makanan

adalah faktor utama semut

masuk ke dalam rumah

anda. Oleh itu, anda perlu

sentiasa peka dan fokus

terhadap pengurusan

simpanan makanan dan

sisanya dalam tong sampah.

1.Simpan Lebihan

Makanan Dengan

Segera

Setiap kali selepas memasak

dan makan, pastikananda

tidak meninggalkan sisa

makanan sama ada dalam

bentuk pepejal atau cecair

di atas meja, lantai dan

dapur. Sesetengah darpada

kita mengambil langkah

menyimpan makanan di

atas dapur masakan, peti

sejuk dan juga oven yang

boleh mengurangkan risiko

kehadiran semut.

Menyimpan makanan di

atas dapur masakan

misalnya adalah langkah

yang berkesan kerana

semut amat sensitif

terhadap bau daripada

sumber api dan gas.

Simpanan makanan dalam

peti sejuk dan oven pula

dapat mengurangkan

penyebaran sumber bau

makanan yang mudah

dijejaki oleh semut.

Ada juga yang memelihara

haiwan seperti kucing,

anjing dan burung dengan

memberi makanan dan

minuman kepada haiwan

kesayangan mereka di

dalam rumah. Anda boleh

melakukannya dengan

syarat anda tidak

meninggalkan sisa tersebut

begitu sahaja selepas

haiwan peliharaan anda

selesai makan dan minum.

2. Sentiasa Sapu &

Bersihkan Lantai

Semut bukan sahaja obses

terhadap bau dan sumber

makanan. Ia juga akan

mengerumuni sisa-sisa

kotoran dalam rumah

termasuk gumpalan habuk

dan debu. Untuk itu anda

perlu memastikan

keseluruhan lantai rumah

anda dalam keadaan bersih

sama ada dari sisa makanan

yang tertumpah atau

habuk. Sapu, vakum dan

mop lantai menggunakan

cecair pencuci yang sesuai

sebagai salah satu langkah

pembersihan. Langkah

pembersihan ini perlu

dijadikan sebagai rutin

sekurang-kurangnya sekali

dalam seminggu.

3. Pengurusan

Sampah

Sampah yang dibuang ke

dalam tong sampah di dapur

rumah mengandungi lebih

daripada 60% sisa makanan

dan barangan basah. Ia

mengandungi pelbagai jenis

campuran rasa dan bau yang

berpotensi mengundang

kehadiran semut. Langkah

terbaik adalah membuang

sampah ke tempat

pembuangan sampah

sekurang-kurangnya sekali

sehari. Namun kebanyakan

penghuni lebih gemar

membuang sampah secara

berjadual antara dua atau

tiga kali sahaja dalam

seminggu.

Anda boleh mengambil

langkah mengasingkan

sampah yang boleh dikitar

semula daripada sampah

yang tidak boleh dikitar

semula. Sebagai contoh,

sisa makanan dan cecair

daripada tin kosong, botol

minuman, botol sos dan

kicap dan sebagainya boleh

dicuci terlebih dahulu

daripada sisa makanan dan

bau sebelum dibuang ke

dalam tong sampah khas.

Bagi sampah yang tidak

boleh dikitar semula

seperti bahan mentah

daripada sisa perut ikan

dan ayam, anda boleh

meletakkan dalam plastik

khas dan disimpan di

dalam peti sejuk di

bahagian sejuk beku

terlebih dahulu sebelum

mengutipnya semula pada

hari anda ingin membuang

sampah. Cara ini dapat

mengelakkan pembusukan

yang boleh mengeluarkan

bau yang menjadi punca

kehadiran semut.

4. Baiki Kerosakan

Dinding Dan Siling

Semut sering menjadikan

lubang-lubang sempit

sekitar rumah terutamanya

di celah dinding dan siling

sebagai koloni sarang

mereka. Oleh itu, anda

perlu mengambil langkah

dengan membaiki dengan

cara menampal semula

sebarang rekahan, lubang

dan kerosakan pada lantai,

dinding dan siling bagi

mengelakkan semut

menjadikan ia sebagai

koloni sarang mereka.

Kerosakan ini bukan

tertumpu di bahagian

dalam rumah sahaja. Malah

rekahan dan lubang

dinding di luar rumah juga

perlu diperbaiki secara

menyeluruh.

5. Memusnahkan

Punca Tempat

Tinggal Semut

Sesetengah daripada kita

menganggap perbuatan

membunuh dan

memusnahkan sarang

semut sebagai langkah

yang kejam kerana mereka

juga makhluk seperti kita

yang ingin hidup. Langkah

ini boleh diambil sekiranya

kewujudan semut-semut

tersebut mengancam

keselesaan keluarga anda

terutamanya bayi yang

masih kecil. Semut boleh

juga menjadi ancaman

merbahaya apabila ia

menggigit kulit bayi, masuk

ke dalam lubang hidung

dan telinga semasa kita dan

ahli keluarga sedang tidur.

Jika ini berlaku kepada

keluarga anda, maka

langkah terbaik adalah

menggunakan khidmat

kawalan serangga perosak

untuk memusnahkan

sarang semut. Anda juga

boleh menggunakan alat

penyembur serangga dan

menyembur secara

langsung ke sarang semut

yang menjadi punca

kehadiran semut dalam

rumah anda.

Natural Health * Disember 2019

25


GAYA HIDUP Sihat

Tandas

Cangkung

Vs Tandas

Duduk

Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang nampaknya sudah mula

beralih kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di

kampung ataupun tinggal di bandar. Masing-masing seakan – akan sudah

melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung.

Ramai yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan

kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering

menjadi pilihan.

Ada kebaikan menggunakan

tandas cangkung

Lubang najis (anal canal) berada

dalam keadaan tidak menegak apabila

duduk semasa menggunakan tandas

jenis duduk, berbanding dengan

dalam keadaan mencangkung, laluan

najis untuk keluar akan menjadi

mudah kerana lubang najis berada

dalam keadaan betul-betul menegak

dan ini memudahkan proses

pembuangan air besar.

Perkara sebaliknya berlaku sekiranya

dalam keadaan duduk, kerana ini akan

membawa kepada masalah sembelit.

Sembelit merupakan satu keadaan di

mana seseorang itu menghadapi

kesukaran membuang air besar, dan

kaitannya dengan menggunakan

tandas duduk adalah, najis tidak akan

habis dikeluarkan kerana laluannya

menjadi sempit dan akan terus

disimpan lagi sehinggalah untuk waktu

seterusnya. Najis yang disimpan akan

mengeras (kerana proses pengulangan

penyerapan air) dan ini membawa

kepada masalah sembelit. Sebab itulah

ramai mengadu seringkali tidak berasa

puas apabila menggunakan tandas

duduk ini.

40 Natural Health * Disember 2019


GAYA HIDUP Sihat

Di samping itu juga, satu masalah

yang akan timbul melibatkan tandas

duduk ini adalah ia akan

menyebabkan berlakunya kebocoran

(backflow) najis yang ada di usus besar

kepada usus kecil.Ini melibatkan

kepada fungsi injap ileo-caecal yang

mengawal aliran najis dari usus kecil

kepada usus besar. “backflow” ini

menyebabkan toxins diserap melalui

usus kecil ini (usus kecil untuk

menyerap nutrients cernaan dan

mengandungi banyak salur darah) dan

akan diserap oleh salur darah

seterusnya memberi beban kepada

hati untuk menyahtoksikkan bahan

toxins tersebut.

Sekadar makluman, dalam Islam

makruh bagi kita memakan hati (organ

dalaman).Ramai mempersoalkan

sedangkan hati mempunyai khasiatnya

yang tersendiri juga. Jawapannya

adalah memandangkan kita tidak tahu

di bahagian hati manakah khasiat

tersebut disimpan

dan salah satu fungsi major hati adalah

untuk mengneutralkan toxins/dadah ,

rasanya lebih wajar kita tidak

digalakkan memakannya.

Untuk pengetahuan anda juga,

penggunaan tandas duduk merupakan

penyebab no. 2 kepada kanser kolon di

United States, kerana semua rakyat US

menggunakan tandas duduk,kerana

pada fikiran kasar, tandas duduk

memberi kemudahan dan kesenangan

terhadap penggunanya.

Dan di dalam Sunnah Nabi, memang

kalau seseorang itu ingin membuang

air besar, disunatkan mencangkung

dengan bahagian punggung kiri

sedikit terangkat.Mengapa? Kerana

pada bahagian itulah letaknya rectum,

iaitu tempat penyimpan najis sebelum

ia dikeluarkan.

Natural Health * Disember 2019

41


GAYA HIDUP Sihat

Setelah anda membaca artikel ini,

adakah anda sudah berfikir untuk

menukar tandas anda. Terserahlah,

tetapi harus diingat, jangan kalau di

rumah tandas jenis duduk tapi kita

pergi pulak mencangkung, bahaya tu,

boleh menyebabkan kemalangan.

Jangan berbuat demikian.

Yang mana pilihan anda?

Seorang Peneliti Jerman baru-baru ini

mendakwa bahawa masyarakat di

negara – negara Barat memiliki

kebiasaan buang air besar yang salah

dengan duduk di tandas.

Giulia Enders, seorang ahli mikrobiologi

Jerman menulis dalam bukunya,

Charming Bowels. Ia mengeksplorasi

masalah kesihatan usus, sembelit,

hingga bakteria.

Buku yang pernah dianugerahkan

sebagai minggu popular juga

menerangkan bagaimana cara buang

air besar yang benar.

Posisi duduk untuk buang air besar

pada kenyataannya adalah salah dan

justeru menyulitkan prosesnya, jelas

Enders. Hal ini juga dapat

menjelaskan mengapa hemoroid

(wasir) dan penyakit usus yang

menyakitkan, seperti divertikulitis

lebih umum di Barat daripada di Asia,

ia menambahkan.

“Sekira 1,2 juta orang di seluruh dunia

yang memiliki budaya buang air

dengan mencangkung tidak memiliki

insiden diverticulitis dan masalah

dengan kotoran lainnya. Kami di Barat

terbiasa memeras jaringan usus kita

sampai keluar,” jelasnya, seperti dikutip

dari Dailymail.

Mencangkung adalah cara yang benar.

Jika anda hanya mempunyai tandas

duduk di rumah, anda boleh

menggunakan bangku kecil untuk

meletakkan kaki ketika duduk (untuk

mendekatkan tungkai kaki ke torso)

dan menolak tubuh ke depan biasa

membantu memperlancar buang air

besar. Enders menyimpulkan bahawa

mencangkung adalah cara yang lebih

efektif untuk mengeluarkan kotoran

dalam perut, daripada duduk di toilet

dari abad ke-19 bergaya Thomas

Crapper.

“Saat anda berdiri atau duduk, ada

otot yang mengelilingi ujung kolon

(anus-red) yang tertarik sehingga

menyumbat saluran kolon.

Mencangkung jauh lebih alami dan

mengurangi tekanan yang menahan

kotoran di dalam usus,” jelasnya.

Cangkung vs duduk

Tandas cangkung digunakan secara

meluas di negara-negara Asia dan

Afrika. Pergilah sampai ke China, Jepun,

Turki atau Uganda sekalipun pasti anda

akan jumpa tandas cangkung. Namun

di Perancis telah digunakan sejak abad

20 termasuklah negara-negara Eropah

Timur dan Russia. Jadinya, tandas

cangkung dikategorikan sebagai tandas

tradisional berbanding tandas duduk

yang dianggap lebih moden.

Ramai yang berpendapat tandas

cangkung lebih bersih, ini kerana tiada

sentuhan kulit berbanding tandas

duduk. Ada betulnya, tandas jenis

duduk punya risiko mengotorkan

pakaian dari percikan air takungan

tandas. Namun tandas duduk paling

sesuai untuk warga tua dan kelainan

upaya yang susah untuk mencangkung.

Kalau tak biasa atau tiada tandas

cangkung, anda boleh guna teknik ini...

Squat potty atau tapak kekuda ini dapat

menukar cara tandas duduk dengan

mencangkung. Ia sudah digunakan

4 Alasan Kena Pilih

Tandas Cangkung

• Secara azalinya, najis

lebih mudah keluar

apabila bukaan rektum

yang luas dan otot

sekeliling lebih rileks.

• Kajian mendapati

pengguna tandas

cangkung rendah risiko

dalam jangkitan kolon

usus.

• Kebanyakan pengguna

tandas duduk lebih

banyak meneran dan

menyebabkan buasir

luar!

• Perasan tak,

pembuangan lebih rasa

puas dan terelak dari

masalah sembelit.

secara meluas di barat atau manamana

rumah yang tidak punya tandas

cangkung. Walaubagaimanpun cara ini

kurang berkesan dan tidak sama

semulajadi dengan mencangkung.

Persoalannya sekarang ternyata

kebaikan dalam sistem pembuangan

lebih menjurus kepada tandas

cangkung. Namun seperti yang

dikatakan ia lebih kepada sifat peribadi

dan keselesaan pengguna.

Bab pilih tandas sebenarnya agak

peribadi. Ia mengikut kehendak dan

keselesaan individu itu sendiri. Kalau

diikutkan kini terdapat dua jenis tandas

yakni tandas duduk dan tandas

cangkung. Ada sesetengah rumah, ada

dua jenis tandas ini dan sebaliknya.

Tiada bezanya dua tandas ini, ia

bekerja sebagai tempat sistem

pembuangan sisa dari manusia iaitu

najis, muntah, darah haid atau apa

sahaja. Tapi apa bezanya tentang

rekaan tandas ini, satu anda kena

mencangkung dan satu lagi anda

hanya perlu duduk.

Apapun, pilihan di tangan anda.

Buatlah pilihan yang tepat asalkan sihat

untuk anda sekeluarga. Selain sihat,

buatlah pilihan yang selamat dan tidak

memudaratkan diri anda mahupun

keluarga seisi rumah.

42 Natural Health * Disember 2019


HANGAT & Terkini

PACIFICA

MEMPERKENALKAN DUA

PERKAKAS DAPUR REVOLUSI

BARU UNTUK KELUARGA

DAN RUMAH MODERN

Menggabungkan prestasi

terpuji dengan teknologi

dan reka bentuk yang

inovatif, Pacifi ca

melancarkan dua inovasi

terbaru mereka dari

Foodsmith Series, The

Forge dan The Vortex.

Menggabungkan ciri-ciri

pintar seperti memasak pratetap, pembersihan

keseluruhan automatik, bantuan panduan

suara dan banyak lagi, perkakas pintar ini

dapat meredakan usaha yang diperlukan

untuk menyediakan makanan berkhasiat

mengurangkan masa yang diperlukan untuk

memasak pelbagai makanan berkhasiat dan

sihat. Perkakas-perkakas futuristik ini telah

diilhami oleh ciptaan Jepun dan diselaras

untuk menyediakan masakan Malaysia. "Kami

sangat teruja untuk memperkenalkan

kedua-dua perkakas revolusi pintar ini ke

pasaran. Masa adalah komoditi yang amat

bernilai terutamanya untuk golongan

profesional yang bekerja. Ini adalah

penyelesaian yang amat cekap untuk keluarga

moden, "kata Encik John Thi, Pengurus Besar

Pacifi ca. Reka bentuk yang inovatif telah direka

dengan teliti dan dicipta untuk kemudahan,

kecekapan dan mesra pengguna. Untuk

maklumat lebih lanjut mengenai Pacifi ca dan

produk yang lain, sila layari www.pacifi ca.my.

BAYER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10

PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG

RAKYAT MALAYSIA

Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd (Bayer) baru-baru ini telah

meraikan penglibatannya selama 10 tahun dalam penjagaan

kesihatan jantung rakyat Malaysia dengan pelancaran Laporan

Healthy Hearts, Healthy Aging Malaysia. Laporan ini

memperincikan beban penyakit kardiovaskular (CVD) dalam

sistem kesihatan negara, yang kini semakin meningkat seiring

dengan pertambahan usia populasi rakyat Malaysia. Ia turut

menyarankan penerimagunaan teknologi yang inovatif dan

terapi melalui kerjasama berterusan dengan pihak-pihak

penting dari kalangan kerajaan, orang awam, swasta dan

komuniti untuk mencapai taraf pencegahan, rawatan dan

penjagaan CVD yang lebih baik. Dihasilkan dengan

usahasama NUS Enterprise, bahagian keusahawanan Universiti

Kebangsaan Singapura (NUS), laporan berkenaan merupakan

edisi Malaysia bagi laporan Healthy Hearts, Healthy Aging

Asia Pacifi c dan ia merangkumi gabungan pandangan para

pakar CVD tempatan. Laporan Healthy Hearts, Healthy Aging

Malaysia dilancarkan sempena sambutan 10 tahun

pembabitan Bayer dalam penjagaan kesihatan jantung rakyat

Malaysia. Hadir pada acara itu adalah, Dr Feisul Idzwan, Pakar

Perunding Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

dan Prof Madya Dr

Sazzli Kasim, Ketua

Bahagian Kardiologi

Fakulti Perubatan

Universiti Teknologi

Mara (UiTM). Turut hadir

adalah Dr Kenneth Sim,

Pengarah Perubatan

Negara, Bahagian Bayer

Pharmaceuticals

Singapura dan Malaysia.

VACCINATE FOR LIFE’ & BANTU LINDUNGI DIRI DARI PNEUMONIA DAN

PENYAKIT PNEUMOKOKAL

GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd. (GSK) baru-baru ini melancarkan kempen Vaccinate for

Life di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang betapa

pentingnya vaksinasi serta penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Dengan legasi yang telah

bertapak selama 60 tahun di Malaysia, GSK merupakan sebuah syarikat global diterajui sains

berlandaskan misinya yang tersendiri, dan kempen ini bertujuan untuk mengetengahkan betapa

pentingnya vaksinasi sepanjang hayat. Dilancarkan sempena Hari Pneumonia Sedunia yang

menekankan pneunomia sebagai salah satu penyakit utama yang boleh dicegah dengan vaksin,

kempen ini menunjukkan bagaimana vaksin dapat membantu melindungi kehidupan kanak-kanak

berumur lima tahun ke bawah. Di Malaysia, pneumonia disenaraikan sebagai salah satu daripada

lima penyebab utama kematian di Malaysia mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada tahun

2018, pneumonia merupakan punca kematian utama bagi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun,

mencecah 4.8 peratus. Sila rujuk pakar profesional penjagaan kesihatan anda mengenai vaksinasi

terhadap penyakit pneumonia dan pneumokokal, dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.gsk.com.

Natural Health * December 2019

53


Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!