12.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON4. PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR4.1 LATAR BELAKANG4.1.1 MPPD mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi atau 54.18 batu persegi. Iameliputi Mukim Port Dickson, Jimah, Pasir Panjang, Linggi dan Si Rusa. Kawasan MPPDdibahagikan kepada dua kawasan dari segi pentadbiran iaitu Kawasan Operasi danKawasan Kawalan. Kawasan operasinya adalah seluas 35.87 km persegi manakalakawasan kawalan pula seluas 104.45 km persegi. Bandar Port Dickson merupakan salahsatu bandar peranginan dan kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Malaysia keranapantainya yang landai, bersih dan cantik. Visi MPPD adalah untuk mewujudkan persekitaranhidup yang lengkap dan berkualiti bagi kesejahteraan semua lapisan masyarakat menjelangtahun 2015. Di samping itu, MPPD juga berfungsi dalam melaksanakan perancangan yangdinamik dengan mempergiatkan dan memperkukuhkan kemudahan fizikal, sistem, sosial danekonomi serta alam sekitar. Sebelum pengurusan pembersihan dan sisa pepejaldiswastakan, pihak MPPD bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkhidmatanberkenaan.4.1.2 Selaras dengan arahan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pengurusan pembersihan di MPPD telah diswastakan bertujuan untukmeningkatkan kecekapan kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal.Perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di MPPD telah diswastakan kepadaSWM Environment Sdn. Bhd. (SWMESB). Perjanjian di antara MPPD dan SWMESB telahditandatangani pada 31 Disember 2002 dan ia perlu diperbaharui setiap 12 bulan sehinggapenswastaan dilaksanakan sepenuhnya. Sehingga kini pelaksanaan perkhidmatanpembersihan dan pelupusan sisa pepejal di Negeri Sembilan adalah secara interim.Pembahagian kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal adalah mengikut pembahagiankawasan.4.1.3 Aktiviti yang dilaksanakan oleh SWMESB bagi kerja pembersihan dan pelupusan sisapepejal adalah meliputi mukim Jimah, Linggi, Pasir Panjang, Port Dickson dan Si Rusa.Perkhidmatan yang diberikan oleh SWMESB adalah mengutip dan melupuskan sisa pepejal,membersihkan longkang, jalan, pasar awam, tapak pasar malam, pembersihan tapakpelupusan haram, pemotongan rumput dan penyenggaraan tapak pelupusan. Bagi tahun2007 sehingga 2009, MPPD telah memperuntukkan sejumlah RM22.50 juta untuk kerja-kerjaperkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di mana sejumlah RM19.30 juta atau85.8% telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.36

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!