09.01.2015 Views

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

BULETIN

LADA

WORLD CUP ASIA PAINTBALL 2012

(WCA 2012)

Langkawi, 15 September: Dewan Mahsuri, Langkawi kembali menerima perhatian dunia melalui

acara sukan paintball bertaraf antarabangsa, World Cup Asia Paintball 2012 (WCA 2012) yang

bermula dari 8 hingga 11 November ini.

Diiktiraf oleh Pro Paintball USA sebagai Kejohanan paintball antarabangsa terbaik pada tahun 2011,

WCA 2011 telah meletakkan Malaysia sebagai negara tunggal dari rantau Asia untuk tersenarai

dalam United Paintball Federation menyaingi dua siri pertandingan dunia lain yang diadakan di

Orlando, Amerika Syarikat dan Toulouse, Perancis.

Pada tahun ini, WCA 2012 telah menerima penyertaan sebanyak 160 pasukan antarabangsa dari

32 negara dan bakal dimeriahkan lagi dengan Kejohanan Intercontinental Cup (ICC). ICC merupakan

kejohanan yang menyerupai liga juara dimana 12 pasukan bertaraf profesional daripada 6

benua bersaing untuk merebut gelaran juara ICC dan pasukan terbaik dunia. Penyertaan telah

diterima dari Afrika, Amerika Syarikat Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah. Menerusi ICC, peminat

sukan ini dapat menonton aksi pasukan hebat seperti Dynasty dan LA Infamous dari Amerika

Syarikat, TonTons (Perancis) dan Edmonton Impact (Kanada).

Ini merupakan kejayaan dalam meletakkan Langkawi sebagai lokasi pertandingan paintball antarabangsa

sekali gus meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk sukan pelancongan di

Asia.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sekali lagi membuka laluan dengan memberikan sokongan

yang padu apabila buat kali kedua Dewan Mahsuri dijadikan gelanggang WCA dan ICC. Dewan

Mahsuri telah melakar sejarah sebagai satu-satunya dewan yang dapat membuka 4 padang paintball

bertaraf antarabangsa, beralaskan astro turf dan membolehkan kejohanan diadakan didalam

suasana berhawa dingin. “Kejohanan WCA 2012 dan ICC adalah selari dengan matlamat LADA

untuk menarik pelancong luar dengan mengadakan kejohanan antarabangsa seperti ini. Pemain

dan pengunjung WCA 2012 berada di Langkawi lebih daripada seminggu dan ianya menjana

pendapatan pelancong di Pulau Langkawi. Kejohanan WCA 2011 telah berjaya meletakkan Dewan

Mahsuri didalam minda pemain paintball antarabangsa, dimana kita boleh melihat para pemain

daripada 32 negara dan 12 pasukan profesional yang datang pada tahun ini.” ujar Tan Sri Khalid

bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi Jawatankuasa WCA 2012.

Kejohanan WCA 2012 dan ICC pada tahun ini mendapat sokongan yang kuat dengan adanya

mantan Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung untuk kedua-dua

acara ini. YABhg Tun menetapkan sasaran agar acara ini dikekalkan dan dijadikan acara tahunan,

dimana ianya boleh menarik para peserta dan pelancong daripada segmen sukan. Adalah harapan

beliau supaya acara seperti ini dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat sukan paintball Asia di

mata dunia.

“Mengikut laporan Price Water House Coopers, acara ini pada 2011 telah menjana lebih daripada

RM10 juta daripada perbelanjaan pelancong ke Malaysia. Acara sebegini membolehkan para peserta

yang datang bertanding sambil menikmati keindahan Pulau Langkawi dan seterusnya pulang

ke negara masing-masing dengan kenangan indah. Ini membuatkan mereka kembali dan meletakan

Pulau Langkawi dan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.”

21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!