11.07.2015 Views

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5.6 Kerajaan akan terus mendapatkan input dan maklum balas daripadarakyatMaklum balas daripada rakyat telah diperolehi secara berterusan sepanjang prosespenetapan proriti dan sasaran. <strong>Tuju</strong>an kami adalah bagi memastikan kami mendapatpenyelesaian terbaik dan mewujudkan kesedaran mengenai inisiatif yang dirancangdan peranan rakyat yang berkaitan dengan inisiatif ini. Ini penting kerana kebanyakanhasil hanya dapat dicapai, dengan penyertaan dan sokongan rakyat. Sebagaicontoh, bagi memastikan kita menepati sasaran bagi tahap literasi dan numerasi,ibu bapa perlu menyokong program itu secara aktif, dengan menggalakkan anakmereka hadir ke sekolah (terutamanya bagi kawasan luar bandar) dan meluangkanmasa membaca bersama anak mereka.Terdapat pelbagai saluran inovatif yang digunakan bagi mendapatkan maklum balasrakyat, dan kami bercadang untuk terus menggunakan saluran-saluran ini.• Kaji selidik nasional: Kaji selidik yang pertama dikendalikan antara 27 Julai 2009dan 10 Ogos 2009 bagi mendapatkan pendapat rakyat mengenai bidang fokusyang perlu ada dalam setiap NKRA. Sejumlah 1,200 rakyat Malaysia daripadaseluruh negara terlibat dalam kajian ini. Keputusan tinjauan itu digunakan sebagaisalah satu sumber input, untuk kami kemudiannya menetapkan KPI bagi setiapNKRA. Ke depan, kami akan sering mendapatkan maklum balas rakyat mengenaikemajuan NKRA dan mendapatkan input mereka bagi kami mempertingkatkanlagi penyampaian setiap NKRA itu.• Memohon idea melalui SMS: Seperti yang disebut dalam Bab 4, 17 juta mesejteks dihantar kepada rakyat pada Oktober 2009, bagi mencari idea bagaimanaprinsip 1Malaysia dapat dicapai. Lebih daripada 70,000 idea diterima melaluisaluran ini. Idea-idea ini telah digunakan oleh makmal 1Malaysia untuk memerincidan memperbaiki inisiatif yang dirancang.• Kumpulan fokus dan sesi temubual : Sesi-sesi ini telah diadakan dalammakmal NKRA (dibincangkan dalam Bab 13), bagi mendapatkan pandangan dancadangan mengenai topik-topik tertentu• Maklum balas secara online: Laman web kerajaan seperti Blog 1MalaysiaPerdana Menteri dan laman web transformasi kerajaan 15 juga menjadi saluranbagi mendapatkan maklum balas rakyat. Dalam tempoh sebulan pelancarannya,laman web transformasi kerajaan mendapat lebih kurang 500 komen dan e-meldaripada rakyat. Kesemua input ini dikaji lebih lanjut dalam makmal NKRA, danbanyak digabungkan ke dalam inisiatif makmal-makmal tersebut.• Hari Terbuka: Hari terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Kuching danKota Kinabalu bagi mendapatkan maklum balas rakyat mengenai keberhasilanMakmal NKRA dan 1Malaysia. Hari Terbuka itu merupakan kaedah baru bagi kitaberinteraksi dengan rakyat. Di Kuala Lumpur sahaja, lebih lima ribu pengunjungmenghadiri Hari Terbuka itu dan sebanyak seribu borang maklum balas diterima.Semua maklum balas dan input itu akan digunakan bagi memajukan idea yangdikaji di makmal dan seterusnya digabungkan ke dalam pelan hala tuju ini.15 www.transformation.gov.my113

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!