28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

34

IOI PROPERTIES BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2006

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT samb

BIDANG RUJUKAN samb

4 Tugas dan Tanggungjawab samb

xi

Untuk mengkaji penyata kewangan suku tahunan Kumpulan dan penyata kewangan tahunan Kumpulan dan Syarikat

sebelum diserahkan kepada Lembaga Pengarah.

Kajian ini akan memfokus kepada:

• sebarang perubahan dalam dasar dan amalan perakaunan

• isu-isu risiko potensi utama, jika ada

• pelarasan dan isu-isu utama yang timbul daripada audit

• kajian terhadap tanda pengurangan nilai bawa asset

• pematuhan kepada piawaian perakaunan diluluskan dan diterima yang berkaitan

• pematuhan dengan keperluan bursa saham dan undang-undang

xii

xiii

xiv

Untuk mengkaji sebarang urusniaga pihak berkaitan dan situasi konflik kepentingan yang mungkin timbul dalam Syarikat

atau Kumpulan.

Untuk menjalankan sebarang aktiviti lain seperti yang diluluskan Lembaga Pengarah.

Untuk mengkaji pengagihan opsyen pada tahun ini di bawah Skim Opsyen Saham Eksekutif Syarikat (“ESOS”) bagi

memastikan supaya ia mematuhi kriteria pengagihan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Opsyen dan selaras dengan

Undang-udang Kecil ESOS Syarikat.

5 Mesyuarat

Bilangan Mesyuarat

Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya lima kali (5) setahun atau dengan lebih kerap jika perlu. Pengerusi juga

akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana ahli, pengurusan atau juruaudit luar

atau juruaudit dalaman untuk mempertimbangkan sebarang perkara dalam skop dan tanggungjawab Jawatankuasa.

Kehadiran Mesyuarat

Ketua bahagian kewangan dan ketua bahagian audit dalaman serta para wakil juruaudit luar biasanya akan dijemput untuk

menghadiri mesyuarat Jawatankuasa. Jawatankuasa juga boleh menjemput para pengarah lain dan kakitangan untuk menghadiri

sebarang mesyuaratnya bagi membantu menyelesaikan dan memberi penjelasan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan.

Jawatankuasa hendaklah mempunyai saluran komunikasi langsung dan boleh mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar

tanpa kehadiran ahli-ahli eksekutif Jawatankuasa, jika difikirkan perlu.

Kuorum

Sebuah kuorum hendaklah terdiri daripada majoriti para Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan tidak kurang daripada dua orang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!