28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

70

IOI PROPERTIES BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2006

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN samb

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.2 Asas Penyatuan samb

Jumlah keuntungan dan kerugian syarikat-syarikat subsidiari dimasukkan di dalam penyata pendapatan yang disatukan,

bahagian keuntungan atau kerugian milik pemegang saham minoriti ditolak untuk memperolehi keuntungan milik para

pemegang saham Syarikat.

Jumlah aset dan liabiliti syarikat-syarikat subsidiari dimasukkan di dalam kunci kira-kira yang disatukan dan kepentingan para

pemegang saham minoriti dalam aset bersih dinyatakan secara berasingan. Kepentingan minoriti diukur mengikut bahagian

minoriti dalam nilai saksama aset dan liabiliti yang boleh dikenal pasti dalam syarikat diambilalih.

Keuntungan atau kerugian daripada penjualan sesebuah syarikat subsidiari adalah perbezaan antara kutipan penjualan bersih

dan bahagian Kumpulan dalam aset bersihnya berserta dengan baki yang tidak dilunas daripada muhibah atau rizab

daripada penyatuan dan perbezaan pertukaran yang tidak diiktiraf sebelumnya dalam penyata pendapatan yang disatukan.

Pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu diambilkira dalam penyata kewangan yang disatukan menggunakan kaedah

perakaunan ekuiti berasaskan kepada penyata kewangan terkini syarikat-syarikat bersekutu berkenaan. Di bawah kaedah

perakaunan ekuiti, bahagian keuntungan ditolak kerugian milik Kumpulan dalam syarikat bersekutu berkenaan dimasukkan

dalam penyata pendapatan yang disatukan. Kepentingan Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu dinyatakan di dalam

kunci kira-kira yang disatukan pada kos campur bahagian Kumpulan dalam keputusan dan rizab mereka selepas

pengambilalihan ditolak pelunasan muhibah atau diskaun daripada pengambilalihan, jika ada. Kerugian sesebuah syarikat

bersekutu yang melebihi bahagian kepentingan Kumpulan dalam syarikat bersekutu berkenaan tidak diiktiraf.

Selaras dengan dasar Kumpulan mengenai pelunasan muhibah atau rizab daripada penyatuan, Kumpulan melunaskan

muhibah atau diskaun daripada pengambilalihan syarikat-syarikat bersekutu sepanjang tempoh tidak melebihi 20 tahun.

Urusniaga dan baki dan keuntungan tidak direalisasi yang terhasil dalam kumpulan, dihapuskan semasa penyatuan. Kerugian

tidak direalisasi yang terhasil daripada urusniaga antara syarikat juga dihapuskan kecuali jika kos tidak boleh dikutip semula.

Keuntungan tidak direalisasi yang timbul daripada urusniaga antara Kumpulan dan syarikat-syarikat bersekutunya yang

dimasukkan di dalam nilai bawa aset dan liabiliti berkaitan dihapuskan sebahagiannya setakat kepentingan Kumpulan dalam

syarikat bersekutu berkenaan. Kerugian tidak direalisasi daripada urusniaga tersebut juga dihapuskan sebahagiannya kecuali

jika kos tidak boleh dikutip semula.

3.3 Syarikat-syarikat Subsidiari dan Bersekutu

Syarikat-syarikat subsidiari adalah entiti yang dikawal oleh Syarikat. Kawalan adalah kuasa untuk mentadbir dasar-dasar

kewangan dan operasi syarikat-syarikat subsidiari untuk memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktivitinya.

Syarikat-syarikat bersekutu adalah entiti-entiti di mana Kumpulan mempunyai pelaburan ekuiti jangka panjang dan di mana

Kumpulan dan Syarikat mempunyai kuasa untuk melaksanakan pengaruh penting ke atas dasar-dasar kewangan dan operasi

entiti yang dilaburkan itu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!