25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

perisian Logging Management Systems dan Sawmill Manufacturing Systems kerana

perisian perakaunan planetsoft tidak mengandungi akaun pengilangan. Sebagai sebuah

syarikat yang terlibat dengan aktiviti pengilangan, akaun pengilangan adalah penting

untuk menunjukkan kos pengeluaran. Ketiadaan akaun pengilangan menjejaskan

ketepatan pengiraan untung dan rugi dan penyediaan Penyata Kewangan. Selain itu,

sistem ini juga tidak mempunyai audit trail untuk mengesan aliran transaksi atau

maklumat yang telah dimasukkan ke dalamnya. Pada tahun 2009, KPK telah

menggunakan semula perisian UBS untuk sistem perakaunan.

Pada pendapat Audit, satu sistem perakaunan yang lengkap perlu disediakan dengan

cara meningkatkan lagi perisian sistem yang sedia ada ataupun dengan cara mencari

sistem alternatif.

c) Jualan Balak Tidak Mengikut Prosedur - KPK dalam aktiviti pemasarannya bukan

sahaja melibatkan penjualan produk dalam pasaran tempatan tetapi juga turut

mengeksportnya ke luar negara. Penyata Untung Dan Rugi pada 30 November 2008

menunjukkan pendapatan penjualan balak dan kayu gergaji KPK masing-masing

berjumlah RM9.60 juta dan RM13.80 juta. Mengikut prosedur penjualan, penjualan

balak hanya boleh dibuat apabila terdapat kayu yang tidak diperlukan oleh kilang KPK.

Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2008, sejumlah 15 lesen pembalakan telah dikeluarkan

melibatkan kawasan pembalakan seluas 3,454 hektar sedang beroperasi. Semakan

Audit mendapati tujuh daripada 15 lesen pembalakan telah dijual kepada pihak ketiga

dan penjualan ini bertentangan dengan peraturan. Sungguhpun penjualan ini telah

mendapat kelulusan Lembaga Pengarah KPK ianya tidak sepatutnya berlaku

memandangkan bekalan balak untuk KPK pada masa ini tidak mencukupi. Pada tahun

2008, KPK telah membeli kayu balak bernilai RM4.60 juta untuk menampung keperluan

kilangnya.

Pada pendapat Audit, KPK hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi

memastikan bekalan balak untuk kilang adalah mencukupi.

d) Tajuk Akaun Penghutang Perdagangan Mengelirukan - Penghutang perdagangan

KPK terbahagi kepada Penghutang Balak, Penghutang Kayu Gergaji-Lokal, Penghutang

Kayu Gergaji-Eksport, Lain-Lain Penghutang, Penghutang Kayu Getah, Baki Kredit

Balak, Baki Kredit Papan Lokal, Baki Kredit Papan Eksport dan Baki Kredit Lain-Lain

Siberhutang. Semakan Audit mendapati kewujudan Akaun Baki Kredit Balak, Akaun

Baki Kredit Papan Lokal, Akaun Baki Kredit Papan Eksport dan Baki Kredit Lain-Lain

Siberhutang sebagai penghutang perdagangan adalah mengelirukan. Ini adalah kerana

penghutang biasanya dirujuk kepada pelanggan atau orang perseorangan yang

berurusan dengan syarikat secara kredit. Pihak Audit difahamkan baki akaun berkenaan

adalah merupakan baki penghutang perdagangan KPK Sawmill Sdn. Bhd. yang telah

diambil alih oleh KPK.

103

103

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!