28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

77

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.15 Tunai dan Bersamaan Tunai

Tunai dan bersamaan tunai meliputi tunai dan baki bank, overdraf bank, deposit dan pelaburan jangka pendek berkecairan

tinggi lain dan dana jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang daripada tiga bulan dan mempunyai risiko

perubahan nilai yang tidak ketara.

3.16 Kemerosotan Nilai Aset

Nilai bawa aset, selain daripada inventori, aset cukai tertunda, aset yang timbul daripada kontrak pembinaan, aset yang timbul

daripada ganjaran kakitangan dan aset kewangan (selain daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari dan bersekutu)

disemak semula pada setiap tarikh kunci kira-kira untuk menentukan sama ada terdapat petunjuk kemerosotan nilai. Jika

petunjuk sedemikian wujud, kemerosotan nilai diukur dengan membandingkan nilai bawa aset tersebut dengan jumlah yang

boleh diperolehi semula. Jumlah yang boleh diperolehi semula adalah nilai yang lebih tinggi antara harga jualan bersih dan

nilai kegunaan, yang diukur dengan merujuk kepada aliran tunai masa hadapan yang telah didiskaun. Jumlah yang boleh

diperolehi semula dianggar bagi setiap aset secara berasingan atau, jika itu tidak boleh dilakukan, bagi unit menghasilkan tunai

yang dimiliki aset berkenaan.

Kerugian kemerosotan nilai diiktiraf apabila nilai bawa sesuatu aset melebihi nilai yang boleh diperolehinya. Kemerosotan

nilai tersebut dicaj kepada penyata pendapatan kecuali jika ia membalikkan nilai penilaian semula sebelumnya, yang mana

dalam hal tersebut ia dicaj kepada ekuiti. Sebarang pertambahan dalam jumlah boleh diperolehi semula berikutnya diiktiraf

dalam penyata pendapatan kecuali jika ia membalikkan kerugian kemerosotan nilai ke atas aset yang pernah dinilai semula

yang mana ia dibawa kepada ekuiti.

Kerugian kemerosotan nilai berhubung dengan muhibah tidak dibalikkan kecuali kerugian disebabkan oleh peristiwa luaran

tertentu yang bersifat luarbiasa yang tidak dijangka akan berulang dan peristiwa luaran berikutnya telah berlaku yang

membalikkan kesan daripada peristiwa tersebut.

3.17 Instrumen Kewangan

Instrumen kewangan dikelaskan sebagai liabiliti atau ekuiti menurut bentuk pengaturan kontrak. Faedah, dividen dan

keuntungan serta kerugian berkaitan dengan instrumen kewangan dikelaskan sebagai liabiliti, dilaporkan sebagai perbelanjaan

atau pendapatan. Pengagihan kepada pemegang instrumen kewangan yang dikelaskan sebagai ekuiti dicaj secara langsung

kepada ekuiti. Instrumen kewangan diimbangi apabila Kumpulan berhak menurut undang-undang mengimbangi dan berhasrat

untuk menjelaskan sama ada menurut asas bersih atau untuk merealisasikan aset dan menjelaskan liabiliti secara serentak.

i

Pelaburan jangka panjang lain

Pelaburan jangka panjang lain dinyatakan pada kos ditolak peruntukan bagi kerugian kemerosotan nilai, jika ada.

ii

Pelaburan jangka pendek

Pelaburan jangka pendek dinyatakan pada nilai yang lebih rendah antara kos dan nilai pasaran, dikira berasaskan portfolio.

Kos ditentu berasaskan purata berwajaran sementara nilai pasaran ditentu berasaskan kepada nilai pasaran yang tercatat.

Pertambahan atau pengurangan dalam nilai bawa pelaburan jangka pendek diiktiraf di dalam penyata pendapatan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!