11.07.2015 Views

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinGotong-royong KILIM 2011Langkawi 5 April 2011 : Seramai 200 Peguam Negaradan pegawai undang-undang kanan dari Singapura,Brunei Darussalam dan Malaysia berkumpul di KampungKilim, Langkawi bagi menjalankan aktiviti gotong-royong diKampung Kilim. Aktiviti ini adalah merupakan salah satu aktivitikemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak LADA bagi semuapeserta semasa mereka berada di Langkawi bagi PersediaanPersidangan “5th Annual Event of the Attorney General’sChambers of Brunei Darussalam, Malaysia, and Singapore(AEAGC) 2011”. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah padaAEAGC 2011, dan Langkawi telah menjadi lokasi pilihan bagimesyuarat persediaan AEAGC tersebut. AEAGC kali ini jugatelah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri MohamedNazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.Program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahariitu diikuti kenduri kampung yang bertujuan menjalinkan ikatanmesra serta menampilkan budaya masyarakat Malaysia yanggemar berkerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Turutsama dalam program gotong-royong berkenaan ialah Y. Bhg.Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara Malaysia serta PengurusUndang-undang LADA, Puan Nor Siah Bt Hj. Baharin dan KetuaPenolong Pengurus Geopark, Encik Hj. Hapiz Bin Abd. Manapyang juga selaku pengerusi jawatankuasa penyelaras gotongroyongberkenaan.Objektif program ini adalah merupakan salah satu usahabagi menjalinkan ikatan mesra di antara semua peguamdari tiga negara berbeza dan masyarakat tempatan. LADAsebagai pihak penganjur percaya program seperti ini mampumemberi kesan yang mendalam kepada semua pesertaapatah lagi peserta-peserta ini terdiri dari tiga buah negarayang berbeza budaya, pendapat dan ideologi. Pengalamanyang diterima di Langkawi khasnya dan Malaysia amnyatentu akan menjadi buah mulut atau cerita apabila merekapulang ke negara masing-masing kelak. Justeru, kerjasamaserta hubungan yang telah wujud di antara kedua belah pihakjuga mampu meningkatkan kualiti dan sistem komunikasinegara-negara terbabit.Kampung Kilim dipilih selaku lokasi programgotong-royong berikutan letaknya di laluan utama pelancongdan sering dikunjungi pelancong tempatan dan asing untukke salah satu tapak warisan Geopark iaitu, Kilim KarstGeoforest Park. Selain membersihkan kawasan kampung,penduduk turut mengecat surau, tandas dan jeti Kilim. Turuttidak ketinggalan, acara menanam 3 jenis Pokok MenpariLaut atau Pongamia Pinnata yang melambangkan 3 buahnegara turut ditanam oleh Peguam Negara Malaysia, BruneiDarussalam dan Singapura. Program tamat sekitar jam 12.30tengahari.Gotong-royong sempena “EARTH DAY 2011”Langkawi 22 April: Lebih seribu pokok ditanam sempena “Hari Bumi 2011” atau “Earth Day” di Sungai Bukit Hantu,Langkawi. Hari Bumi yang disambut seluruh masyarakat dunia pada 22 April setiap tahun adalah bertujuan meningkatkankesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Hari Bumi telah dicetuskan oleh Senator Gaylord Nelson dari AmerikaSyarikat dan pertama kali diadakan pada 22 April 1970. Kini, Hari Bumi telah diselaraskan secara global oleh Earth Day Network,dan disambut lebih daripada 175 negara setiap tahun.Justeru, bagi memastikan kesedaran masyarakat Langkawi mengenai kepentingan alam sekitar, Bahagian PelanconganLADA dan syarikat Jungewala dengan kerjasama 4 hotel terkemuka Langkawi iaitu The Andaman Resort, The Westin Resort &Spa, Sheraton Langkawi Beach Resort dan Four Points Resort telah mengambil peluang untuk menanam lebih 1000 jenis pokok diSungai Bukit Hantu termasuklah pokok Jambu, Anggur Malaysia, Pala dan lain-lain pokok.Pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan menjaga alam sekitar turut menarik penganjur untukmelibatkan pelajar sekolah sekitar Langkawi dalam program ini. Program ini juga turut mendapat kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antarabangsa. Untuk makluman, tahun 2011 telah diiktiraf sebagai Tahun Hutan Antarabangsa oleh PBB bagimeningkatkan kesedaran dan memperkukuhkan pengurusan hutan lestari, pemuliharaan dan pembangunan yang berterusan semuajenis hutan untuk kepentingan generasi sekarang dan masa hadapan.Program ini tidak hanya berakhir di sini semata-mata, kerana proses penanaman ini merupakan proses fasa pertama,terdapat beberapa fasa lagi yang akan dilaksanakan selepas ini termasuklah fasa pemantauan di mana pihak penganjur akanmemantau tanaman bagi memastikan semua pokok yang ditanam berada dalam keadaan baik. Lokasi Bukit hantu dipilih keranapihak penganjur berpendapat kawasan sekitar Bukit Hantu merupakan kawasan paling strategik memandangkan kawasan Bukithantu merupakan kawasan laluan utama pelancong untuk ke beberapa produk pelancongan termasuklah laluan utama ke AyerHangat Village, Taman Rekreasi Lubuk Semilang dan banyak lagi. Selain itu, tujuan utama lokasi dipilih adalah kerana penganjurjuga berharap pada tahun-tahun akan datang, Sungai Bukit Hantu akan menjadi sebahagian daripada “Laluan Hijau Pelancongan”atau “Green Tourism Route”di Langkawi.4www.lada.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!