12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pihak <strong>Audit</strong> dimaklumkan keadaan pagar rosak adalah disebabkan banjir besar yangberlaku pada bulan Disember 2006. Yayasan perlu segera membaik pulih pagartersebut dan memastikan ruang untuk memasuki bangunan melalui longkang ditutup.Ini disebabkan kawasan belakang bangunan adalah berdekatan dengan kawasanperumahan yang mudah terdedah kepada pencerobohan.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, kawalan keselamatan bangunan dan bahan artifak olehYayasan adalah tidak memuaskan kerana kerosakan pagar belum dibaiki.25. RUMUSAN DAN SYOR AUDITSecara keseluruhannya, pengurusan bahan artifak oleh Yayasan adalah baik kecualiYayasan tidak dapat melaksanakan 8 aktiviti gali cari dan Daftar Bahan Artifak yangdisediakan tidak lengkap serta terdapat bahan artifak yang tidak didaftarkan. Bagimemantapkan dan mengekalkan prestasi pengurusan bahan artifak di Muzium KotaTinggi, adalah disyorkan Yayasan mengambil tindakan seperti berikut:a) Merancang pembelian bahan artifak dengan teliti dan membuat pembelianberdasarkan perancangan yang ditetapkan.b) Menubuhkan unit khas bagi menjalankan aktiviti gali cari bagi memastikan tidakberlaku beban kerja dan pertindihan tugas bagi kakitangan di Bahagian Pemuziuman.c) Menetapkan sasaran bilangan pengunjung bagi setiap kategori. Yayasan perlumenjalankan penyelidikan untuk mengenal pasti punca pelawat boleh berkurangan.Promosi melawat ke Muzium Kota Tinggi hendaklah dilakukan bagi memastikanpelawat sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.d) Menubuhkan jawatankuasa kecil bagi proses penilaian bahan artifak yang melibatkankesemua Kurator iaitu 3 orang dan Penolong Kurator iaitu seramai 5 orang sebelumdibawa kepada Pengarah (bagi bahan artifak yang bernilai kurang RM10,000) atauJawatankuasa Perolehan Artifak (bagi bahan artifak yang bernilai lebih RM10,000)untuk tujuan kelulusan. Penubuhan Jawatankuasa ini akan dapat menghasilkankeputusan yang lebih kolektif, memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan kepadasemua Kurator dan Penolong Kurator dalam proses penilaian bahan artifak.e) Daftar Bahan Artifak sewajarnya mempunyai maklumat lengkap kos pembelian keranamaklumat ini akan dimasukkan dalam Sistem Pengkalan Data Berkomputer yang akandiguna pakai oleh Yayasan. Tindakan segera perlu dilakukan bagi mendaftarkan asetbahan artifak yang belum didaftarkan dalam Daftar bagi mengelakkan kehilangan,memudahkan membuat penilaian stok dan pemeriksaan.f) Mengisi kekosongan jawatan penting seperti Kurator dan memastikan kakitangan yangdipinjamkan bertugas semula di bahagian yang sepatutnya.g) Kerosakan pagar perlu diperbaiki dengan segera dan ruang yang boleh dibolosi perluditutup dengan segera.203

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!