28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2

IOI PROPERTIES BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2006

PENYATA PENGERUSI

PARA PEMEGANG SAHAM SEKALIAN,

SAYA BAGI PIHAK LEMBAGA PENGARAH IOI PROPERTIES BERHAD BERASA

AMAT SUKACITA UNTUK MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN DAN

PENYATA KEWANGAN SYARIKAT DAN KUMPULAN BAGI TAHUN

KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2006.

LATAR BELAKANG OPERASI

Sejajar dengan prestasi ekonomi negara yang mencatatkan penyusutan pertumbuhan KDNK kepada 5.3% pada

tahun 2005 berbanding 7.1% pada tahun sebelumnya, aktiviti di pasaran hartanah juga menyaksikan penyusutan

sebanyak 5.3% dari segi nilai dan 5.7% dari segi bilangan urusniaga pada tahun 2005. Pasaran perumahan

kediaman beroperasi dalam suasana yang semakin bersaingan dan mencabar, disukarkan lagi dengan kadar

faedah yang semakin meningkat serta situasi lebihan bekalan. Kenaikan harga petrol dan kadar inflasi

menyebabkan sentimen pengguna lembab. Sektor komersil di lokasi-lokasi tertentu sebaliknya, terus mencapai

prestasi yang bertambah baik serta mencatatkan peningkatan kadar penghunian dan hasil sewa serta permintaan

jualan yang memuaskan dalam suasana aktiviti perniagaan yang cergas di beberapa lokasi berpertumbuhan tinggi

pada sepanjang tahun kewangan yang ditinjau.

TINJAUAN KEWANGAN

Hasil bagi TK2006 meningkat sebanyak 3% kepada RM609.2 juta, selaras dengan prestasi jualan, sementara

keuntungan sebelum cukai pula meningkat sebanyak 31% kepada satu pencapaian rekod sebanyak RM427.6

juta. Keuntungan sebelum cukai yang mencatat rekod ini berjaya dicapai berikutan kemasukan keuntungan

sebanyak RM76.4 juta daripada kepentingan Syarikat dalam IOI Oleochemical Industries Berhad (“IOI Oleo”)

sempena penswastaan IOI Oleo oleh IOI Corporation Berhad, syarikat induk IOI Properties Berhad. Walau

bagaimanapun, dengan tanpa mengambil kira keuntungan sebanyak RM76.4 juta ini, keuntungan sebelum

cukai tetap mencatatkan pertambahan iaitu sebanyak 8% atau RM25.1 juta kepada RM351.2 juta. Keuntungan

operasi sebelum cukai yang lebih tinggi ini adalah disebabkan oleh peningkatan keuntungan daripada jualan

hartanah pembangunan serta peningkatan hasil sewa daripada portfolio pelaburan hartanah kita.

Pendapatan bersih mencatatkan pertumbuhan sebanyak 37% kepada RM326.2 juta. Sehubungan itu, pendapatan

sesaham (EPS) bagi tahun ini adalah lebih tinggi iaitu 99.79 sen berbanding 72.07 sen bagi tahun sebelumnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!