25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dan pemantauan dapat dilaksanakan sewajarnya oleh Pengarah Air Negeri

sebagaimana diperuntukkan di Seksyen 5, Enakmen Bekalan Air 1995.

5.5.2 Kaedah Kawal Selia Kawasan Tadahan Air

Kerajaan Negeri hanya mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undangundang

serta peraturan berhubung dengan sumber air mentah sahaja. JANK memaklumkan

bahawa tiada kaedah dan peraturan baru diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi

mengawal selia kawasan tadahan, sungai, tasik atau terusan untuk pengambilan air mentah

sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4, Enakmen Bekalan Air 1995. Bagi

mengatasi masalah ini, pihak Audit mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri mendapatkan

contoh garis panduan dari negeri yang telah menguatkuasakan kawal selia terhadap

kawasan tadahan yang diwartakan seperti Pulau Pinang dan Sarawak.

Pada pendapat Audit, Pihak Berkuasa Negeri sepatutnya mengambil tindakan segera

menyediakan kaedah dan peraturan baru bagi melaksanakan tindakan kawal selia dan

pemantauan terhadap kawasan tadahan air kerana sumber air mentah adalah

merupakan aset penting yang boleh menjana pendapatan baru kepada Kerajaan

Negeri dan membuat pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air 1995.

5.5.3 Caj Bekalan Air Mentah

JANK telah mengemukakan kertas cadangan caj bekalan air mentah terhadap AKSB

kepada pihak UPEN pada bulan November 2008 untuk pertimbangan MMK. Kadar caj yang

dicadangkan ialah satu sen/meter padu bagi penggunaan bekalan air awam dan 5

sen/meter padu bagi penggunaan bekalan air komersial. Bagaimanapun, pengeluaran lesen

dan caj terhadap air sungai oleh AKSB tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan

khusus mengenainya dalam Enakmen Bekalan Air 1995. JANK melalui suratnya bertarikh

17 Disember 2008 memaklumkan bahawa perkara ini telah pun diambil kira dalam pindaan

Enakmen yang sedang digubal. Pihak Audit mendapati, MMK pada pertengahan Januari

2009 telah meluluskan cadangan di atas dan JANK melalui surat bertarikh 9 April 2009 telah

mengemukakan cadangan caj tersebut kepada pihak UPEN untuk tindakan selanjutnya.

Sehingga kini, belum ada pewartaan yang dibuat mengenai caj air mentah terhadap AKSB.

Pada pendapat Audit, Pihak Berkuasa Negeri sepatutnya mengambil tindakan segera

terhadap pindaan enakmen supaya kadar caj bekalan air mentah dapat

dikuatkuasakan.

5.5.4 Kualiti Air

a) Kualiti Air Mentah

Sumber air mentah boleh diperolehi daripada air sungai, tasik, kolam, empangan atau

sumber air bawah tanah. Sumber air mentah yang berkualiti hendaklah bebas dari

pencemaran sama ada secara semula jadi atau kerana aktiviti harian di kawasan

sumber air mentah. Kualiti air mentah sebagaimana Julat Indeks Kualiti Air (IKAN) yang

ditetapkan oleh JAS adalah seperti di Jadual 5.3.

60

60

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!