28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

14

IOI PROPERTIES BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2006

PERBINCANGAN DAN ANALISIS PENGURUSAN

TINJAUAN KEWANGAN KUMPULAN

SOROTAN PENTING

• Nilai jualan meningkat 10% atau RM48 juta kepada RM516.9 juta (TK 2005 : RM468.9 juta), sementara

hasil mencatatkan peningkatan kecil sebanyak 3%. Peningkatan yang dicapai walaupun berhadapan dengan

pasaran perumahan kediaman yang lembab berjaya dicatatkan melalui prestasi memuaskan oleh sub-sektor

komersil dan portfolio pelaburan hartanah.

• Buat pertama kali, keuntungan sebelum cukai Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2006 melepasi

angka RM400 juta, iaitu kepada RM427.6 juta, pertambahan ketara sebanyak 31% berbanding pada TK

2005. Tanpa memasukkan keuntungan luar biasa sebanyak RM76.4 juta daripada penjualan saham IOI

Oleochemical Industries Berhad, keuntungan operasi sebelum cukai meningkat sebanyak 8% atau RM25.1

juta kepada RM351.2 juta.

• Pendapatan bersih meningkat sebanyak 37% kepada RM326.2 juta, kadar kenaikan yang lebih tinggi

berbanding sebelum cukai, disebabkan oleh pengecualian cukai daripada keuntungan modal sebanyak

RM76.4 juta seperti yang disebutkan terdahulu.

• Berdasarkan kepada modal purata digunakan sebanyak RM1,976 juta (TK 2005 : RM1,852 juta) dan NOPAT

sebanyak RM332.7 juta (TK 2005 : RM254 juta), Pulangan daripada Modal Digunakan (“ROCE”) Kumpulan

adalah 16.84% bagi tahun fiskal 2006, meningkat sebanyak 27% berbanding 13.23% seperti yang

dicatatkan pada tahun fiskal 2005.

• Aliran tunai bersih dijana daripada operasi selepas pembayaran cukai adalah sebanyak RM232.8 juta. Selepas

mengambilkira aliran keluar bagi aktiviti pelaburan seperti deposit yang dibayar bagi pengambilalihan

tanah, perbelanjaan pembangunan yang ditanggung untuk tanah yang dimiliki bagi tujuan pembangunan

juga pembayaran dividen serta pembelian balik saham aliran masuk tunai bersih bagi tahun ini adalah

sebanyak RM88 juta. Ini menggambarkan kedudukan rizab tunai Kumpulan meningkat kepada RM495 juta

pada 30 Jun 2006.

• Berasaskan kepada keuntungan bersih milik pemegang saham berjumlah RM326.2 juta (TK 2005 :

RM237.5 juta) dan ekuiti purata pemegang saham sebanyak RM1,829.7 juta (TK 2005 : RM1,708.5 juta),

Pulangan daripada Ekuiti (“ROE”) bagi tahun tersebut adalah 17.83% berbanding 13.90% bagi TK 2005.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!