11.07.2015 Views

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

<strong>Pelan</strong> <strong>Hala</strong> <strong>Tuju</strong> Program Transformasi KerajaanBab 4: Membina 1MalaysiaBumiputera. Selanjutnya, pegangan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat telahmeningkat daripada 2% pada tahun 1970 kepada 19% pada tahun 1990, dansaiz keseluruhan ekonomi telah berkembang dengan ketara dalam tempoh masatersebut dan juga dalam tempoh 20 tahun yang terakhir (1991-2009).Walau bagaimanapun, meskipun ada peningkatan secara mutlak sejak tahun1990, pegangan ekuiti Bumiputera secara relatif terus tidak bergerak. Malah,sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri pada Julai 2009, daripada RM54 bilion saham yang diperuntukkan sehingga hari ini, hanya RM 2 bilion yang kekalberada pada tangan Bumiputera. Beliau membuat kesimpulan bahawa peraturandan keputusan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) adalah tidak berkesan.Oleh itu, beliau mengumumkan penubuhan sebuah jentera baru dengan langkahlangkahyang lebih kreatif dan berkesan, iaitu Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS),sebuah dana ekuiti swasta untuk memacu penyertaan Bumiputera dalam bidangpertumbuhan tinggi.Pada masa yang sama, beberapa aspek pelaksanaan DEB telah mencetuskanbeberapa hasil yang tidak diingini, termasuk kemunculan ‘ekonomi dwi-kelajuan’yang dijelaskan baru-baru ini oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun MusaHitam:“…apa yang berlaku kini ialah ekonomi dwi-kelajuan, iaitu satu sektor dipacu oleh kuasa pasarantelah maju ke hadapan sementara yang satu lagi terus ketinggalan dan kekal bergantung padasubsidi dan naungan kerajaan untuk kesinambungannya.Kita kini perlu memberikan perhatian kepada persoalan sama ada dasar redistributif ekonomi kitamengekang kita secara kompetitif berbanding dengan bahagian dunia yang lain. Dasar ekonomiberasaskan kaum tidak sesuai dengan realiti globalisasi dan perdagangan bebas. Malaysia perlumencari satu kaedah untuk mewujudkan ruang yang neutral perkauman dalam dirinya sendiridan mencari rumusan yang betul untuk memanfaatkan kualiti yang diperlukan untuk bersaingpada tahap global”(Tun Musa Hitam. “The Challenge of Managing Change Inside and Outside Malaysia” dalamReadings on Development: Malaysia 2057 (2009))Hasil DEB lain yang tidak diingini ialah rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malahrasa geram yang dirasai oleh bukan Bumiputera, yang disebabkan oleh sikapdan pendekatan yang keterlaluan dalam pelaksanaan oleh sesetengah pegawaidi agensi-agensi tertentu. Terdapat juga jurang pendapatan yang semakin besardalam komuniti Bumiputera itu sendiri, yang membawa kepada rasa tidak puas hatiyang semakin bertambah di kalangan segmen tertentu komuniti tersebut.Faktor-faktor ini telah mendorong banyak rakyat Malaysia, terutamanya golonganprofesional, untuk bekerja dan tinggal di luar negeri, di negara-negara yang lebihmaju dari segi ekonomi dengan faktor penarik seperti pendapatan yang lebih tinggi,pendedahan dan peluang yang lebih luas, kualiti kehidupan dan kualiti pendidikanyang lebih baik untuk anak-anak mereka. Ramai juga yang telah memilih untukmenetap di sana dan terdapat tanda-tanda bahawa penghijrahan bakat-bakat inisemakin bertambah serius pada tahun kebelakangan ini.Oleh itu, penting untuk kita menangani isu-isu ekonomi dwi-kelajuan, ketidaksamaanyang semakin meluas, rasa tidak puas hati yang makin meningkat dan penghijrahanbakat yang makin bertambah ini, kerana bukan sahaja kebersaingan, kestabilan dankemampanan ekonomi kita menghadapi risiko, malah ketidaksamaan yang makinmeluas dan meningkat yang berterusan akan menjejaskan perpaduan negara.84

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!