11.07.2015 Views

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Gambarajah 4.81Malaysia: Isu dan inisiatif dalam 7 kelompokKerajaanPolitikAgamaEkonomiMediaPendidikanInteraksisosialKami akan membincangkan di bawah ini secara ringkas pelbagai program sedia adadan inisiatif baru untuk menggalakkan perpaduan selaras dengan tujuh kelompokyang dikenal pasti di atas.4.5.1 Ekonomi dan perpaduan kebangsaan di bawah 1MalaysiaKemiskinan dan ketaksamaan antara etnik dalam penyertaan ekonomi danpengagihan kekayaan telah dikenal pasti sebagai punca utama ketegangan antaraetnik, persengketaan dan ketidakstabilan sosio-politik Malaysia pada lewat 1960-an. Oleh sebab itu, pertimbangan sosioekonomi ini telah membentuk asas kepadarumusan dan pelbagai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sejak tahun 1971.Sementara DEB (1971–1990) berkembang menjadi Dasar Pembangunan Nasional(1991–2000) dan seterusnya menjadi Dasar Wawasan Kebangsaan (2001–2010),matlamat serampang dua mata terus kekal: menghapuskan kemiskinan danmenyusun semula masyarakat. Kini, hampir 40 tahun kemudian, telah tiba masanyauntuk menilai semula situasi ini, terutamanya dalam konteks persekitaran globaldan tempatan yang terus berkembang.Matlamat pertama DEB, iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum,sebahagian besarnya tercapai, dengan kadar kemiskinan menurun daripada lebih50% pada tahun 1957 kepada kurang daripada 3.6% pada hari ini. Pelbagai skimyang disasarkan, contohnya FELDA, dan pertumbuhan ekonomi berasaskanperindustrian telah menyediakan pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup bagikebanyakan – jika pun tidak semua – rakyat Malaysia. Pertumbuhan ekonomi jugatelah memesatkan urbanisasi, yang membawa isirumah daripada pelbagai latarbelakang etnik dan budaya untuk tinggal bersama di skim perumahan yang baru.Matlamat DEB yang kedua, iaitu menyusun semula masyarakat dari sudut penyertaanekonomi dan pemilikan kekayaan juga telah mencapai kemajuan yang besar,terutamanya dalam meningkatkan bilangan dan peratusan golongan profesional83

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!