02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

4. PENGURUSAN PENGAMBILAN TANAH DAN PENGGUNAANNYA

4.1. LATAR BELAKANG

4.1.1. Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT), Akta 34 telah mula berkuat kuasa di

Semenanjung Malaysia sejak 13 Oktober 1960. Akta ini telah disemak melalui beberapa

proses pindaan sejak mula berkuat kuasa. Pada tahun 1992, Akta ini telah disemak semula

dan ia dikenali sebagai APT 1960, Akta 486. Mengikut Perlembagaan Persekutuan (PP),

item 2(d), Senarai Negeri, Jadual Ke 9, tanah adalah di bawah bidang kuasa eksekutif

Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun artikel 76(4) PP membenarkan Parlimen menggubal

satu undang-undang tanah dengan tujuan untuk keseragaman dan kesamaan polisi di antara

Negeri. Justeru APT 1960 telah digubal oleh Parlimen, akan tetapi kuasa-kuasa eksekutif di

dalamnya masih lagi dipegang oleh pihak Negeri.

4.1.2. Tujuan utama APT ini ialah untuk “memproses pengambilan balik tanah dan

membayar pampasan yang mencukupi”. Maka pengwujudannya adalah selaras dengan

kehendak artikel 13(2) PP, yang menyatakan “tiada undang-undang yang boleh membuat

peruntukan bagi mengambil atau mengguna harta benda dengan paksa dengan tiada

pampasan yang mencukupi”.

4.1.3. APT memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengambil tanah

milik yang diperlukan untuk sesuatu maksud awam, oleh mana-mana orang atau badan bagi

apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi

Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau

mana-mana kelas orang ramai atau untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian,

perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan

tersebut.

4.1.4. Unit Pengambilan Tanah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah (PTG) berfungsi

memproses pengambilan tanah di Negeri Kedah. Mulai bulan Oktober 2010, fungsi

memproses pengambilan tanah diserahkan kepada Pejabat Tanah Daerah masing-masing

secara berperingkat. Pada tahun 2006 hingga 2010, PTG telah menerima 117 permohonan

pengambilan tanah untuk tujuan pelbagai projek pembangunan seperti projek pembinaan

landasan kereta api berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, rumah pam dan laluan

paip air, projek menaik taraf jalan, tapak sekolah, pejabat dan klinik.

4.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai pengurusan pengambilan tanah dilaksanakan

dengan cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta tanah yang diambil

digunakan dan dimajukan mengikut tujuan pengambilannya.

39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!