12.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ekonomi Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri dan juga peruntukan daripada KerajaanPusat melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yangkeseluruhannya berjumlah RM47.56 juta bagi MPS dan RM23.73 juta bagi MPN. Secarakeseluruhannya, MPS telah memperuntukan sejumlah RM73.77 juta di mana RM66.07 jutaatau 89.6% telah dibelanjakan manakala MPN memperuntukan sejumlah RM34.04 juta dimana RM30.40 juta atau 89.3% telah dibelanjakan bagi tujuan projek penyenggaraan jalanbagi tempoh tahun 2007 hingga 2009.5.2 OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah bagi menilai sama ada penyenggaraan jalan yangdirancang telah dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan bagi menyediakan jalanyang selamat dan selesa kepada pengguna.5.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan adalah tertumpu kepada kerja penyenggaraan jalan Majlis bagitempoh tahun 2007 hingga 2009 di sekitar jalan di bawah seliaan MPS dan MPN. Semakan<strong>Audit</strong> dijalankan terhadap fail dan rekod yang berkaitan dengan dasar dan perancanganprogram, kaedah penyenggaraan, dokumen penyenggaraan, pengurusan dan pemantauankerja penyenggaraan serta rekod berkaitan di MPS dan MPN. Temu bual dan soal selidikjuga dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai, kakitangan MPS danMPN serta orang awam. Selain itu, lawatan tapak juga dilakukan di kawasan jalan di bawahsenggaraan MPS dan MPN bagi memastikan kerja dilaksanakan dengan sempurna sertamengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Analisis audit juga dijalankan terhadapperuntukan kewangan yang disalurkan dan dibelanjakan.5.4 PENEMUAN AUDITPengauditan yang dijalankan antara bulan November 2009 hingga Februari 2010mendapati pada keseluruhannya penyenggaraan jalan MPS dan MPN adalah memuaskan.Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti boleh diperbaiki. Antarakelemahan yang diperhatikan ialah:a) Permukaan jalan yang rosak;b) Bahu jalan berlubang dan tidak sempurna;c) Bahu jalan yang tidak searas dengan turapan jalan;d) Kerosakan jalan berulang selepas diturap; dane) Pembersihan longkang tidak dilaksanakan.51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!