28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

27

DATO’ LEE YEOW CHOR

Pengarah Eksekutif, Warganegara Malaysia, berusia 40 tahun

Dato’ Lee Yeow Chor dilantik menganggotai Lembaga Pengarah pada 25 April 1996. Beliau adalah Pengarah Eksekutif

Kumpulan bagi syarikat-syarikat Kumpulan IOI yang terlibat dalam empat sektor perniagaan utama iaitu perladangan

kelapa sawit, perkilangan oleokimia, lemak dan minyak khusus serta pembangunan dan pelaburan hartanah.

Dato’ Lee adalah seorang peguam dari Gray’s Inn, London dan memegang LLB (Kepujian) dari King’s College London dan

Diploma Selepas Ijazah Pertama Kewangan dan Perakaunan dari London School of Economics. Sebelum menyertai

Kumpulan IOI sebagai Pengurus Besar pada tahun 1994, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Pejabat

Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman selama lebih kurang empat tahun. Jawatan terakhir yang beliau sandang di

Jabatan Kehakiman adalah sebagai Majistret.

Dato’ Lee turut berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Nasional Persatuan Hartanah & Pemaju Perumahan Malaysia

(REHDA), Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan dalam Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Ahli Lembaga Amanah

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif IOI Corporation Berhad.

Dato’ Lee Yeow Chor adalah anak lelaki sulung Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng dan Puan Sri Datin Hoong May Kuan.

Dato’ Lee Yeow Chor dianggap mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat kerana kepentingan beliau dalam

beberapa buah syarikat milik persendirian yang turut terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah. Walau

bagaimanapun, syarikat-syarikat milik persendirian ini tidak bersaing secara langsung dengan perniagaan Syarikat

disebabkan oleh lokasi pembangunannya yang berlainan. Selain daripada beberapa urusniaga berulang berbentuk hasil

dengan pihak berkaitan yang diperlukan bagi operasi harian Syarikat dan syarikat-syarikat subsidiarinya dan yang Dato’ Lee

dianggap memiliki kepentingan seperti yang didedahkan di bawah bahagian Maklumat Lain di dalam Laporan Tahunan ini,

tiada sebarang pengaturan perniagaan lain dibuat dengan Syarikat di mana beliau mempunyai kepentingan peribadi.

Beliau telah menghadiri kelapan-lapan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2006.

DATO’ YEO HOW

Pengarah Eksekutif, Warganegara Malaysia, berusia 50 tahun

Dato’ Yeo How dilantik menganggotai Lembaga Pengarah pada 25 Januari 1992. Beliau adalah seorang Akauntan Awam

Bertauliah dan seorang ahli Institut Akauntan Malaysia. Beliau bertanggungjawab terutamanya dalam mengawasi

pengurusan kewangan Kumpulan. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan korporat dan pengurusan am.

Dato’ Yeo How telah berkhidmat dengan Kumpulan IOI selama 23 tahun dan sebelum menyertai Kumpulan IOI pada tahun

1983, beliau telah berkhidmat dengan sebuah firma akauntan awam selama 5 tahun. Dato’ Yeo How juga adalah Ahli

Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Dato’ Yeo How adalah ahli Jawatankuasa Audit. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan (Kewangan dan Hal

Ehwal Korporat) IOI Corporation Berhad.

Beliau telah menghadiri tujuh daripada lapan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan berakhir

30 Jun 2006.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!