12.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN7. PENGURUSAN AIR TIDAK BERHASIL (NRW)7.1 LATAR BELAKANG7.1.1 Air merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan dan perlu diuruskan dengancekap supaya sentiasa mencukupi. Kehilangan air di dalam sistem rangkaian adalahmerupakan salah satu permasalahan yang besar dalam sistem bekalan air. Non RevenueWater (NRW) atau Air Tidak Berhasil ditakrifkan sebagai jumlah kuantiti air yang disalurkanke dalam sistem bekalan air tetapi tidak memberi pulangan hasil. Secara teknikal, NRWialah perbezaan di antara jumlah pengeluaran air bersih (terawat) yang dibekalkan danditolak dengan jumlah penggunaan yang dibil menggunakan meter dan penggunaan yangdibil tanpa meter. Kehilangan air ini bukan sahaja suatu pembaziran sumber semulajadimalah dari segi ekonomi ia memberi kesan kepada negara.7.1.2 Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah dipertanggungjawabkan untukmengambil alih peranan dan fungsi pengurusan sistem bekalan air di Negeri Sembilan mulai1 Januari 2009. Tanggungjawab SAINS antaranya meliputi pengeluaran dan pengagihan airterawat kepada pengguna, menyelenggara setiap infrastruktur dan empangan sedia adaserta mereka bentuk infrastruktur baru dan penambahbaikan operasi.7.1.3 Kadar NRW di Negeri Sembilan pada tahun 2007 adalah merupakan yang keduatertinggi daripada empat belas negeri iaitu 53.1% seperti di Jadual 7.1. Sasaran danpencapaian bagi kadar NRW di Negeri Sembilan dari tahun 2006 sehingga 2009 adalahseperti di Jadual 7.2 manakala trend NRW bagi tempoh lima tahun adalah sepertidi Jadual 7.3.80

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!