28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

71

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.3 Syarikat-syarikat Subsidiari dan Bersekutu samb

Pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari (yang dihapuskan semasa penyatuan) dan syarikat-syarikat bersekutu dinyatakan pada

kos ditolak kerugian kemerosotan nilai, jika ada.

Semasa penjualan pelaburan tersebut, perbezaan antara kutipan penjualan bersih dan nilai bawanya dicaj atau dikredit kepada

penyata pendapatan.

3.4 Pengiktirafan Hasil

Hasil diukur pada nilai saksama pembayaran yang telah diterima atau akan diterima dan diiktiraf apabila terdapat kemungkinan

bahawa manfaat ekonomi yang berkaitan dengan urusniaga akan mengalir kepada entiti-entiti tersebut dan jumlah hasil boleh

diukur dengan menyakinkan.

Pembangunan hartanah

Hasil daripada jualan hartanah pembangunan diiktiraf berasaskan kepada kaedah “peratusan penyiapan” berhubung semua

unit yang telah dijual. Peringkat penyiapan ditentu berasaskan kepada bahagian kos kontrak yang telah ditanggung bagi

kerja yang telah dijalankan setakat tarikh kunci kira-kira berbanding jumlah anggaran kos kontrak.

Apabila hasil daripada aktiviti pembangunan tidak boleh dianggar dengan menyakinkan, hasil pembangunan hartanah akan

diiktiraf hanya setakat kos pembangunan hartanah ditanggung yang mungkin boleh dikutip semula dan kos pembangunan

hartanah ke atas unit-unit pembangunan yang telah dijual diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tempoh ia ditanggung.

Sebarang kerugian yang dijangka daripada projek pembinaan, termasuk kos yang akan ditanggung sepanjang tempoh

liabiliti berkenaan, diiktiraf dengan serta-merta dalam penyata pendapatan.

Kontrak pembinaan

Hasil daripada kerja yang dilaksanakan daripada kontrak pembinaan diiktiraf berasaskan kepada kaedah “peratusan

penyiapan”. Peringkat penyiapan ditentu berasaskan kepada nisbah kontrak yang telah ditanggung bagi kerja yang telah

dijalankan sehingga tarikh kunci kira-kira berbanding jumlah anggaran kos kontrak.

Apabila hasil kontrak pembinaan tidak boleh dianggarkan dengan menyakinkan, hasil kontrak akan diiktiraf hanya setakat kos kontrak

yang ditanggung yang mungkin boleh dikutip semula dan kos kontrak diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tempoh ia ditanggung.

Apabila jumlah kos kontrak berkemungkinan akan melebihi jumlah hasil kontrak, kerugian yang diramal akan diiktiraf dengan

serta-merta sebagai perbelanjaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!