25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

• Jejak Audit - Polisi dan Standard Keselamatan Maklumat SPEKS menetapkan

supaya cubaan untuk akses ke sistem yang tidak dibenarkan dan maklumat lain

yang berkaitan dengan keselamatan sistem direkodkan dan dipantau oleh

Pengurusan Keselamatan. Log, laporan dan kemudahan pemantauan yang

perlu diwujudkan termasuk:

- Log cubaan akses yang tidak dibenarkan.

- Log penyenggaraan profil dan jadual keselamatan.

- Log penggunaan fungsi yang penting dan kritikal.

- Log aktiviti pengguna istimewa (privileged user).

- Log akses kepada fail log sistem.

Sebarang cubaan akses yang tidak dibenarkan dan ketidakpatuhan polisi

pelanggaran keselamatan yang lain hendaklah dilaporkan dan disiasat oleh

Pengurusan Keselamatan.

Semakan Audit mendapati SPEKS mempunyai jejak audit bagi mengenal pasti

penyedia, penyemak dan pelulus. Bagaimanapun, jejak audit yang dimaksudkan

tidak menyeluruh dan tidak meliputi fungsi dan keperluan jejak audit seperti mana

yang ditetapkan dalam Polisi dan Standard Keselamatan Maklumat SPEKS.

Contohnya, SPEKS tidak mempunyai log jejak audit bagi merekodkan pelbagai

maklumat cubaan akses ke sistem, aktiviti pengguna dan transaksi yang diproses

dalam sistem. Menurut pihak Perbendaharaan Negeri dan KJSB, log jejak audit

tidak digunakan untuk SPEKS kerana ia boleh menjejaskan keupayaan dan

kelancaran SPEKS.

Log jejak audit yang sedia ada dalam sistem operasi yang diperoleh tetapi tidak

digunakan merupakan satu pembaziran. Selain itu, ketiadaan log jejak audit yang

mencukupi menyebabkan Kerajaan Negeri menghadapi risiko integriti dan

keselamatan data seperti pencerobohan pangkalan data, pengubahsuaian data dan

program tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna serta penyelewengan oleh

pihak yang tidak bertanggungjawab.

ii) Pengurusan Keselamatan Rangkaian

Rangkaian komputer yang komprehensif dan cekap amat diperlukan bagi

membolehkan Jabatan/PTJ sebagai pengguna SPEKS dihubungkan ke Pejabat

Perbendaharaan Negeri selaku penyelaras sistem supaya aplikasi SPEKS

beroperasi dengan lancar. Data yang dihantar hendaklah dipelihara dari kehilangan,

rosak, pengulangan, pengubahsuaian dan pendedahan yang tidak dibenarkan.

Rekod atau log masalah downtime sistem dan rangkaian serta laporan berkaitan

prestasi perkhidmatan rangkaian juga perlu diselenggarakan di peringkat

Perbendaharaan Negeri bagi membolehkan pemantauan dijalankan dengan

berkesan.

10

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!