28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

97

27 MODAL SAHAM samb

Daripada sejumlah 332,667,800 (2005: 332,667,800) saham biasa diterbit dan dibayar penuh, 7,916,900 (2005: 3,535,100)

dipegang sebagai saham perbendaharaan (Nota 28.2) oleh Syarikat. Oleh itu, bilangan saham tertunggak dalam terbitan dan

dibayar penuh pada 30 Jun 2006 adalah 324,750,900 (2005: 329,132,700) saham biasa berharga RM1.00 setiap satu.

27.1 Skim Opsyen Saham Eksekutif

Skim Opsyen Saham Eksekutif (“ESOS”) telah diwujudkan dan diluluskan oleh para pemegang saham dan pihak berkuasa

berkenaan pada 23 November 2005 sehingga 10% daripada modal saham diterbit dan dibayar Syarikat untuk tempoh

selama 10 tahun.

Ciri-ciri penting ESOS adalah seperti berikut:

a

Bilangan maksimum saham tersedia di bawah ESOS

Jumlah bilangan saham biasa berharga RM1.00 dalam Syarikat (“Saham IOIP”) yang tersedia di bawah ESOS tidak boleh

melebihi 10% daripada jumlah modal saham diterbit dan dibayar Syarikat pada masa tawaran opsyen dibuat secara

bertulis oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga Pengarah untuk mentadbir ESOS (“Jawatankuasa Opsyen”)

kepada mana-mana eksekutif atau pengarah eksekutif Kumpulan (“Tawaran”) yang memenuhi kriteria kelayakan untuk

penyertaan dalam ESOS seperti yang dinyatakan di dalam peraturan, terma dan syarat ESOS (“Undang-Undang Kecil”).

b Kelayakan

Selain daripada para eksekutif yang bekerja dengan syarikat subsidiari asing milik Syarikat (termasuk syarikat subsidiari Malaysia

yang dimiliki oleh syarikat subsidiari asing), dan eksekutif yang bekerja dengan syarikat subsidiari Syarikat di mana Syarikat

memegang kurang daripada 75% daripada modal saham diterbit dan dibayar, mana-mana eksekutif (termasuk Pengarah

Eksekutif) Kumpulan akan layak untuk menyertai ESOS jika, pada tarikh Tawaran (“Tarikh Tawaran”), eksekutif tersebut:

i

telah mencapai usia 18 tahun; dan

ii

tersenarai sebagai pekerja sepenuh masa dan senarai gaji syarikat dalam Kumpulan (selain daripada syarikat yang

tidak aktif) selama sekurang-kurangnya 3 tahun; dan

iii

termasuk dalam kategori dan kriteria lain yang mungkin ditentukan menurut pertimbangan mutlak Jawatankuasa

Opsyen dari semasa ke semasa.

(“Kakitangan layak di atas selepas ini dirujuk sebagai “Eksekutif Yang Layak”)

Eksekutif Kumpulan tidak boleh menyertai lebih daripada satu ESOS yang dilaksanakan oleh mana-mana syarikat dalam

Kumpulan pada satu-satu masa.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!