25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penggunaan Logfisher dijangka memberi kesan minima terhadap permukaan tanah di mana

lorong penarik tidak perlu disediakan terlebih dahulu sebagaimana diamalkan dalam sistem

jentolak. Kayu balak yang ditebang akan ditarik dengan menggunakan kabel dan

mengurangkan risiko hakisan pada permukaan tanah. Selain itu, kaedah pembalakan ini

tidak menggunakan kaedah konvensional sepenuhnya. Kaedah pembalakan yang

digunakan adalah seperti berikut:

a) Tebangan tidak melebihi tiga pokok sepetak di dalam petak 50 m x 50 m atau 12 pokok

sehektar dengan jarak tidak kurang daripada 15 meter di antara pokok yang ditebang.

b) Tebangan tidak melebihi empat pokok sepetak di dalam petak 50 m x 50 m atau 16

pokok sehektar dengan jarak 8 meter di antara pokok tebangan.

c) Tebangan sebagaimana kaedah konvensional iaitu tebangan maksima 30 pokok

sehektar tanpa had jarak di antara pokok tebangan.

Bagi tempoh tahun 2005 hingga 2008, JPNK telah meluluskan enam lesen pembalakan bagi

projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL), masing-masing tiga di HSK Lojing dan

tiga di HSK Sg. Betis kepada syarikat berkenaan. Keluasan kawasan bagi enam lesen

tersebut ialah 555 ha iaitu sebahagian daripada 2,200 ha yang diluluskan. Kedudukan

terperinci seperti di Jadual 3.4.

Jadual 3.4

Pengeluaran Lesen Kepada Syarikat Telemont Sdn. Bhd.

No. Lesen

Tarikh Kuat

Kuasa Lesen

Hutan

Simpan Kekal

No.

Kompartmen

Keluasan

(Ha)

DS 01 51/2005 07.09.05 - 06.03.06 Lojing 64 155

DS 01 49/2006 27.12.06 - 26.06.07 Lojing 56 110

DS 01 27/2006 16.08.06 - 15.02.07 Lojing 57 80

DS 01 59/2007 18.12.07 - 17.07.08 Sg. Betis 218 50

DS 01 35/2007 26.07.07 - 25.01.08 Sg. Betis 220 90

DS 01 60/2007 18.12.07 - 17.07.08 Sg. Betis 219 70

Sumber: Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan

Sehingga akhir tahun 2008 kesemua kawasan tersebut telah tamat pengusahasilan dengan

menggunakan teknologi Logfisher dan tiga kaedah pembalakan sebagaimana yang

dinyatakan di atas. Bagaimanapun, sehingga kini Laporan Kajian Pengusahasilan Hutan

Berimpak Rendah tidak dibentangkan kepada JKKP untuk mendapat kelulusan. Selain itu,

KPK juga sehingga kini tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai kawasan balak di tanah

tinggi tersebut yang dikatakan akan diberi sebagai ganti mengikut perjanjian konsesi.

Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada

syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan yang mempunyai kayu yang

banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender. Kerajaan

Negeri Kelantan hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan

biasa yang lain. Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji pengusahasilan hutan

berimpak rendah khususnya untuk kawasan hutan di tanah tinggi, pihak JPNK tidak

sepatutnya meluluskan kawasan yang luas sehingga 2,200 ha sebagai projek perintis.

Pada akhir Januari 2009, pihak Audit dengan kerjasama JPNK dan JAS Negeri Kelantan

telah membuat lawatan ke lokasi pembalakan di Tanah Tinggi Lojing dan Sg. Betis dengan

30

30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!