28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

61

PERISTIWA PENTING PADA TAHUN KEWANGAN

i

Penswastaan IOI Oleochemical Industries Berhad

Pada 2 Ogos 2005, IOI Corporation Berhad (“IOICB”) syarikat induk IOI Properties Bhd, telah mengumumkan cadangan penswastaan IOI

Oleochemical Industries Berhad (“IOI Oleo”) melalui skim pengaturan ahli di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat, 1965. Di bawah penswastaan

yang dicadangkan, pegangan Syarikat ke atas 11,369,000 saham biasa berharga RM1.00 setiap satu dalam IOI Oleo akan dibatalkan dengan

bayaran tunai sebanyak RM125,968,520 atau RM11.08 setiap saham IOI Oleo. Cadangan penswastaan ini telah diselesaikan pada 15 Mac

2006 dengan Syarikat merealisasi keuntungan bersih sebanyak RM76.4 juta daripada pelaburannya dalam IOI Oleo.

ii

Cadangan Pembelian Tanah Seluas 925 Hektar di Melaka

Pada 5 Mei 2006, Syarikat telah mengumumkan bahawa syarikat subsidiari milik penuhnya, Flora Horizon Sdn Bhd, Hartawan

Development Sdn Bhd, Pilihan Teraju Sdn Bhd dan Paduwan Development Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli

bersyarat dengan Guthrie Ropel Berhad dan syarikat subsidiari milik penuhnya, Guthrie Ropel Development Sdn Bhd untuk

membeli tanah milik bebas yang terletak di Negeri Melaka dengan keluasan kawasan keseluruhan kira-kira 925 hektar dengan

bayaran pembelian berjumlah RM91,347,849 (“Cadangan Pembelian”). Cadangan Pembelian ini sedang menunggu kelulusan

daripada Lembaga Tanah Ladang bagi pemindahan pemilikan tanah tersebut kepada syarikat-syarikat subsidiari berkenaan.

iii

Cadangan Pembelian Tanah Seluas 102 Hektar di Johor

Pada 17 Mei 2006, syarikat subsidiari 90% milik Syarikat, Property Skyline Sdn Bhd (“PSSB”) telah memeterai perjanjian jual beli dengan

Malaysian Construction Services Sdn Bhd untuk membeli tanah milik bebas seluas lebih kurang 102 hektar yang terletak di Negeri Johor

dengan bayaran pembelian berjumlah RM87,000,000. Pada 28 Ogos 2006, PSSB telah memeterai satu surat amanah dengan syarikat

subsidiari milik penuhnya yang baru diambilalih, Wealthy Growth Sdn Bhd (“WGSB”) di mana PSSB akan didaftarkan sebagai pemilik

tanah sebagai pemegang amanah tunggal untuk WGSB, pemilik benefisial. Pembelian tersebut masih belum diselesaikan.

JAWATANKUASA AUDIT

Para Pengarah yang berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit sejak tarikh laporan yang lepas adalah seperti berikut:

YM Raja Said Abidin b Raja Shahrome (Pengerusi)

Datuk Prof Zainuddin b Muhammad

Dato’ Yeo How

JAWATANKUASA PENCALONAN

Para Pengarah yang berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Pencalonan sejak tarikh laporan yang lepas adalah seperti berikut:

Datuk Prof Zainuddin b Muhammad (Pengerusi)

YM Raja Said Abidin b Raja Shahrome

Dato’ Hj Zakaria @ Shamsuddin b Dahlan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!