11.07.2015 Views

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinKarnival GeoparkLangkawi 25 Mei 2011 : LADA mengatur lebih 10 buah acara sempena Karnival Langkawi Geopark2011 mulai 31 Mei hingga 4 Jun ini. Acara-acara itu diadakan bersempena dengan ulang tahun ke 4pengisyhtiharan Langkawi sebagai Global Geopark Network oleh UNESCO pada 2007 yang lalu. Karnivalini yang berkonsepkan “Savoring the Nature, Nurturing the Culture” membawa maksud menghayati keindahanalam semula jadi serta menerapkan nilai-nilai murni dalam aspek budaya warisan. Di antara aktiviti-aktivitiitu termasuklah kenduri rakyat, persembahan wayang kulit, guided walk, pameran, jualan, geohuntphotorace,pertandingan teh tarik, ceramah perdana, permainan rakyat, persembahan kebudayaan kanak-kanak, konvoiskuter, pertandingan motor tercantik dan pertandingan memasak.LADA berharap aktiviti yang diatur dapatmenyemarakkan lagi Langkawi Geopark yang pertama di Asia Tenggara.KENDURI RAKYATLangkawi 31 Mei 2011 : Pulau Tuba dipenuhi ribuan penduduk Langkawiapabila Karnival Langkawi Geopark 2011 membuka tirainya di PulauTuba dengan dua acara mega iaitu Kenduri Rakyat dan PersembahanWayang Kulit Seri ASUN. Acara yang pertama kali diadakan di Pulau Tubaitu ternyata menarik lebih dari 2000 orang penduduk sekitar Langkawiuntuk berkumpul bersama-sama dalam program tersebut yang dianjurkanoleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Majlis yang bermuladengan acara gotong-royong itu bermula seawal jam 11 pagi telah disertaipenduduk tempatan serta wakil-wakil agensi kerajaan. Objektif program iniadalah merupakan salah satu usaha bagi mengerat serta mengukuhkanjalinan ukhwah diantara penduduk Pulau Tuba bersama pihak LADA secarakhususnya dan masyarakat sekitar Langkawi secara amnya.Acara kenduri Rakyat yang berlangsung pada pukul 8 malampula telah dihadiri oleh Adun Kuah, YB Dato’ Ir. Nawawi Bin Ahmad, YBS. Manikumar, Exco Pelancongan Hal Ehwal Masyarakat India & Siamdan Pengurus Besar LADA, Dato’ Azman Bin Umar. Pulau Tuba dipilihselaku lokasi program adalah kerana pihak penganjur percaya PulauTuba mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan memandangkankawasan Pulau Tuba adalah merupakan kawasan yang indah dan masihlagi mengekalkan ciri-ciri ekologi yang seimbang selain turut merupakansalah satu tapak Geopark di Langkawi.Sementara itu, dalam ucapan YB Dato’ Ir. Nawawi, beliau turut melahirkan harapan agar Pulau Tuba dapat dijadikansebagai kawasan ekopelancongan pada masa hadapan kerana kini ramai pelancong terutamanya pelancong asinglebih gemar kepada pelancongan berasaskan keindahan alam semulajadi. Baliau turut berharap statusGeopark di Langkawi dapat dikekalkan dan menyeru semua masyarakat Langkawi untuk sama-samabekerjasama bersama pihak LADA bagi pengekalan status tersebut. Tanpa kerjasama daripada penduduk setempat,ternyata Langkawi tidak terkenal seperti hari ini, katanya lagi mengakhiri ucapannya.Program turut diserikan lagi dengan Persembahan Wayang Kulit ASUN yang nyata telah menghiburkan semuapengunjung yang hadir. Informasi mengenai Geopark serta isu-isu terkini telah dijadikan sebagai bahan cerita di dalampersembahan tersebut. Justeru semua yang hadir bukan sahaja terhibur malah telah memperolehi pengetahuanmengenai Geopark. Program tamat sekitar jam 11.00 malam.Karnival Langkawi Geopark 2011 merupakan aktiviti bersempena dengan ulang tahun keempat pengisyhtiharanLangkawi sebagai Global Geopark Network oleh UNESCO pada 2007 yang lalu. Ini adalah merupakan kali keduaKarnival tersebut diadakan. Pada kali ini Bahagian Geopark LADA telahmengatur lebih dari 15 acara menarik yang mensasarkan masyarakatsetempat serta pengunjung yang berkunjung ke Langkawi memandangkanKarnival ini berlangsung sepanjang cuti persekolahan. Lebih 20,000pengunjung dijangka hadir memeriahkan karnival ini yang berlangsungselama 5 hari bermula 31 Mei hingga 4 Jun 2011.8www.lada.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!